Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Tuesday 1 November 2011

BANNER “TERIMA KASIH FAM NATANG” DI PASANG DI STADIUM

   
DILIHAT sebagai menunjukkan bantahan terhadap kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2011, para penyokong yang tidak berpuas hati memasang banner "Terima kasih FAM Natang!" di Stadium Shah Alam malam tadi.

Ramai penyokong yang membantah tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM menaikkan lebih 70% harga tiket perlawanan akhir Terengganu menentang Negeri Sembilan yang dilihat begitu membebankan rakyat.

Tindakan Negeri masing-masing memberikan subsidi harga tiket juga dilihat hanya sebagai taktik untuk menguntungkan FAM. Ini kerana, duit kedua-dua kerajaan negeri merupakan duit rakyat juga.

Sebuah banner dengan logo kelab penyokong bola sepak Negeri Sembilan juga turut kelihatan meminta sokongan orang ramai menurunkan tandatangan membantah kenaikan harga tiket oleh FAM.

No comments:

Post a Comment