Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Monday, 12 November 2012



GAGASAN 75%



Hakikat politik demokrasi menentukan majoriti menguasai minoriti. Dalam sesebuah negara, sekiranya sesebuah parti itu menguasai DUN atau Parlimen dengan 51% kerusi bermakna parti tersebut akan menerajui pemerintahan dan pentadbiran negeri atau negara. Mereka juga boleh melaksanakan dasar-dasar, anutan dan kefahaman serta idealisma-idealisma perjuangan mereka.

Parti Gerakan pernah mengadakan kempen untuk menggalakkan bangsa Cina melahirkan anak yang lebih ramai setelah mereka menyedari pertumbuhan penduduk berbangsa Cina semakin menguncup. Senario semasa menunjukkan bangsa Cina lebih suka mempunyai bilangan anak yang sedikit iaitu antara 2 hingga 3 orang. Mereka lebih mementingkan kualiti daripada kuantiti. Impak dari sikap ini telah menyebabkan peratusan bangsa Cina di Malaysia semakin menurun dari setahun ke setahun. 


Di kalangan orang Melayu pula, kita lebih suka kepada bilangan anak yang ramai dengan purata 6 orang sekeluarga. Sayangnya kita menderitai kuantiti yang tidak berkualiti. Mengikut bancian pada tahun 2000, umat Islam di Malaysia ialah sebanyak 60.4% dari 24 juta penduduk.

Faktor bilangan anak ini sangat besar ertinya dari sudut politik demokrasi. Sebab itulah Almarhum Tunku Abdul Rahman pada awalnya berat untuk menerima kemasukan Singapura ke dalam Malaysia kerana dengan kemasukan itu bilangan penduduk Cina akan melebihi bilangan bangsa Melayu. Dengan bilangan bangsa yang ramai, bangsa Cina dapat menguasai Singapura. Dengan faktor yang sama Pulau Pinang dikuasai oleh Gerakan dan MCA walaupun satu ketika bilangan kerusi UMNO dominan di Pulau Mutiara itu. Dan kini DAP mengambilalih kuasa itu. Cuba kita perhatikan besarnya kesan komposisi bangsa/anak yang ramai.

 Antara perancangan yang hendak digagaskan di sini ialah menolak amalan merancang keluarga yang melibatkan kelahiran anak. Setiap ibu bapa muslim mestilah berazam atas empat perkara demi mendaulatkan Islam.
 
1. Berazam melahirkan seramai mungkin anak. Elakkan daripada mengamalkan perancang kelurga dan sentiasa berfikir positif dengan bilangan anak yang ramai.  

2. Mengkualitikan anak dengan didikan agama yang kukuh, berilmu dan berjatidiri. Insafi gejala-gejala negatif dalam anak-anak bangsa kita. 

3. Selain itu kita hendaklah menggalakkan pemuda-pemudi Islam berkahwin pada lingkungan usia yang ideal iaitu antara 24 hingga 26 bagi pemuda dan 21 hingga      24 bagi pemudi. Pemuda-pemudi Islam tidak sewajarnya melewat-lewatkan hasrat      berumahtangga kecuali atas sesuatu masalah yang tidak dapat dielakkan.      Perkahwinan yang cepat dapat merealisasikan gagasan-gagasan di atas.

4. Didik anak dengan perjuangan sejak kecil. Ceritakan kepada mereka kehebatan empayar dan tokoh pejuang Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w.   




Satu lain jalan kita ialah menyebarkan agama Allah dengan lebih berani. Kita memuji langkah yang diambil oleh Tun Dato’ Mustafa (USNO) Sabah dahulu yang menyebarkan Islam kepada kaum peribumi Sabah dengan bersungguh-sungguh. Sepatutnya wujud sebuah NGO muslim yang berperanan khusus untuk berdakwah di kalangan masyarakat majmuk Malaysia. Namun  individu muslim juga patut bersuara dan bercakap sepatah dua tentang Islam kepada rakan-rakan sekerja. Kita kagum dengan para pemain bolasepak yang berjaya membawa pemain bukan muslim dan pemain import menganuti agama Islam. Orang bola mampu buat, kenapa orang lain berdiam?

Kita mahu dalam masa mungkin 20 atau 30 tahun lagi umat Islam menguasai sekurang-kurangnya 75% daripada bilangan pengundi di negara kita. Gagasan ini hendaklah disebarluaskan kerana ia tidak mungkin diperkatakan secara langsung oleh pemimpin kerana mungkin ia membawa implikasi politik atau prejudis antara kaum. Kalau kita mahu mengembalikan ketuanan Islam dan mendaulatkan Islam di bumi tercinta ini, maka ini mesti dihayati oleh setiap muslimin dan muslimat sebab kita telah memilih demokrasi. Sikap acuh tak acuh kita terhadap gagasan ini memungkinkan kita terus berputih mata suatu hari nanti. Kita tidak mahu ‘sejarah Singapura’ berulang kembali pada zaman anak cucu kita. Jangan kita pusakakan ‘sejarah Singapura kedua” untuk mereka.

Monday, 13 August 2012

Cendekiawan Yaman singgah di SKJ


Gambar dari kiri; Dr. Ahmad Hassan, Dr. Amin al-Muqbil, Dr. Mutahhar  Ahmad dan Yasser Abduh Saleh. Paling kanan Presiden PAS, melayani para tetamu dari negara Yaman itu

MARANG: Empat cendekiawan dari negara Yaman mengunjungi Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya, di Rusila dekat sini petang Sabtu 4 Ogos bersamaan 15 Ramadhan.

Mereka adalah As-Syeikh Dr. Amin Ali Muqbil al-Masyri, As-Syeikh Dr. Ahmad Hassan Soleh al-Faqeh, As-Syeikh Dr. Mutahhar Ahmad Muhammad Mahmud dan Yasser Abduh Saleh Abdul Rabb dari dua buah universiti terkemuka negara Yaman.

Dr. Amin Ali adalah Dekan Kuliah Syari’ah Universiti Al-Iman yang mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang Fiqh Perbandingan.

Dr. Ahmad Hassan adalah Pembantu Timbalan Rektor (Presiden) Universiti Al-Iman Shu’un ‘Ilmi yang mempunyai Ijazah kedotoran dalam bidangTafsir

Manakala Dr. Mutahhar Ahmad merupakan Ketua Lembaga Akademik Universiti Al-Iman yang mempunyai kepakaran dalam bidang Hadith dan Syeikh Yasser Abduh Saleh Abdul Rabb memiliki Master dalam bidang Fiqh Islami.

Di maklumkan para ulama Yaman tersebut menziarahi Tuan Guru Dato Seri Ustaz Haji Abdul Hadi dalam rangka lawatan kerja mereka ke negara ini di bawah anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Yaman.

Mereka yang telah berada di tanah air sejak pertengahan Julai sebelum ini menyampaikan beberapa kuliah di Masjid Wilayah Persekutuan dan Universiti Islam Antarabangsa.

Antara tajuk-tajuk yang dibentangkan oleh ke empat-empat ulamak Yaman tersebut dalam program Dawrah dan Ziyarah 2012 bermula 17 hingga 27 Julai lalu ialah kuliah hadith dan syarah kitab Matan al-Arba'in,  Siyasah Syar'iyah; Syura, Demokrasi & Oligarki serta Adab pemerintah Ahlus Sunnah terhadap rakyat. 

Admin: 5 Ogos 2012 Ahad - Kesemua 4 orang ulama dari Yaman dan perterjemahan bahasa serta pemandu arah singgah berbuka puasa di SKJ. Alhamdulillah kehadiran mereka ini ketika hari terbuka SKJ bersama Jemaah setempat untuk majlis berbuka puasa. Dianggarkan sekitar 700 orang yang hadir. Sebelum berbuka puasa, majlis dimulakan dengan Tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Hishamuddin Abd. Karim yang menggantikan Ustaz Khairul Ikhwan yang masih berada di Serawak. Dan sebelum berakhir tazkirah ramadhan, Ustaz Hishamuddin (perterjemah bahasa) menjemput As-Syeikh Dr. Amin Ali Muqbil al-Masyri, untuk menyampaikan sepatah dua kata sebagai tetamu kehormat dan mewakili sahabat yang lain. Mereka ini adalah tetamu Tuan Guru Presiden dalam rangka lawatan ke Malaysia.




Wednesday, 1 August 2012

Ibu lahir 12 bayi kembar, 1 dipilih 11 kena bunuh,


Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam,diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”
“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!

Tuesday, 31 July 2012

Penghinaan kepada Nabi Musa A.S. di Olimpik 2012?

Gambar di atas: Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu. 

Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam.
Selepas itu dalam gambar ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa kan. Nabi Musa A.S mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada beliau. Nabi Musa A.S menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi menyelamatkan kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar Firaun Laknatullah. Dan dengan kuasa Allah SWT laut itu terbelah dua dan ketika Firaun melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya.

Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta.

1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8 CM = 18.2 M

Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter ??? Wallahu’alam.. 

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu. Cuma kita menyedarinya ataupun tidak sahaja.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui,
Sama ada baik ataupun yang buruk.
Jadi banyak-banyakkan lah meminta ampun kepadaNya.
InsyaAllah, Dimakbulkan doa kita semua..
Amin, Assalamu’alaikum. 


Sunday, 29 July 2012

Kisah dari Penjara Sungai Buluh - Adakah ini satu Fakta?

 

Sebuah kisah benar. 

Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.
Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pada banduan-baduan di sana...Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yang bernama AMIN.... iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yang didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yang tiada bermasalah. Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pada pakaiannya.Mengikut ceritanya lagi, pada malam sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada malam sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah-olah tiada apa-apa akan berlaku pada pagi esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pagi esok.Bayangkan kalau orang nak kena gantung pagi esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya. Bila tepat jam 4.00 pagi, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur. Ketika Amin sedang sujud pada masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba-tiba Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dengan kain hitam dan hukuman pun dijalankan. Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti enggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pada kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar seperti kebiasaan mereka yang digantung. Tangan seperti orang dalam solat di jari telunjuk seperti membaca tahiyat akhir. SubhanaAllah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba-hambanya yang soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kepada kita semua.Inilah kisah yang diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari syurga serta membawa wewangian dari syurga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi. Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sangat banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keredhaanNya.”Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya titisan air dari bibir tempat air.

Admin: Sekiranya ia berita yang betul Alhamdulillah. Tetapi sekiranya salah tolong beri pendapat

WALLAHU A'LAM 

Gadis cina berpuasa?

 

SENSASI DI YOUTUBE: Gadis cina hot BUKAN ISLAM memberi hujah-hujahnya mengapa beliau berpuasa di bulan Ramadhan! KEBANGKITAN PENDAKWAH BUKAN ISLAM!

J SZE adalah ikon baru dalam dunia dakwah. Apa yang unik ialah beliau bukan Islam tetapi merupakan salah seorang anggota team Najasyi / Abu Talib yang giat belajar tentang logik Islam dan juga bahasa Arab. Beliau mengambil ijazah dalam child psychology.

J SZE telah menakjubkan ramai di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH baru2 ini di Johor bila beliau menjelaskan hujah demi hujah mengapa aqidah Islam lebih rasional dari agama-agama lain. Ini adalah video pertama J SZE dalam usahanya untuk menghilangkan prejudis masyarakat bukan Islam terhadap Islam. Beliau amat menentang Islamofobia. -Xifu Naser