GAGASAN 75%
Hakikat
politik demokrasi menentukan majoriti menguasai minoriti. Dalam sesebuah negara,
sekiranya sesebuah parti itu menguasai DUN atau Parlimen dengan 51% kerusi bermakna
parti tersebut akan menerajui pemerintahan dan pentadbiran negeri atau negara.
Mereka juga boleh melaksanakan dasar-dasar, anutan dan kefahaman serta
idealisma-idealisma perjuangan mereka.
Parti
Gerakan pernah mengadakan kempen untuk menggalakkan bangsa Cina melahirkan anak
yang lebih ramai setelah mereka menyedari pertumbuhan penduduk berbangsa Cina
semakin menguncup. Senario semasa menunjukkan bangsa Cina lebih suka mempunyai
bilangan anak yang sedikit iaitu antara 2 hingga 3 orang. Mereka lebih
mementingkan kualiti daripada kuantiti. Impak dari sikap ini telah menyebabkan
peratusan bangsa Cina di Malaysia semakin menurun dari setahun ke setahun.
Di
kalangan orang Melayu pula, kita lebih suka kepada bilangan anak yang ramai
dengan purata 6 orang sekeluarga. Sayangnya kita menderitai kuantiti yang tidak
berkualiti. Mengikut bancian pada tahun 2000, umat Islam di Malaysia ialah
sebanyak 60.4% dari 24 juta penduduk.
Faktor
bilangan anak ini sangat besar ertinya dari sudut politik demokrasi. Sebab
itulah Almarhum Tunku Abdul Rahman pada awalnya berat untuk menerima kemasukan Singapura
ke dalam Malaysia
kerana dengan kemasukan itu bilangan penduduk Cina akan melebihi bilangan
bangsa Melayu. Dengan bilangan bangsa yang ramai, bangsa Cina dapat menguasai
Singapura. Dengan faktor yang sama Pulau Pinang dikuasai oleh Gerakan dan MCA
walaupun satu ketika bilangan kerusi UMNO dominan di Pulau Mutiara itu. Dan kini DAP mengambilalih kuasa itu. Cuba kita
perhatikan besarnya kesan komposisi bangsa/anak yang ramai.
Antara perancangan yang hendak digagaskan di
sini ialah menolak amalan merancang keluarga yang melibatkan kelahiran anak.
Setiap ibu bapa muslim mestilah berazam atas empat perkara demi mendaulatkan
Islam.
1. Berazam melahirkan seramai mungkin anak. Elakkan daripada mengamalkan perancang kelurga dan sentiasa berfikir positif dengan bilangan anak yang ramai.
2. Mengkualitikan anak dengan didikan agama yang kukuh, berilmu dan berjatidiri. Insafi gejala-gejala negatif dalam anak-anak bangsa kita.
3. Selain itu kita hendaklah menggalakkan pemuda-pemudi Islam berkahwin pada lingkungan usia yang ideal iaitu antara 24 hingga 26 bagi pemuda dan 21 hingga 24 bagi pemudi. Pemuda-pemudi Islam tidak sewajarnya melewat-lewatkan hasrat berumahtangga kecuali atas sesuatu masalah yang tidak dapat dielakkan. Perkahwinan yang cepat dapat merealisasikan gagasan-gagasan di atas.
4. Didik anak dengan perjuangan sejak kecil. Ceritakan kepada mereka kehebatan empayar dan tokoh pejuang Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w.
Satu
lain jalan kita ialah menyebarkan agama Allah dengan lebih berani. Kita memuji
langkah yang diambil oleh Tun Dato’ Mustafa (USNO) Sabah dahulu yang
menyebarkan Islam kepada kaum peribumi Sabah
dengan bersungguh-sungguh. Sepatutnya wujud sebuah NGO muslim yang berperanan
khusus untuk berdakwah di kalangan masyarakat majmuk Malaysia. Namun individu muslim juga patut bersuara dan
bercakap sepatah dua tentang Islam kepada rakan-rakan sekerja. Kita kagum
dengan para pemain bolasepak yang berjaya membawa pemain bukan muslim dan
pemain import menganuti agama Islam. Orang bola mampu buat, kenapa orang lain
berdiam?
Kita
mahu dalam masa mungkin 20 atau 30 tahun lagi umat Islam menguasai sekurang-kurangnya
75% daripada bilangan pengundi di negara kita. Gagasan ini hendaklah disebarluaskan kerana ia tidak mungkin
diperkatakan secara langsung oleh pemimpin kerana mungkin ia membawa implikasi
politik atau prejudis antara kaum. Kalau kita mahu mengembalikan ketuanan Islam
dan mendaulatkan Islam di bumi tercinta ini, maka ini mesti dihayati oleh
setiap muslimin dan muslimat sebab kita telah memilih demokrasi. Sikap acuh tak
acuh kita terhadap gagasan ini memungkinkan kita terus berputih mata suatu hari
nanti. Kita tidak mahu ‘sejarah Singapura’ berulang kembali pada zaman anak
cucu kita. Jangan kita pusakakan ‘sejarah Singapura kedua” untuk mereka.
No comments:
Post a Comment