Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Monday, 13 August 2012

Cendekiawan Yaman singgah di SKJ


Gambar dari kiri; Dr. Ahmad Hassan, Dr. Amin al-Muqbil, Dr. Mutahhar  Ahmad dan Yasser Abduh Saleh. Paling kanan Presiden PAS, melayani para tetamu dari negara Yaman itu

MARANG: Empat cendekiawan dari negara Yaman mengunjungi Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya, di Rusila dekat sini petang Sabtu 4 Ogos bersamaan 15 Ramadhan.

Mereka adalah As-Syeikh Dr. Amin Ali Muqbil al-Masyri, As-Syeikh Dr. Ahmad Hassan Soleh al-Faqeh, As-Syeikh Dr. Mutahhar Ahmad Muhammad Mahmud dan Yasser Abduh Saleh Abdul Rabb dari dua buah universiti terkemuka negara Yaman.

Dr. Amin Ali adalah Dekan Kuliah Syari’ah Universiti Al-Iman yang mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang Fiqh Perbandingan.

Dr. Ahmad Hassan adalah Pembantu Timbalan Rektor (Presiden) Universiti Al-Iman Shu’un ‘Ilmi yang mempunyai Ijazah kedotoran dalam bidangTafsir

Manakala Dr. Mutahhar Ahmad merupakan Ketua Lembaga Akademik Universiti Al-Iman yang mempunyai kepakaran dalam bidang Hadith dan Syeikh Yasser Abduh Saleh Abdul Rabb memiliki Master dalam bidang Fiqh Islami.

Di maklumkan para ulama Yaman tersebut menziarahi Tuan Guru Dato Seri Ustaz Haji Abdul Hadi dalam rangka lawatan kerja mereka ke negara ini di bawah anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Yaman.

Mereka yang telah berada di tanah air sejak pertengahan Julai sebelum ini menyampaikan beberapa kuliah di Masjid Wilayah Persekutuan dan Universiti Islam Antarabangsa.

Antara tajuk-tajuk yang dibentangkan oleh ke empat-empat ulamak Yaman tersebut dalam program Dawrah dan Ziyarah 2012 bermula 17 hingga 27 Julai lalu ialah kuliah hadith dan syarah kitab Matan al-Arba'in,  Siyasah Syar'iyah; Syura, Demokrasi & Oligarki serta Adab pemerintah Ahlus Sunnah terhadap rakyat. 

Admin: 5 Ogos 2012 Ahad - Kesemua 4 orang ulama dari Yaman dan perterjemahan bahasa serta pemandu arah singgah berbuka puasa di SKJ. Alhamdulillah kehadiran mereka ini ketika hari terbuka SKJ bersama Jemaah setempat untuk majlis berbuka puasa. Dianggarkan sekitar 700 orang yang hadir. Sebelum berbuka puasa, majlis dimulakan dengan Tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Hishamuddin Abd. Karim yang menggantikan Ustaz Khairul Ikhwan yang masih berada di Serawak. Dan sebelum berakhir tazkirah ramadhan, Ustaz Hishamuddin (perterjemah bahasa) menjemput As-Syeikh Dr. Amin Ali Muqbil al-Masyri, untuk menyampaikan sepatah dua kata sebagai tetamu kehormat dan mewakili sahabat yang lain. Mereka ini adalah tetamu Tuan Guru Presiden dalam rangka lawatan ke Malaysia.




No comments:

Post a Comment