Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday 9 October 2011

SURAU BATU 2, KAMPUNG JAYA (SKJ) LANCAR DERMA UNTUK MANGSA UJIAN DARIPADA ALLAH


 Surau Batu 2, Kampung Jaya (SKJ) melancarkan derma kilat pada kuliah malam tadi (semasa kuliah maghrib Ustaz Ahmad Ibrahim) untuk diberikan kepada mangsa kebakaran rumah sewanya di Gong Limau. Oleh itu kepada penderma yang masih ingin menghulurkan derma bolehlah menghubungi AJK SKJ.
Tuan Haji Hanafiah bertanya permasalahan kepada isteri mangsa kebakaran.

Tuan Haji Hanafiah menghulurkan sedikit sumbangan kepada mangsa kebakaran. Rumah sebelah yang sempat diselamatkan, pernah AJK SKJ ziarahi pada sehari sebelum raya aidil fitri baru-baru ini.

Tuan Haji Hanafiah sempat merakamkan peristiwa ini bersama wakil AJK Muslimat PAS Kemaman Puan Hajah Fatimah.


KEMAMAN - Walaupun tidak ada bajet besar, Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, memberikan sumbangan 'kilat' kepada mana-mana warga Chukai yang ditimpa musibah tanpa batasan politik.

Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) hanya datang mengambil gambar.

Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat menziarahi kediaman sepasang warga muda Chukai di Gong Limau (depan kedai makan Nyamok) Jalan Air Putih.

Menurut Haji Hanafiah, rumah pasangan tersebut Mohd  Razis Aziz, 28, dan isterinya Wan Kamalia Wan Mansor, 25, telah terbakar kira-kira jam 11 pagi semalam, Ahad 9 Oktober.

"saya hulurkan sumbangan sedikit, hasil kutipan derma dari rakan-rakan yang prihatin,"ujarnya.

Beliau berkata anggaran kerugian sebagaimana dilaporkan oleh tuan rumah sendiri, Wan Razis yang bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel, adalah kira-kira RM20,000.

Katanya, Mohd Razis yang dibayar gaji harian sebanyak RM50 sehari.

"walaupun dibantu oleh isterinya, Wan Kamalia yang bekerja sebagai pembantu tadika berpendapatan RM650 sebulan, mereka tidak mampu untuk membeli sebuah rumah, walaupun rumah kos rendah,"jelas Haji Hanafiah.

Menurutnya, rumah yang terbakar itu adalah rumah sewa, namun semua peralatan perabot dan alat elektrik musnah dalam kejadian itu.

Selain itu, Haji Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, pasangan tersebut yang mempunyai 2 anak terpaksa mencari rumah sewa lain serta membeli semua peralatan baru bagi meneruskan kehidupan.

Justeru, beliau menyeru kepada semua muslimin dan muslimat yang muhsinin, mengambil tanggungjawab membantu keluarga terbabit yang sedang menerima ujian dari Allah SWT.

"hari ini mereka menerima ujian, mungkin esok, lusa kita pula, InsyaAllah dengan sumbangan dan pertolongan ikhlas dari kita semua, Allah akan balas pula apabila kita pula menerima ujian dari NYA,"katanya yang menambah, segala bentuk sumbangan boleh dibuat melalui MTD PAS Chukai atau menghubungi beliau sendiri

No comments:

Post a Comment