Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Wednesday 26 October 2011

GOTONG ROYONG SURAU BATU 2, KAMPUNG JAYA MENYAMBUT AIDIL ADHA

Program ini bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Program ini berjalan lancar walaupun dalam keadaan hujan. Gotong royong ini dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu bahagian dalaman yang diketuai oleh TSU Encik Rahim dan bahagian luaran diketuai oleh SU Encik Azmi Ali. Alhamdulillah program ini mendapat sambutan daripada AJK dan Ahli Jemaah Surau. Terima kasih atas kehadiran anda semua ke program ini. 





Anak AJK turut menjayakan program ini.

Terima kasih Encik Halim Awang walaupun dalam keadaan sakit buah pinggang yang kronik tetapi masih setia lagi dengan surau. Setakat ini Encik Halim sentiasa penuh kedatangannya apabila program surau diadakan. Alhamdulillah. Terima kasih.

Terima kasih Encik Husin kerana kesudian menolong kami menggunakan perkhidmatan lori tanpa di cas. Hatimu sungguh mulia. 






Guana TSU tunjuk perut tu?


Makan tengahari dikedai ini. Sudah tempah untuk program gotong royong. Terima kasih kepada sponsor.

Terima kasih Kak Ton kerana menyediakan Nasi Minyak bergulai ayam dan Teh 0 untuk santapan pagi pada program gotong royong.




Tuan Haji Mokhtar walaupun dalam keadaan kesihatan kurang memuaskan (kencing manis) tetapi masih boleh membantu lagi apabila setiap kali program surau diadakan. Alhamdulillah. Terima kasih.

Tepat jam 12.30 tengahari semua peserta gotong royong dijamu makan tengahari di kedai bendahari iaitu Anjung Permai. Menunya Ikan patin tempoyak, ikan kerapu goreng berlada, ayam goreng masak merah, telur dadar, daging masak kicap, sayur hailam dan air sirap.

Boleh tambah lagi bang....



Tengok tu... SU boleh tambah. Ini mesti Ikan Patin.

Walaupun dalam keadaan basah kuyup, selera tetap ada.



Makan sudah beres. Azan zohor pun sedang dilaungkan daripada Masjid Al-Solihin. Jom.....

Terima kasih semua.

No comments:

Post a Comment