Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Monday, 3 October 2011

RODA GERGASI DI LANGGAR?

 KEMATIAN HANYA DARIPADA ALLAH

BOLEH dikatakan satu keajaiban, bila sebuah pesawat merempuh sebuah alat permainan gergasi "Ferris Wheel" di Old Bar, berhampiran Sydney Australia tanpa meruntuhkannya.

Dua kanak-kanak telah terperangkap di atas alat permainan gergasi itu hampir dua jam selepas sebuah pesawat merempuhnya.

Kanak-kanak tersebut, seorang berumur 9 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun juga bernasib baik apabila salah sebuah lampu pesawat terpelanting menghentam sisi berhampiran mereka yang hampir saja mengenai mereka.

Juruterbang berumur 53 tahun yang memandu pesawat tersebut beserta penumpangnya, 32 juga turut tergantung dan terperangkap di dalam pesawat selama lebih 3 jam pada ketinggian lebih 30 kaki.


Paul Cox, juruterbang yang memandu pesawat tersebut berkata bahawa dia tidak perasan roda besar tersebut sebelum pesawat yang dipandunya merempuh kuat alat permainan gergasi itu. Waktu itu, dia baru sahaja berlepas dari lapangan terbang berhampiran.

Menurutnya lagi "Apa yang saya ingat selepas itu, saya terperangkap di dalam Ferris Wheel. Beberapa minit saya panik, dan saya hanya mampu berharap moga-moga tiada sesiapa yang tercedera."

Menurut salah seorang saksi, permainan roda gergasi itu dipenuhi kanak-kanak beberapa minit sebelum kemalangan. Namun berikutan hujan renyai, hanya 5 orang kanak-kanak yang cukup berani untuk menaikkinya.

Seorang penyelamat Brett Campbell berkata, "kedua-dua kanak-kanak itu sangat hebat. Mereka begitu tenang dan berani. Begitu juga dengan dua lelaki di dalam pesawat".

No comments:

Post a Comment

Post a Comment