Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday 25 September 2011

SAMBUTAN AIDIL FITRI BERSAMA ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL ANJURAN NGO CAKNA KEMAMAN

23hb. Sept. 2011 Jumaat selepas solat asar. SKJ menjadi pilihan Ustaz Zulkifli dan Kru-kru NGO Cakna Kemaman untuk memohon pertolongan bagi menjayakan program siang daging lembu untuk masakan gulai pada 24hb. sept. 2011 hari sabtu. Alhamdulillah AJK SKJ sentiasa bersedia untuk membantu mana-mana pihak yang memerlukan perkhidmatan   kami. Inilah dakwah kami (SKJ) memberi bantuan kepada mana-mana yang perlu dan yang boleh kami lakukan. Semoga pendekatan yang kami bawa ini dirahmati oleh Allah SWT hendaknya, Amin.








Alhamdulillah sudah siap jam 6:15 petang...Ok Ustaz Zul.

24hb. Sept. 2011 Sabtu jam 9 pagi hingga 2 petang program sambutan hari raya aidil fitri bersama anak yatim dan ibu tunggal berjaya dirialisasikan oleh NGO Cakna Kemaman. Bertempat Masjid Pengkalan Pandan. Terima kasih kepada pihak Masjid kerana memberi ruang kepada anak-anak yatim mengenali keindahan suasana disini. Tahniah diatas kejayaan anda. Dan mana-mana syarikat, individu dan badan-badan berkanun yang berminat untuk sama-sama menjayakan program anak yatim dan ibu tunggal dimasa akan datang bolehlah berhubung terus dengan Ustaz Zul Bukit Mentok (019-9037683) ataupun talian Surau Kampung Jaya yang tertera di kepala blog.



Inilah dia orang kuat NGO Cakna Kemaman Ustaz Zulkifli Ahmad handsomenya..... ibu tunggal tidak terpikat ke? Ada 3 kekosongan lagi tu..... jangan marah Ustaz ye, gurau je. Isteri ustaz ada sebelah tu.


Waktu zohor sudah masuk, anak-anak boleh mengambil tempat untuk kita sama-sama solat berjemaah. Alhamdulillah, anak-anak lelaki tiada yang uzur. Cuma ibu tunggal dan adik muslimat je ramai yang uzur ABC. Tapi yang tu....usia dah..... uzur jugak ke? Bersangka baiklah kita ye.







Bergaya sakan kita ye...




Cabutan bertuah untuk anak yatim




Segala makanan diutamakan anak yatim memakannya terlebih dahulu sepuas-puasnya. Selebihnyalah barulah anda boleh merasainya sekiranya ada lagi yang berbaki. Anak Yatim berumur 17 tahun kebawah sahaja yang layak.






Awi satay menjadi pilihan. memang sedap sataynya. NGO Cakna tempah 6 ribu cucuk?





No comments:

Post a Comment