Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Tuesday, 24 April 2012

GEMPAR!! JPN Kantoi 2 Kali Dalam 1 Kenyataannya!!

Oleh: edyesdotcom 

 Ok lihat kenyataan di atas seperti yang dilaporkan Malaysiakini. JPN menjelaskan kebimbangan IC yang mempunyai tarikh luput. Malangnya, rancangan busuk Umno-JPN-SPR-dan sekutu-sekutunya untuk menipu di PRU13 terbongkar!! 

1. JPN maklumkan bahawa kad pengenalan tersebut dikeluarkan pada tahun 2001 kerana ketika itu tiada banyak jenis kad seperti hari ini. 

PERSOALAN: Tahun 2001 bermakna hayat kad pengenalan seperti gambar di bawah hampir 12 tahun... Cuba lihat kad pengenalan anda semua, bagaimanakah rupanya fizikal kad pengenalan yang telah dikeluarkan lebih 10 tahun dulu? 

2. JPN mengesahkan pemegang MyKad itu bukan pengundi berdaftar. Ini bermaksud semua kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput tidak boleh mengundi atau dengan kata lain - tidak mempunyai rekod di SPR 

PENDEDAHAN: Lihat lagi satu pendedahan IC bertarikh luput di bawah - Pemegang kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput ini BOLEH MENGUNDI !!! 




Inilah sebabnya mengapa kita harus tempuh segala halangan dan dugaan untuk sampai ke Dataran Merdeka 28 April 2012!! Tidak hairanlah jika TG Nik Aziz juga sanggup mengatakan kehadiran anda yang cintakan tanahair ini adalah WAJIB! 

Ingatlah... Jika anda terasa berat untuk bersama di Dataran Merdeka 428 nanti hanya kerana kemungkinan berdepan bahaya dan kesakitan yang sementara, maka kita semua akan selamanya terperangkap dalam sebesar-besar ketidak-adilan!! 

Percayalah negara kita sedang digadai!! Ibu Pertiwi kita sedang diperkosa oleh gerombolan yang tamak kuasa!! Ayuh semua ke Dataran Merdeka 284!!! Pastikan Aziz dan SPR LETAK JAWATAN!!! 

Ayuh semua... Masanya sudah tiba... 428 satu sejarah! 

EDYES REDUAN 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) 

Pendedahan awal di buat oleh blog Semut dan Kekunci , dan entry awal hari ini berkaitan di sini - Lagi IC Bertarikh Luput Dikesan!! Aziz SPR Harus Letak Jawatan!! 

22 tahun memerintah hanya 2 menteri yang hadir


SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dukacita kerana menteri-menteri dan timbalan menteri Kerajaan Pusat yang datang ke negeri itu tidak pernah mengunjungi pejabat beliau kecuali dua anggota Kabinet.
Nik Aziz berkata, Kelantan adalah sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang menteri besar, yang seharusnya menteri atau timbalan pusat mengunjunginya selaku ketua kerajaan di negeri yang mereka lawati.
“Dia nak datang tu, datanglah, (Kelantan) tetapi kalau boleh datanglah ke pejabat menteri besar, sebab dia ada kerajaan dan ada ketuanya sendiri.
“Sejak saya menjadi menteri besar hampir 22 tahun ini, hanya ada dua orang menteri sahaja yang bersedia datang bertemu saya, baik dia iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Mohamed Nazri Aziz.
“Seorang lagi yang sempat bertemu saya bekas Menteri Pertanian, kalau tak silap saya bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, orang lain tak datang,” kata beliau dipetik Harakah Daily semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan awal Mei ini Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Nik Aziz mengetuai Kerajaan Negeri Kelantan sejak 1990.
Ketika ditanya adakah lawatan itu ada kaitan dengan pilihan raya semakin hampir, beliau berkata, terpulanglah kerana pilihan raya atau sebaliknya, sebab Pas sendiri turun ke seluruh negara khususnya sebagai persiapan menghadapi pilihan raya.
“Tetapi soalnya sekarang rakyat mesti faham untuk menjatuhkan kerajaan negeri yang ditadbir Pas apa dosa yang telah dilakukan oleh parti Islam ini,” ujarnya.
Tambah Nik Aziz, perjuangan Pas menarik manusia kembali pada ajaran ALLAH yang sebenar.
Mursyidul Am Pas ini berkata, selepas manusia mati sudah pasti akan dibangkitkan semula sama ada mahu atau sebaliknya tetap akan dihidupkan semula.
Sambil merujuk surah Yaasin ayat 51 dan 52, Nik Aziz berkata, setiap manusia yang mati akan dihidupkan semua untuk menerima pembalasan di akhirat.
Oleh itu jelas beliau, Pas telah membawa ajaran yang selari dengan Islam kerana ianya menjadi tanggungjawab perjuangan umat Islam.

Assalamualaikum


kali ini nak berkongsi tentang Perkara Yang Elok Dan Tidak Elok Disebut.Semoga kita semua mendapat informasi dan pengajaran untuk semua di samping memperbanyakkan amalan yang baik serta sentiasa diberkati olehNYA..Insya Allah.

1. Perbanyakkan Menyebut Allah Daripada Menyebut Makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Sewajarnya kita lebih menyebut-nyebut nama Allah yang telah memberikan nikmat yang tidak terhitung banyaknya untuk kita.

2. Perbanyakkan Menyebut Akhirat Daripada Menyebut Urusan Dunia.

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat.Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan Menyebut Dan Mengingat Hal-Hal Kematian Daripada Hal-Hal kehidupan.

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat.

4. Jangan Menyebut-Nyebut Kebaikan diri dan keluarga.

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan terhadap orang lain. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan riya’ atau bangga diri.Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik.

'Bawa kes Scorpene ke Perancis mahu kucar-kacir negara'

 

4:28PM Apr 24, 2012

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata tindakan Suaram mengemukakan kes berhubung pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis merupakan usaha untuk mengucar-kacirkan negara. 

"Dia nak kucar-kacirkan negara. Dia akan keluar macam-macam untuk malukan orang dan nak fitnah. 

"Mereka tak ada kerja. Kalau macam kita ini, kerja 24 jam," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini. 

Beliau mengulas tindakan Suaram mengemukakan nama Datuk Seri Najib Razak sebagai saksi dalam inkuiri berkenaan. 

Suaram bertindak demikian dengan alasan bahawa perdana menteri itu merupakan menteri pertahanan yang terlibat dalam perolehan kapal selam tersebut sebelum ini. 

Dalam pada itu, Tengku Adnan juga berkata beliau sedia mengadakan pertemuan dengan sekumpulan pemerhati pilihan raya luar negara, susulan daripada jemputan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Bagaimanapun, beliau tetap tidak bersetuju dengan tindakan pembangkang menjemput kumpulan pemerhati berkenaan. 
"(Pemerhati) sepatutnya datang melalui SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Saya akan jelaskan kepada mereka," katanya. 

Tengku Adnan berkata, jemputan itu dibuat Anwar melalui satu surat kepadanya. 

Admin: pulak dah.....satu kenyataan yg terlalu bijak.kalau kes ini nak disiasat dan dibawa kemahkamah oleh SPRM atau PDRM... tunggulah sampai lembu jantan bunting sulung.kes VK Lingam walau pun Suruhan Diraja dah buat keputusan tapi yg bersalah masih bebas.....tapi kalau DSAI masa tu memegang jawatan Menteri Pertahanan.....alamatnya ke sg.buluh lagi sekali.... 

kalau tak bersalah takut apa,kenapa pulak kucar kacir negara ,kita menegak kebenaran ,biar dimana dibicara kalau duduk ditempat yg benar tak perlu takut,biar rakyat tahu kebenarannya.. 

Sebenarnya siapa yang hendak mengucar-ngacirkan negara? Yang jelas UMNO/BN yang kucar-kacirkan negara selama 54 tahun sudah. Ini kena diberhentikan selepas PRU13 ini nanti.

Presiden PAS Turun Ke Bersih 3.0

 

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan akan turun ke Dataran Merdeka bersama seluruh rakyat untuk menyertai 'Duduk Bantah' sempena himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

Dalam satu kenyataan yang dikirim oleh setiausaha akhbar beliau Mohd Nasaie Ismail, beliau berkata ianya sebagai tanda sokongan padu PAS terhadap usaha NGO yang bergabung dengan Bersih 3.0 untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

"Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Dataran Merdeka pada himpunan Duduk dan Bantah Bersih 3.0.

"Begitu juga dengan seluruh ahli PAS diminta berhimpun secara damai di Dataran Merdeka pada tanggal 28 april," katanya.

Pejabat agung PAS juga, ujarnya sudah membuat arahan kepada semua ahli untuk hadir sama ke himpunan tersebut.

Sejak Bersih mengumumkan untuk mengadakan Bersih 3.0, PAS telahpun menjalankan usaha mobilisasi ahli dan penyokongnya dari seluruh negara untuk hadir.

Semua negeri telah menyatakan komitmen sementara PAS Terengganu dan Selangor secara rasmi mengumumkan masing-masing akan mengerahkan 50,000 ahli mereka.

Sementara itu, Bersih malam tadi mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan lokasi alternatif 'Duduk Bantah' itu selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan himpunan itu diadakan di Dataran Merdeka. -Hrkh

Siapa tidak Kenal MB Terengganu

  

Inilah feel perangai sebenar Dato Mat Said. Beliau Nampak berjurus semasa nyawa politik beliau dihujung tanduk. Masa itulah beliau menjadi pengampu kepada Parti PAS. Pakai kopiah, pakai jubah. Dok menyepe dengan pimpinan PAS. Tetapi kalau dah perangai jenis Kabo tahik… dimandi, dilumur minyak wangi pun, apabila terlepas pasti merangkak ke tahik jua.

Hari ini perangai angkuh, samseng dan bongkak beliau zahir kembali. Beliau dengan sombongnya menuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. Demi survival politik dan jenis spesis political animal atau orang Arab cakap sebagai Hayawan as-Siyasi. Dalam masyarakat melayu disebut Bewak Pokke atau ‘Sesumpah’. Boleh bertukar warna dalam sekelip mata.

Kalau dahulu beliaulah yang menyepak bakul dalam pasar Kemaman kerana marahkan peniaga dipasar. Nak tunjuk gedebe beliau pernah mencabar bertumbuk dengan ibu-bapa pelajar sekolah dalam mesyuarat PIBG Sekolah. Tak mengherankan kerana sememangnya beliau dikenali berperangai seperti itu. Tanyalah pegawai-pegawai yang pernah berkhidmat dengan beliau, bahkan dalam Sidang Dewan yang mulia pun beliau menyumpah dan memaki seranah ADUN PAS tanpa ada rasa malu dan adab sopan.

Beliaulah sebagai Exco yang membawa kepada robohnya masjid Bujal di Dun Kijal dan beliau sebagai Adun disitu yang dimenangi dengan undi masyarakat Myanmar.

Hari ini sekali lagi beliau menunjukkan keangkuhan dan kesombongan beliau apabila dengan keras beliau tidak akan menyambung pinjaman Yayasan Terengganu terhadap 9 orang pelajar di Mesir walaupun didesak serta dituntut oleh para mahasiswa di Terengganu.

Bagi beliau Umno akan berkuasa buat selama-lamanya. Rakyat Terengganu akan tetap menyokong Umno meskipun apa sahaja kezaliman yang beliau lakukan. Baginya duit yang ditabur serta rasuah yang diikat untuk rakyat Terengganu untuk tetap mengundi mereka dalam setiap PRU. Bagi Mat Said, suara Mahasiswa tidak sampai ke mana pun.

Hari ini Dato Ahmad Said mencabar agar PAS & PKR membiayai pinjaman 9 orang pelajar yang diberhentikan mereka. Cakap macam orang tak sekolah! Tak boleh nak beza antara Kerajaan dengan parti. Mereka dok ingat bahawa hak kerajaan yang merupakan hak rakyat itu sebagai hak Umno-BN. Mereka yang batalkan pinjaman para pelajar tersebut, Bila tak tahu nak selesaikan PR pula nak dikambing-hitamkan.

Apapun PAS & PR bersedia. Ya! Kita sambut cabaran Mat Said itu. Kalau Umno-BN terlalu bodoh nak berbalah dengan 9 orang anak Terengganu, berbangsa melayu dan beragama Islam ini dan terus mengamalkan politik khianat terhadap anak-bangsanya sendiri. Mengamalkan politik dendam bakar kelambu.
Dan kalau hanya dengan 9 orang pelajar pun Umno-BN selaku pemimpin negeri ini gagal untuk menyediakan pinjaman buat mereka, PAS & PR akan menyambung kembali pinjaman kepada 9 orang pelajar tersebut pada hari yang sama ketika Umno-BN ditumbangkan dalam pilihanraya PRU-13 nanti. Bahkan jika sekiranya PR menguasai Putrajaya semua pinjaman tersebut akan bertukar menjadi biasiswa.

Dan kalau Umno-BN sudah merasa mereka tidak mampu lagi memerintah dan gagal untuk membela anak-bangsa mereka sendiri, Kita cabar supaya hari ini juga beliau meletak jawatan dan serahkan kepada rakyat kembali. Biarlah rakyat memilih pemimpin yang benar-benar dapat membela nasib serta masa depan mereka dan anak generasi mereka.

DEMO HENTIKAN RAMPASAN TANAH DI KUALA TERENGGANU

 Sekitar 3000 orang hadir dalam Demo ini. Turut sama Tuan Haji Hanafiah Mat selaku Pengarah Tindakan Dun Chukai. Demo ini berlangsung di hadapan pintu masuk sidang dewan negeri yang sedang berlangsung. Demo bersurai sekitar jam 11.30 pagi. Bersama Hentikan Kezaliman. Alhamdulillah pihak polis yang ada sekitar kawasan demo tidak melakukan provokasi dan menjaga sekitar demo dengan cara baik. Tiada apa-apa yang berlaku kerosakan mahupun kecederaan. Mengapa harus takut kepada peserta DEMO?










Ustaz shiekh Hanafi bersama dengan wakil ANAK yang sempat berucap 



 

KUALA TERENGGANU - Perasaan marah rakyat negeri Terengganu semakin 'meluap-luap' khususnya kepada Menteri Besar (MB), Dato’ Seri Ahmad Said terutama dalam isu-isu tanah rakyat yang dinafikan dan dirampas oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Hampir 10,000 rakyat di seluruh negeri berkumpul serta berhimpun secara aman bermula di Padang Majlis Berbandaran Kuala Terengganu (MBKT) dan berarak ke bangunan pentadbiran kerajaan Wisma Darul Iman.

Lima memorandum rakyat  telah diserahkan sendiri oleh wakil-wakil Jawatankuasa terbabit dengan rampasan tanah kepada Dato’ Seri Ahmad di Wisma Darul Iman, dekat sini, pada Selasa 24 April.

Antaranya, Dr Azman Ibrahim mewakili Jawatakuasa Bertindak Tanah RTB Kubang Labi, Haji Muhyiddin Abdul Rashid mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Jelapang, Shalahuddin Jaafar mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Generasi Kedua Felda, Che Wan Musatafa Che Wan Kaman mewakili Sekolah Rendah Islam Darul Bayan dan Salleh Embong mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas.

Mereka dibawa bertemu dengan Ahmad yang diiringi oleh Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu berhenti rehat sekitar jam 11.00 pagi.

Sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid bersama Adun PAS yang lain turun ‘padang’ bagi menyambut wakil-wakil jawatankuasa tanah berkenaan yang ‘tersekat’ di pintu masuk Wisma Darul Iman.

Tinjauan mendapati ribuan rakyat Terengganu mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah rampasan tanah yang dilakukan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Manakala, di hadapan pintu masuk Wisma Darul Iman, rakyat yang menyertai perhimpunan tersebut menaikan slogan-slogan mengutuk tindakan Umno-BN yang ‘merampas’ tanah rakyat.

Slogan ‘Kami Bantah Rampas Tanah SRIDB’, ‘Kembalikan Tapak Anak Yatim Kami’, ‘Kami Bukan Perompak dan Penjenayah’ dan ‘Kenapa Rampas Hak Kami’ serta banyak lagi dipamerkan oleh para peserta terbabit.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, kerajaan Umno-BN Terengganu ini zalim dan khianat terhadap rakyat sendiri.

“(Tanah) Sekolah rendah yang dirampas oleh kerajaan yang kita rasa amat terkilan, tanahnya dua ekar diluluskan oleh MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) tetapi dirampas (tinggal) seekar,

“yang kedua melibatkan tanah (RTB) Kubang Labi, Kampung Banggol Permairsuri, melibatkan tanah yang diambil untuk I-SHARP tanah yang melibatkan hak orang kampung turut dirampas,

“yang ketiga melibatkan petani (padi) di Kampung Jelapang (Setiu) melibatkan lebih seratus orang yang diusahakan oleh orang kampung,”ujarnya dalam sidang media selepas pennyerahan memorandum tersebut.

Beliau berkata, turut diserahkan adalah memorandum yang melibatkan projek jalan dan jambatan Kampung Jeram yang termasuk tanah penduduk Kampung Banggol Donas yang diambil tanpa dibayar pampasan.

Dalam kes Kampung Banggol Donas, beliau menyelar tindakan kerajaan yang mennafikan hak rakyat seolah-olah sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja.
“Projek lebuhraya yang masuk kampung Banggol Donas tanpa dibayar pampasan dan kelulusan, terus dia masuk (buat projek), ini ada penafian hak rakyat seolah-olah kerajaan sebagai pemerintah dia boleh lakukan apa sahaja,

“(dan) rakyat tidak patut membiarkan begitu sahaja,”tegasnya.

Memorandum yang kelima, menurut Ustaz Satiful adalah melibatkan tanah generasi kedua peneroka Felda yang diserahkan kepada FGVH (Felda Global Venture Holding) yang akan diapungkan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur.

Katanya dengan tindakan tersebut menyebabkan bepuluh ribu ekar aset rakyat negeri Terengganu akan hilang begitu sahaja

Hadir sama ketika penyerahan memorandum rakyat kepada Ahmad adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya serta Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali.