Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Wednesday, 5 October 2011

KITA BANDINGKAN DENGAN KITA.....

Gambar dirakam pada 5.10.2011 ketika sarapan pagi.

SubahanaAllah cara makan sangat berbeza dengan kita apabila ada jawatan. Siapalah kita? 

Tergaman kita melihat seorang yang hebat dikaca dunia, tiba-tiba mengambil pendekatan penjimatan air dengan cara menggunakan kemudahan yang Allah SWT berikan iaitu sungai. Gambar dirakam pada tahun 2010 keitka Tuan Guru mengambil wuduk. 

Tuesday, 4 October 2011

Gaji Rm1.100 ditawarkan


SEBELUM Perdana Menteri Najib membentangkan belanjawan negara pada hari Jumaat ini, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Anwar Ibrahim lebih awal membentangkan belanjawan alternatif.

Ini menunjukkan betapa Pakatan Rakyat benar-benar sudah bersedia untuk memerintah negara ini jika dipilih pada Pilihanraya Umum akan datang.

Apa yang menarik, Pakatan Rakyat menawarkan gaji minimum sebanyak RM1,100 kepada tenaga kerja negara ini disamping tambahan RM500 gaji kepada para guru .

Fenomena ini begitu cantik dan menyenangkan hati rakyat. Jelas sekali rakyat dapat menilai bahawa pemimpin hari ini wajar mengutamakan rakyat jika ingin dipilih menerajui negara.

Najib masih ada dua hari untuk meminda Bajet 2012 yang akan dibentangkan olehnya Jumaat ini. Takkanlah Najib nak kalah dengan Bajet Pakatan Rakyat? Jangan buat malu Najib oi!

Jelas sekali di sini, Pakatan Rakyat sengaja memberikan masa kepada Najib untuk meminda Bajet yang bakal dibentangkan Jumaat ini demi mengutamakan rakyat. Bukankah slogan Satu Malaysia ialah "Rakyat didahulukan"?

INGAT! Negara ini milik rakyat, bukan milik pemimpin yang hanya tahu bersenang lenang! Kami pilih pemimpin untuk mengurus negara supaya rakyat selesa, bukan buat negara macam bapak kamu yang punya!

ReJaM© "Jangan tau nak naikkan harga barang sahaja..."

ZAHID AF JOINT ARC?

Semoga Zahid meneruskan kerjaya sebagai artis dan berdakwah kepada golongan muda mudi agar satu perubahan yang besar berlaku pada PRU13 nanti InsyaAllah. ARC adalah kelab bermotor yang bernaung dibawah Pemuda PAS. 

Kongress Sambutan 60 Tahun PAS di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 30 September - 1 Oktober 2011


 Depan, dari kanan ; Ustaz Alias, Setiausaha,  Hj. Ismail Harun, Yang DiPertua & Ustaz Nik Mohd Nasri, Timbalan Yang DiPertua bersama sebahagian perwakilan PAS Kemaman menyertai Kongress Sambutan 60 Tahun PAS di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 30 September - 1 Oktober lepas.

 Haji Ismail Harun, YDP PAS Kemaman bersama sebahagian rombangan PAS Kemaman.

















 Ustaz Che Harun dan Zulkifli Mat Yakin di sessi minum petang bersama peserta ARC Terengganu.

 Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Fainah (paling kiri) dan Timbalannya, Pn Narliati (dua dari kanan) bersama AJK Dewan Muslimat Kemaman.
 Sebahagian dari rombongan dari Dewan Muslimat PAS Kemaman

Monday, 3 October 2011

SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN 2?

 MEMOHON MAAF MELALUI TV3

KEPADA ibu bapa yang ada anak berumur 14 tahun atau sedang belajar di tingkatan 2 tahun ini, sila lihat buku latihan Bahasa Inggeris anak anda. Jika anda tak pasti buku yang mana, di bawah ini ditunjukkan rupa kulit buku yang dimaksudkan.

Terima kasih kepada sahabat pembaca MiLo SuaM mengirimkan gambar-gambar ini.

Di bawah ini pula salah satu kandungan buku tersebut. Buku ini menyiarkan sebuah artikel yang secara tidak langsung memberikan persepsi bahawa pengguguran bayi adalah jalan penyelesaian kepada zina.
"Her dad took her to the clinic the next day to have her abortion done"

Malah artikel ini menggambarkan atau memberikan persepsi kepada anak anda bahawa proses pengguguran kandungan dapat dilakukan dengan mudah tanpa sebarang masaalah.
"The abortion went like clockwork and without any difficulties and Mary came out of the clinic as healthy as before"
Kesimpulannya, tanpa anda sedari, buku ini mengajar anak anda yang berumur 14 tahun bahawa jika mereka sudah melakukan hubungan seks luar nikah dan termengandung, maka jangan risau penyelesaiannya ialah gugurkan bayi itu.

Anak anda juga tak perlu risau kerana proses pengguguran bayi boleh dilakukan di klinik-klinik berhampiran dengan mudah dan tanpa sebarang masaalah.

ReJaM© "Macam dah tak ada topik lain nak dijadikan bahan mengajar English..."

 

RODA GERGASI DI LANGGAR?

 KEMATIAN HANYA DARIPADA ALLAH

BOLEH dikatakan satu keajaiban, bila sebuah pesawat merempuh sebuah alat permainan gergasi "Ferris Wheel" di Old Bar, berhampiran Sydney Australia tanpa meruntuhkannya.

Dua kanak-kanak telah terperangkap di atas alat permainan gergasi itu hampir dua jam selepas sebuah pesawat merempuhnya.

Kanak-kanak tersebut, seorang berumur 9 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun juga bernasib baik apabila salah sebuah lampu pesawat terpelanting menghentam sisi berhampiran mereka yang hampir saja mengenai mereka.

Juruterbang berumur 53 tahun yang memandu pesawat tersebut beserta penumpangnya, 32 juga turut tergantung dan terperangkap di dalam pesawat selama lebih 3 jam pada ketinggian lebih 30 kaki.


Paul Cox, juruterbang yang memandu pesawat tersebut berkata bahawa dia tidak perasan roda besar tersebut sebelum pesawat yang dipandunya merempuh kuat alat permainan gergasi itu. Waktu itu, dia baru sahaja berlepas dari lapangan terbang berhampiran.

Menurutnya lagi "Apa yang saya ingat selepas itu, saya terperangkap di dalam Ferris Wheel. Beberapa minit saya panik, dan saya hanya mampu berharap moga-moga tiada sesiapa yang tercedera."

Menurut salah seorang saksi, permainan roda gergasi itu dipenuhi kanak-kanak beberapa minit sebelum kemalangan. Namun berikutan hujan renyai, hanya 5 orang kanak-kanak yang cukup berani untuk menaikkinya.

Seorang penyelamat Brett Campbell berkata, "kedua-dua kanak-kanak itu sangat hebat. Mereka begitu tenang dan berani. Begitu juga dengan dua lelaki di dalam pesawat".

Saturday, 1 October 2011

PENGALAMAN MASUK DALAM KAABAH





Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.
Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)
Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

Pengalaman kedua, saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.

Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.

Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”

Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”

Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.