Mengikut ulama', syaitan akan menguasai tubuh manusia melalui 10 pintu iaitu:
1- Melalui sifat SOMBONG dan ANGKUH.
Dua sifat ini mudah tersemai dan subur dalam diri manusia. Ia berpunca
daripada sifat manusia yang ego dan mudah hanyut ketika dilimpahi
kemewahan dan kesenangan.
2- Melalui sifat BAKHIL dan KEDEKUT.
Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah.
Ia seharusnya dibelanjakan ke jalan yang benar dan fisabilillah (di
jalan Allah).
3- Melalui sifat TAKABBUR dan BONGKAK.
Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang
merasakan bahawa dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidupnya.
Mereka lupa bahawa kesenangan dan kemewahan serta nikmat yang
dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. Allah
berfirman yang bermaksud
"Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur."
-Surah an-Nahl. ayat 23-
4- Melalui sifat KHIANAT.
Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan
sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup
orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian
dan sebagainya. Manusia yang melanggari peraturan Allah juga dikira
mengkhianati, malah igu merupakan khianat yang sangat besar.
5- Melalui sifat TIDAK SUKA MENERIMA ILMU DAN NASIHAT. Nabi Muhammad S.A.W sentiasa menasihati sahabat-sahabat baginda agar menjauhi sifat ini melalui hadis baginda :
Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w , sabdanya yang bermaksud,
"Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." (Al-Bazzar)
6- Melalui sifat HASAD.
Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan
dendam yang berpanjangan. Rasulullah S.A.W pernah bersabda bermaksud;
"Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api yang memakan kayu yang kering"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
7- Melalui sifat SUKA MEREMEHKAN ORANG LAIN.
Sifat ego manusia akan selalunya lahir apabila seseorang individu itu
merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain.
Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa
yang dia miliki. Abu Umamah pernah beriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W
pernah bersabda bermaksud;
"Tiga
kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah ORANG TUA, ORANG YANG BERILMU dan IMAM(PEMIMPIN) YANG
ADIL.
(Riwayat Muslim)
8- Melalui sifat UJUB atau BANGGA DIRI. Menurut Imam Ahmad, Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud;
"Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja."
( Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
9- Melalui sifat SUKA BERANGAN-ANGAN.
Islam agama yang menentang sifat malas. Orang yang berat tulang untuk
berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina
oleh Allah dan manusia.
10- Melalui sifat BURUK SANGKA.
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan
tanpa diselidiki terlebih dahulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah
S.A.W bersabda yang bermaksud;
"Nanti
akan ada seseorang yang berkata kepada oarang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah yang
sebenarnya rosak dirinya."
( Riwayat Muslim)
Jadi
InsyaAllah, marilah kita sama-sama merenung diri kita sekiranya kita
mempunyai mana-mana sifat-sifat di atas. Dan InsyaAllah, bersama-samalah
kita mengatasi dan menukar sifat-sifat mazmumah dalam diri kepada
sifat-sifat mahmudah....
Sebar-sebarkan dan selamat beramal :D
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment