Data peningkatan penduduk dan pengundi di Pekan sejak PRU
1999 di mana Najib hampir tumbang wajar dikaji selidik. Beberapa tahun lepas
akhbar Harakah pernah menyiarkan artikel tentang penempatan penduduk yang
berasal dari Kemboja di Pekan. Tak silap penulis, mereka mendakwa dibawa dari
Kedah untuk mengusahakan bidang pertanian di Parlimen Najib itu. Mungkin dalam
arkib Harakah, artikel ini boleh dipaparkan semula. Suara Keadilan juga pernah memaparkan isu ini.
Dalam bahang panas bantahan penipuan PRU13 ini, penulis rasa
amat wajar ‘fenomena Pekan’ ini diangkat
sebagai sample paling hot untuk dilemparkan ke muka Najib dan SPR tentang
permainan durjana penguasa dalam politik negara. Demi survival, dengan kuasa
dan kerjasama agensi di bawah kerajaan, para pengkhianat sanggup melakukan
sesuatu rancangan yang bercanggah dengan undang-undang.
Mereka membawa masuk pengundi import, memanipulasi undi pos
dan harta benda kerajaan hasil pembayar cukai terutamanya RTM sebagai harta mak
bapak mereka. Mereka apa peduli rakyat redha atau tidak redha. Mereka apa
peduli dosa dan pahala dan segala yang ghaib-ghaib. Apakah kamus yang mereka
guna untuk mentakrifkan yang mana dosa dan yang mana pahala.? Atau adakah dosa
dan pahala sudah sirna dari akidah mereka?
Dan yang paling hina antara yang hina ialah pertambahan
ketara pengundi Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri sendiri. Bilangan
pengundi dan peratus peningkatannya mengatasi Kuantan, ibu negeri Pahang sendiri. CNN , BBC dan media antarabangsa tentu minat maklumat
ini. Tapi takkan mereka nak mari cari korek. Kitalah sebagai rakyat bermaruah
yang patut mengakademikkannya.
Takkan semuanya Rafizi kena buat kerja. Takkan hanya ada
satu Rafizi di Malaysia. SAMM, SMM, Bersih dan siapa sahaja yang ada kemampuan sehebat
Rafizi wajar mengangkat ‘fenomena Pekan’ ini sebagaimana Rafizi mengangkat kes
NFC. Bagi rakyat Malaysia, ‘fenomena Pekan’ adalah ibu segala penipuan
pilihanraya yang ada pada hari ini. Dokumentasikan fenomena ini untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. SPR minta bukti. Najib pun ada minta bukti. Pandir atau Luncai?
No comments:
Post a Comment