Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Monday, 26 December 2011

AIR PASANG BESAR

Satu pandangan yang dahsyat.

Adakah ada kaitannya dengan pembuatan mereka-mereka ini di Pantai Teluk Lipat? Sepanjang edisi jelajah pantai daripada kemaman sehingga Besut, pendakwah sentiasa terjumpa mereka yang berpasangan ditepi pantai kecuali Pantai di Rusila Marang. Apakah nasib nelayan sekiranya perkara ini terus berlaku? 
Macam tidak percaya.
 ORANG ramai melihat sebahagian daripada Jalan Teluk Lipat, Dungun yang terpaksa ditutup selepas runtuh dilanda air pasang besar semalam.

TERENGGANU - Kejadian air pasang dan ombak besar yang melanda sebahagian pantai di negeri ini dilaporkan antara yang terburuk pernah berlaku sejak 50 tahun lalu.

Antara daerah yang teruk dilanda fenomena itu yang dijangka berlarutan sehingga awal Januari depan ialah Dungun dengan hampir sebahagian persisir Pantai Peranginan Teluk Lipat dihakis ombak besar.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam semalam, ombak setinggi lebih lima meter telah memusnahkan hampir keseluruhan landskap tepi pantai yang dirimbuni dengan pohon rhu dan jalan raya sepanjang kira-kira kilometer menyebabkan ia terpaksa ditutup kepada semua lalu lintas.

Di KEMAMAN, penduduk Kampung Tanjung, Kuala Kemaman, di sini, turut diancam hakisan pantai eko­ran bencana itu sehingga sebuah rumah musnah sementara beberapa rumah lagi di pesisir pantai itu semakin hampir dihempas ombak.

Rumah bercantum dengan kedai makan dihuni Juliati Ismail, 30, bersama suami, Mohamad Abdul Rashid serta tiga anak mereka runtuh dalam kejadian ombak besar beserta ribut 22 November lalu kini hampir sepenuhnya ditelan ombak setelah fenomena ombak besar kembali sejak dua hari lalu.

Menyedihkan lagi, empat rumah penduduk lain juga di ambang kemusnahan sekiranya bencana ombak ber­te­­­­r­usan kerana tebing pantai terhakis teruk sekali gus mendekatkan lagi jarak rumah masing-masing dengan laut.

No comments:

Post a Comment