Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Friday, 29 July 2011

PROJEK NAIK TARAF SURAU BATU 2, KAMPUNG JAYA FASA KE LIMA HAMPIR SIAP

Keletihan yang tidak dapat diceritakan apabila setiap malam membuat kerja seperti ini. Daripada jam 9:30 malam hingga jam 2 pagi setiap hari. kalau tidak datang dengan hati ikhlas jangan harap kerja amal akan dipanggil kerja amal. Sebab bila kerja tidak ikhlas banyak penyakit akan datang dalam kepala otak menyeru agar berehat sahaja dirumah bersama keluarga. 

Kerja-kerja seperti ini (amal) amat susah untuk mencari tenaga kerja yang ramai. Sebab itulah perlu hati yang ikhlas dalam pekerjaan. Bila hati sudah terbuka dengan kerja-kerja ikhlas seperti ini, gerakerja akan menjadi seronok. tidak sabar untuk datang lagi menyambungnya. Itulah kelebihan bila hati senang bercampur gembira.

Dalam kerja-kerja amal tiada paksaan dan suruhan. Apa yang anda tahu, buatlah dan bantulah sekadar yang termampu. Anda rasa mahu datang melihatnya sahaja pun kita tidak melarang dan lebih menyukainya. Boleh teman berborak dengan rakan-rakan yang ada. Manalah tahu esok lusa, anda datang dengan semangat waja untuk membantu pula, hari ini datang cuma mahu melihat skil yang ada pada rakan-rakan. Kelebihan anda datang ketempat seperti ini adalah perolehan ilmu secara tidak tersurat. Tiba-tiba anda akan pandai pasang mozek sendiri atau membuat kerja-kerja pertukangan.

 Alhamdulillah ilmu yang Allah SWT berikan kepada kita melalui cara itu. Sekurang-kurangnya anda tidak lagi tertipu oleh tukang-tukang yang asyik merapu apabila anda memerlukannya. Coretan ini sekadar pengalaman daripada seorang yang duduk dalam pejabat dan datang ke surau tetapi boleh membuat rumah sendiri sehingga siap. Tidak pernah memsuki kelas khas pertukangan dan tidak pernah membuat kerja-kerja pertukangan kecuali kerja-kerja amal di surau atau seumpamanya. Alhamdulillah Allah berikan kesenangan dalam kerja kerja kita lakukan. Tipsnya jangan kita tinggalkan solat berjemaah dan diwaktu azan dilaungkan berhenti dalam membuat sebarang aktiviti  sehingga habis kedengaran azan. Cuba anda lakukannya sekarang, mudah-mudahan anda sudah tergolong dalam kumpulan yang pandai membuat kerja. Tidak cuba, tidak tahu. sudah cuba baru tahu.


Bapak Kontraktor ada, Tok Arab ada, Tok Batin pun ada. Bincang projek akan datang kot. 

Kalau solat di katakan tiang agama. Tapi kalau di SKJ perkemaskan tiang adalah ini orangnya. Pakar bahagian tiang.

Encik Zahari kepala Tukang. SKJ mengucapkan berjuta-jutaan terima kasih diatas kerahan tenaga empat kerat yang kamu kerluarkan atas projek amal SKJ. Sesungguhnya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

"Slagpot" itulah kata-kata awak-awak kepada Pak Awang.


Walaupun baru balik daripada kerja di Gebeng, tetapi semangat untuk bersama rakan-rakan dalam kerja amal, sangat di puji dan sanjung oleh rakan-rakan mu. amat mulia sungguh hati mu wahai insan yang bernama Encik Zukri. Bertuah sungguh SKJ mempunyai hamba-hamba Allah sepertinya.

Encik Rahim Pakar bahagian potong mozek.

Pak Awang Scotland "Tok Bilal" sanggup datang setiap malam bagi menyudahkan kerja amal. Pak Awang pakar bahagian finishing slag.

Jarum jam sudah menunjukkan waktu 2 pagi, semua sudah keletihan, sambung besok pulak sebagai hari terakhir sebelum ramadan. Dan selepas ramadan projek ini akan diteruskan lagi.

Berkemas. 

Setelah kita lancarkan perlunya dana  RM8 ribu untuk projek ini, Alhamdulillah sambutan menggalakan daripada hamba Allah. Walaupun masih tidak mencukupi pada target awalnya. Dan SKJ masih membuka lagi ruang kepada penyumbang dan penderma yang masih bermurah hati untuk membuat kerja-kerja amal melalui bentuk kewangan.

No comments:

Post a Comment