Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday, 7 July 2013

6 ADAB PUASA

AMALKAN 6 ADAB PUASA

MENJAMIN HIKMAH DAN RAHSIANYA


Hikmah dan rahsianya berpuasa tidak akan diperolehi sekiranya tidak dipelihara adab-adab puasa dengan sebaik-baiknya. Maka adab-adab puasa itu antaranya ialah:
PERTAMA:
Menjauhkan diri daripada segala bentuk perkara yang merosakkan pahala puasa, menjauhkan diri daripada mengumpat, mencela, mencaci, menista dan seumpamanya. Diriwayatkan oleh Al-Thabrani dari Abu Ubaidah bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Puasa itu Junnah ( perisai ) selama ia tidak dirosakkan dengan dusta dan umpat”  
Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Abu Hurairah dan Al-Thabrani dan Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda:
“Beberapa ramai orang yang berpuasa, hasil yang diperolehi daripada puasanya hanyalah lapar dan dahaganya sahaja. Dan berapa orang yang sembahyang malam, hasil yang diperolehi darinya hanyalah berjaga malam sahaja.”

KEDUA:
Mengurangkan makan dan minum sewaktu berbuka dan bersahur. Orang yang berpuasa tidak akan dapat faedah berpuasa apabila gelojoh sewaktu berbuka dan sewaktu bersahur. Penyediaan makanan yang berlebihan dan lebih istimewa pada bulan puasa berbanding bulan-bulan yang lain, membuka ialah jalan untuk menambah selera dan memenuhi hawa nafsu. Maka puasa tiada lagi berfungsi sebagai pemotong hawa nafsu atau mematahkan syahwat yang berlebihan. 
KETIGA:
Mengurangkan tidur  terutama di siang hari. Kebanyakan antara kita mencari-cari jalan untuk tidur agar tidak keletihan berpuasa. Ini boleh menghilangkan rahsia dan hikmah puasa yang sebenarnya. Sepatutnya, keletihan dan kesusahan yang harus kita harungi dan kita hayati.
KEEMPAT:Menahan hati daripada memikirkan keinginan–keinginan yang remeh dan urusan–urusan yang tidak baik. Kita juga kerap memikirkan persediaan-persediaan menyambut hari raya yang kadangkala lebih banyak diselaputi kemewahan. Sepatutnya puasa mendorong kita menghindari sikap itu.
KELIMA:
Sentiasa memikirkan azab akhirat dan memikirkan seksa neraka. Hendaklah kelaparan dan kehausan itu mengingatkan kita tentang kelaparan dan kehausan ahlul mahsyar pada hari akhirat yang sangat dahsyat.
KEENAM:
 Mencambahkan rasa cemas dan berharap kepada keampunan dan kasih sayang Allah Taala. Kita tidak mengetahui sama sekali, apakah puasa kita diterima oleh Allah atau ditolak. Puasa tanpa adab dan tatasusila samalah ertinya kita makan tanpa zat dan khasiat.
Ditulis oleh Ruzain Syukur Bin Mansor. Posted in Tazkirah

Thursday, 27 June 2013

10 Pintu Syaitan dalam Diri Manusia

Mengikut ulama', syaitan akan menguasai tubuh manusia melalui 10 pintu iaitu:
1- Melalui sifat SOMBONG dan ANGKUH. Dua sifat ini mudah tersemai dan subur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada sifat manusia yang ego dan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
2- Melalui sifat BAKHIL dan KEDEKUT. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah. Ia seharusnya dibelanjakan ke jalan yang benar dan fisabilillah (di jalan Allah).
3- Melalui sifat TAKABBUR dan BONGKAK. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan bahawa dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidupnya. Mereka lupa bahawa kesenangan dan kemewahan serta nikmat yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. Allah berfirman yang bermaksud
"Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur."
-Surah an-Nahl. ayat 23-

4- Melalui sifat KHIANAT. Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya. Manusia yang melanggari peraturan Allah juga dikira mengkhianati, malah igu merupakan khianat yang sangat besar.
5- Melalui sifat TIDAK SUKA MENERIMA ILMU DAN NASIHAT. Nabi Muhammad S.A.W sentiasa menasihati sahabat-sahabat baginda agar menjauhi sifat ini melalui hadis baginda :
Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w , sabdanya yang bermaksud,

"Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang      mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi       (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan  binasa." (Al-Bazzar)
6- Melalui sifat HASAD. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah S.A.W pernah bersabda bermaksud;
"Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api yang memakan kayu yang kering"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
7- Melalui sifat SUKA MEREMEHKAN ORANG LAIN. Sifat ego manusia akan selalunya lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah beriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda bermaksud;
"Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah ORANG TUA, ORANG YANG BERILMU  dan IMAM(PEMIMPIN) YANG ADIL.
(Riwayat Muslim)
8- Melalui sifat UJUB atau BANGGA DIRI. Menurut Imam Ahmad, Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud;
"Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja."
( Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
9- Melalui sifat SUKA BERANGAN-ANGAN. Islam agama yang menentang sifat malas. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia.
10- Melalui sifat BURUK SANGKA. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dahulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;
"Nanti akan ada seseorang yang berkata kepada oarang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah yang sebenarnya rosak dirinya."
( Riwayat Muslim)
Jadi InsyaAllah, marilah kita sama-sama merenung diri kita sekiranya kita mempunyai mana-mana sifat-sifat di atas. Dan InsyaAllah, bersama-samalah kita mengatasi dan menukar sifat-sifat mazmumah dalam diri kepada sifat-sifat mahmudah....
Sebar-sebarkan dan selamat beramal :D
Wallahu'alam.

Tuesday, 18 June 2013

Tazkirah Pendek : Syurga



Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga.
"(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (Muhammad : 15)

Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah SWT kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur'an yang mulia, di antaranya :
"Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik." (Al Waqiah : 22-23)
"Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." (Ar Rahman : 56)
"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Ar Rahman : 58)
"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al Waqiah : 35-37)
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :
" ... seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)
Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : "Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan." Dan mereka juga mendendangkan : "Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi." (Shahih Al Jami' nombor 1557)

Saturday, 1 June 2013

KEMBALI KEPADA TUJUAN KITA DICIPTAKAN



“Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepada-Ku”
                                                                                                            Surah az-dzariyat: 56

Para remaja yang soleh dan solehah sekalian,
Lihatlah mentari yang mula naik di ufuk timur pada waktu pagi dan dan menghilang di ufuk barat pada waktu senja. Perhatikan pucuk-pucuk muda yang segar selepas hujan dan daun-daun kering yang berguguran. Renungi burung yang berterbangan, air yang mengalir dan gunung yang menunjangi bumi dengan kukuhnya. Semua itu ada pengajaran untuk diambil. Semua itu ada hikmah dan tujuan yang ditentukan Allah pada  kejadiannya. Bagaimanakah pula tentang kejadian kita yang menjadi khalifah di bumi ini?

Persoalan pokok tentang kejadian manusia mungkin pernah kalian fikirkan. Kalian tertanya-tanya mengapa Allah jadikan kita dan atas tujuan apa Allah jadikan manusia. Mungkin selama ini kita sibuk sehingga tidak berkesempatan untuk mencari jawapannya. Kita hanya menghabiskan masa dengan  kerja buat  yang dipandu oleh matlamat kita sendiri.

Para remaja yang dikasihi lagi disayangi sekalian,
Ayat di atas dari surah azd-dzariyat menjadi jawapannya wahai anak-anak remajaku. Maknanya cukup jelas dan mudah difahami. Itulah sebenarnya Allah menjadikan kita dan manusia seluruhnya. Kita diciptakan bukan untuk sesuatu tujuan yang tidak pasti. Kita juga tidak diciptakan untuk sibuk dengan urusan sendiri. Apalagi kalau kita tenggelam dalam keseronokan dunia yang penuh dengan hiburan dan tipudaya yang melalaikan. Itu sangat jauh menyimpang daripada tujuan Allah menjadikan kita. Itu kesesatan namanya.

Wahai remaja yang dirahmati semua,
Adakah kalian sedang bernafas atas landasan dan tujuan kalian diciptakan? Apakah ertinya beribadat seperti yang dimaksudkan Allah dalam surah di atas? Ibadat itu luas maksudnya wahai anak-anak remajaku. Ibadat bermakna mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Beribadat bererti kita menjadi hamba dan memperhambakan diri kepada Yang Maha Pencipta. Solat, puasa dan berzikir adalah ibadat. Belajar dan bekerja untuk Islam juga ibadat. Tidur juga ibadat. Malah tidak melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Allah juga dinamakan ibadat. Semuanya menjadi ibadat apabila dilakukan mengikut syariat dan peraturan Allah. Semuanya menjadi ibadat apabila dilakukan kerana Allah.

Anak-anak remajaku berada pada jalan yang benar sekiranya kalian melakukan aktiviti dan rutin kehidupan selaras dengan kehendak agama. Kalian menepati tujuan diciptakan seperti yang telah difirmankan oleh Allah dalam ayat suci di atas. Kalau anak-anakku berada di jalan yang bertentangan dengan perintah Allah , ayahanda menyeru kalian membetulkan semula langkah di bumi yang bersifat sementara ini.  Tinggalkanlah amalan yang melalaikan diri kalian  daripada mengingati dan mengabdikan diri kepada Tuhan. Ingatlah bahawa sesiapa yang gagal melakukan pengabdian diri kepada Ilahi bererti dia gagal menepati tujuan Allah menciptanya. Sudah pasti balasan yang amat menakutkan menanti manusia yang menyimpang hidupnya daripada landasan agama. Ayahanda yakin pesanan ini dapat menjadi renungan kalian. Ayahanda doakan keselamatan dan kesejahteraan untuk kalian wahai permata hati.

                        Buluh perindu tumbuh di hutan,
                                    Dibuat serunai merdu sekali;
                        Taat beribadat kepada Tuhan,

                                    Baru menjadi hamba sejati.

Saturday, 25 May 2013

NABI MUHAMMAD S.A.W. GURU UMAT SEPANJANG ZAMAN


Nabi kita Muhammad S.A.W telah dilahirkan ketika seluruh dunia benar-benar memerlukan petunjuk dari Allah Taala, yakni setelah ajaran para Rasul tidak didengar lagi. Iaitu ketika tanda-tanda ajaran Allah Taala telah disia-siakan, ketika dahsyatanya kesesatan (tidak kira samada ia dilakukan oleh penduduk di mana di atas buminya didirikan sebuah Ka‘abah, mahupun juga wilayah Rom tempat berkembangnya agama Kristian). Begitu juga kepada penganut agama Majusi, penyembah api dan penganut ajaran Mazdak, termasuklah di daerah-daerah lain di seluruh pelusuk dunia, semuanya berada di dalam kesesatan.

Antara penduduk-penduduk yang berada di dalam kesesatan jahiliyyah itu ialah :

  • Kesesatan Penduduk Semenanjung Tanah Arab.
Dahulunya (sebelum diutuskan Nabi Muhammad) para penduduk Semenanjung Tanah Arab menganut agama Allah Taala yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan Nabi lsmail. Tetapi setelah berlalu masa yang lama, mereka menjadi sesat lalu menyembah berhala yang dipahat dan diukir oleh tangan mereka sendiri. Meskipun tiap-tiap tahun mereka mengerjakan Haji yang disunnahkan oleh Nabi Ibrahim ‘alaihis-Salam tetapi mereka melupai agama Tauhid yang sebenarnya, menyebabkan mereka mengadakan berhala-berhala yang banyak di tanah ‘Arab (tidak sekadar di rumah-rumah ibadat dan tempat-tempat yang tertentu tetapi juga di rumah-rumah kediaman).

Di sana terdapat banyak berhala-berhala yang terkenal di kalangan mereka iaitu :

  1. Berhala Manat
  2. Berhala Al-Lata
  3. Berhala Al-Uzza
Manat, berhala yang paling awal dicipta di antara berhala-berhala mereka. Berhala ini terletak di pantai Laut Merah. Mereka memuja berhala ini, menyembelih korban di kelilingnya dan memberi hadiah kepadanya. Berhala ini paling dihormati di kalangan kaum ‘Aus dan Khazraj, sehinggakan mereka mencukur kepala untuk bertahallul Haji di sisinya.

Al-Lata, berhala ini terletak di Ta‘if. Ia dijaga oleh Bani Thaqif. Orang-orang Quraisy dan kabilah Arab yang lain sangat memuliakan berhala ini. Apabila tentera Islam selesai menawan kota Makkah, RasuluLlah S.A.W telah memerintahkan Abu Sufian bin Harb menghancurkan-nya.

Al-Uzza. Berhala ini terletak di jalan menuju ke ‘Iraq. Ia paling dimuliakan oleh orang-orang Quraisy. Mereka selalu menziarahinya kerana menyembelih korban, menamakan anak dengan namanya bahkan bersumpah dengannya dan menyebutnya ketika mereka mengerjakan tawaf di Mekah di hadapan Kaabah. Berhala ini dijaga oleh Bani Sulaim. Ketika Makkah dibebaskan oleh tentera Islam, RasuluLlah S.A.W memerintahkan Khalid bin al-Walid meroboh dan menghancurkannya. 

Dengan megahnya Khalid bin al-Walid berkata, "Wahai berhala ‘Uzza, kafirlah kamu, tiada suci bagimu, sesungguhnya aku melihat ALlah (menghinamu)."

Bangsa Arab Jahiliyah juga turut menganggap ketiga-tiga berhala itu sebagai anak-anak perempuan Tuhan. Di sana Allah Taala telah menolak pembohongan mereka dengan firman-Nya :

"Apakah patut kamu (hai orang-orang Musyrikin) menganggap al-Lata al-Uzza." 
"Dan Manat yang ketiga yang paling terkemudian." 
"Apakah patut untuk kamu anak lelaki dan untuk Allah anak perempuan." 
"Yang demikian itu tentulah suatu pembahagian yang tidak adil." 
"Itu tidak lain melainkan nama-nama yang kamu dan bapa-bapa kamu sebut yang Allah tidak turunkan keterangan tentangnya (untuk menyembah). Mereka hanya menuruti sangkaan dan menurut apa yang diinginkan oleh hawa nafsu mereka, pada hal sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka" - Surah al Najm:19-23

Di samping itu banyak lagi berhala lain yang disembah dan dipuja oleh mereka dan mereka memberi berbagai-bagai nama kepada berhala-berhala itu. Mereka kadang-kadang tidaklah beriman secara mendalam kepada berhala-berhala itu. Ada pula yang melampau sehingga menganggapnya sebagai anak tuhan. Ada juga di kalangan mereka yang menjadikannya sebagai perantaraan seperti yang didedahkan oleh Allah Taala : 

 "Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”, – sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)." - Surah al Zumar:3

Kadang-kadang pula mereka secara nyata menjadikan berhala itu sekutu bagi Allah dengan menganggap bahawa Allah itu lebih tinggi, seperti yang dinyatakan oleh mereka di dalam talbiah ketika mereka mengerjakan Haji :

"Ya wahai tuhan ya, tiada sekutu bagi-Mu melainkan sekutu untuk-Mu. Engkau memilikinya dan dia tidak memiliki Engkau."
Kadang-kadang pula mereka mengingkari berhala itu dan menghinanya apabila hajat mereka tidak berhasil dan bala’ tidak tertolak. Begitulah pegangan sebahagian besar penduduk Semenanjung Tanah Arab. Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa sebenarnya mereka itu sesat dan tidak mempunyai pegangan yang tetap dan benar.

Di samping itu ada juga di kalangan mereka orang-orang yang ber‘aqal dan beriman kepada Allah Taala serta menolak fahaman keberhalaan seperti Zaid bin Nufail, Umaiyah Abi al-Salat, Qis bin Sa‘idah dan lain-lain. Zaid bin Nufail pernah berkata, "Aku tinggalkan al-Lata dan al-‘Uzza semuanya. Demikianlah dilakukan oleh lelaki yang sabar. Maka tidak berhala Uzza dan juga tidak kedua anaknya menjadi agamaku. Dan aku tidak sekali-kali menziarahi berhala Bani Amru Tetapi aku menyembah Tuhan Yang Maha Pengasih agar dosaku diampun oleh Tuhan Yang Maha Pengampun."

Ada juga di kalangan mereka yang hidup semasa kedatangan Islam tetapi tidak mahu memeluk Islam. Ada juga di kalangan mereka yang dipuji oleh Rasulullah S.A.W dan dijamin masuk syurga iaitu Warqah bin Naufal dan Qis bin Sa‘idah.

  • Kesesatan Kerajaan Rom Timur (Byzantine) dan Rom Barat
Kesesatan begitu juga berlaku dijajahan takluk Rom Byzantine seperti Syam dan Mesir. Pada mulanya penduduk di sana menganut agama Nasrani, (yakni) yang berasal dari agama Tauhid yang mengikut Nabi Isa ibn Maryam. Namun begitu penganut-penganut agama tersebut telah meminda ajaran-ajaran Nabi Isa serta telah berpecah kepada berbagai mazhab yang dianggap sebagai agama-agama yang berlainan di antara satu sama lain.

Mereka meminda agama Allah Taala menjadi agama syirik, seterusnya di sana berlakulah penyelewengan aqidah. Kemudian diikuti pula dengan penyelewengan akhlak, politik bahkan segala aspek hidup yang lain. Akibatnya terjadilah kesengsaraan kepada manusia di dalam semua segi.

  • Kesesatan Bangsa Yahudi
Orang-orang Yahudi yang pernah diberi keistimewaan oleh Allah Taala dengan diutuskan Nabi Musa, Nabi Harun dan Nabi-Nabi yang lain. Di samping diturunkan Kitab Taurat yang menjadi petunjuk kepada mereka serta sebagai pertolongan membebaskan mereka dari berterusan menjadi mangsa kezaliman dengan cara yang tidak pernah diberi kepada umat yang lain. Tetapi mereka menjadi umat yang tidak layak menjadi contoh yang baik kepada manusia kerana penyelewengan ‘aqidah dan lain-lain. Bahkan ada Nabi-nabi yang dibunuh oleh mereka. 

Al-Quran mendedahkan sifat-sifat jahat mereka terhadap agama Allah Taala. Di antara firman Allah yang menyebut hal demikian ialah : 

"Apakah kamu berharapkan bahawa mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan mereka mendengar firman ALlah lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedangkan mereka mengetahui." - Surah al Baqarah:75
"Maka kecelakaan yang besarlah kepada orang-orang yang menulis Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu mereka mengatakan; Ini dari Allah, (bertujuan) untuk menempah harga yang sedikit dengannya, maka kecelakaan besarlah bagi mereka kerana apa yang mereka kerjakan. Apakah setiap kali datang kepada kamu Rasul yang tidak sesuai dengan keinginan kamu lalu kamu menempelak(agama) daripada Rasul itu, kamu bohongkan dan sebahagiannya kamu bunuh?" - Surah al Baqarah:79

Apa yang tersebut di atas membuktikan bahawa agama Allah Taala seperti yang diwahyukan kepada Para Nabi sebelum Nabi Muhammad S.A.W telah diselewengkan, sehingga tidak mempunyai nilai yang sebenar.

  • Kesesatan Kerajaan Parsi
Negara Parsi, walaupun menjadi kuasa besar dunia di samping Rom serta dianggap paling maju dari aspek kebendaan, tetapi menjadi medan kepada falsafah-falsafah karut yang mengajar manusia bersifat seperti binatang. Di antaranya ialah falsafah (ajaran) “Zoroaster” yang menjadi pegangan golongan bangsawan. Ajaran tersebut mengajarkan perkahwinan sesama ahli keluarga seperti ibu, anak perempuan taupun saudara perempuan, sehingga Yazdegerd (651M), pemerintah Parsi di pertengahan abad ke-5 berkahwin dengan puterinya sendiri.

Maharaja-maharaja Parsi pula mendakwa bahawa di dalam diri mereka mengalir darah tuhan. Oleh itu rakyat hendaklah mempersucikan dan memuja mereka seperti tuhan. Apa sahaja yang dilakukan oleh raja itu walaupun perbuatan yang jahat, hendaklah dianggap baik dan mulia. Semua rakyat dipaksa memberi ketaatan membuta tuli kepada raja, sama seperti taatkan Allah. Di Parsi juga lahirnya agama Majusi, di mana penganutnya menyembah api. 

Sebenarnya rakyat Parsi sebelum ini pernah mempunyai sistem syariat dan akhlak yang menjadi pegangan, tetapi ia kemudiannya ditenggelami oleh fahaman jahiliyyah yang tebal setelah berlalunya masa yang panjang.

  • Kesesatan Dinasti Besar Kerajaan China
Negeri China juga ditenggelami kesesatan. Ajaran Buddha, Lotze, Confutze dan Shinto di Jepun menjadi  agama yang dianut oleh penduduknya. Kesemua ajaran itu terpesong dari ajaran Tauhid yang sebenarnya, sehingga mereka beribadat dengan memuja sesama makhluk dan membawa ajaran yang tidak memenuhi fitrah manusia. Walaupun China masyhur dengan tamaddunnya tetapi penduduknya tidak menganut agama Allah. Mereka tidak mendapat petunjuk yang sebenar, tidak memiliki risalah yang mampu menyelesaikan masalah manusia dalam segala aspek, dan tidak boleh menjadi contoh yang baik dalam membetulkan kehidupan manusia.
  • Kesesatan Kerajaan India
Di India juga mempunyai peranan yang besar di dalam pergolakan dunia. Bagaimanapun seperti yang dinyatakan oleh Syaikh Abu al Hasan 'Ali an Nadawi, India merupakan penyumbang keruntuhan aqidah, masyarakat dan akhlak kepada negeri-negeri jirannya dan memainkan peranan yang besar dalam menyesatkan rantau di sebelahnya. Penduduknya yang beragama Hindu itu mempunyai keistimewaan di dalam kesesatan mereka dari segi banyaknya tuhan yang diada-adakan untuk dipuja, dari segi kebuasan hawa nafsu dan mewujudkan kasta-kasta di dalam masyarakat.

Dalam abad ke-6, menurut yang tercatit di dalam kitab Veda, jumlah tuhan-tuhan yang dicipta oleh mereka sebanyak 37 tuhan dan mereka menambahnya dari masa ke semasa apabila bertemu dengan setiap perkara dan benda yang dianggap menarik. Mereka memuja patung-patung pemimpin atau pahlawan-pahlawan yang disanjung sehinggalah kepada pemujaan binatang-binatang yang tidak beraqal. Di samping itu terdapat juga adat-adat karut dan khurafat yang menjadi amalan mereka.

  • Kesesatan Di Pelusuk Daerah Lain
Begitu juga dengan daerah-daerah lain di dunia yang mengalami keadaan yang sama. Umpamanya penduduk Asia Tengah dan Timur Jauh. Mereka menganut agama keberhalaan seperti Buddha dan sebagainya. Mereka hidup dalam keadaan liar tanpa sistem hidup yang sebenar.

Begitulah juga keadaannya di Asia Tenggara, di mana keadaan di India dan di China memberi kesan yang hebat kepada penduduknya. Kesan-kesan sejarah yang dijumpai di zaman mutakhir membuktikan tentang apa yang telah berlaku di zaman sebelum kedatangan Islam. Apa lagi di daerah lain yang tidak mempunyai asas dan tanda ketamaddunan yang diterokai oleh manusia.

Zaman Jahiliyyah menjadikan seluruh dunia ini sebagai pentas menegakkan kezaliman. Peraturan di rimba menjadi amalan hidup manusia. Ajaran-ajaran yang pernah diwahyukan oleh Allah Taala kepada Para Nabi dan Rasul telah dilupai atau diselewengkan. Walaupun begitu ada segelintir manusia yang masih berpegang dengan saki-baki kebaikan yang masih tinggal. Tetapi mereka tidak boleh mengenengahkan sistem itu ke dalam masyarakat yang berkecamuk, sehingga penganutnya terpaksa ber‘uzlah ataupun dibunuh.

Itulah gambaran kebiadapan yang berlaku di ambang kelahiran Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad S.A.W. Hampir keseluruhannya di dalam kesesatan dan penyelewengan. Manusia tidak mengenal Tuhan, nafsu bermaharajalela, “serigala menjadi gembala”, penjenayah menjadi hakim dan orang zalim menjadi ketua negara. Manusia menghadapi krisis nilai yang dahsyat sehingga orang-orang baik dianggap jahat dan orang jahat pula dianggap baik. Tidak ada orang yang dapat menjalankan “amar makruf dan nahi mungkar”. 

Raja-raja menganggap diri mereka sebagai tuhan, sedangkan rakyat dianggap abdi. Rakyat dipaksa memberikan ketaatan mutlak kepada raja, walaupun di zaman itu masih ramai paderi dan pendita yang dianggap ‘ulama’ kerana mereka masih mengetahui sedikit sebanyak pusaka Nabi-nabi, tetapi kebanyakan mereka adalah penyeleweng yang menjual agama dengan harga dunia, pangkat dan kedudukan. Mereka melakukan rasuah dan memakan harta seperti yang didedahkan oleh Allah Taala di dalam al Quran. Firman-Nya : 

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya." - Surah At Taubah:34

Kesimpulannya, manusia berada dalam keadaan membunuh dan merosak diri sendiri. Mereka lupa akan Tuhan yang menciptakannya. Mereka hilang perhitungan dan nilai kemanusiaan, mereka tidak memikirkan langsung tentang Al-Din yang sebenar dan tentang akhirat. Di sana telah berlaku kerusakan di seluruh pelusuk bumi. Benarlah firman Allah Taala : 

"Telah zahirlah kerosakan di daratan dan lautan disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, supaya mereka kembali ke jalan yang benar." - Surah al Rum:41

Tiada penyelamat melainkan dari Tuhan Pencipta Alam, Tuhan Yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Tuhan yang mengutuskan Nabi Muhammad sebagai cahaya kepada zamannya. Maka kelahiran Nabi Muhammad adalah tepat dengan tujuan tersebut. Ajaran yang dibawa oleh Baginda adalah memenuhi tuntutan manusia sebagai guru umat di akhir zaman.

Biodata Penulis

Y.A.B Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang merupakan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS). Beliau pernah memangku jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu. Pernah melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah tahun 1969-1973, kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah). Semasa di Timur Tengah, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Qudsi.

NABI MUHAMMAD S.A.W. GURU UMAT SEPANJANG ZAMAN


Nabi kita Muhammad S.A.W telah dilahirkan ketika seluruh dunia benar-benar memerlukan petunjuk dari Allah Taala, yakni setelah ajaran para Rasul tidak didengar lagi. Iaitu ketika tanda-tanda ajaran Allah Taala telah disia-siakan, ketika dahsyatanya kesesatan (tidak kira samada ia dilakukan oleh penduduk di mana di atas buminya didirikan sebuah Ka‘abah, mahupun juga wilayah Rom tempat berkembangnya agama Kristian). Begitu juga kepada penganut agama Majusi, penyembah api dan penganut ajaran Mazdak, termasuklah di daerah-daerah lain di seluruh pelusuk dunia, semuanya berada di dalam kesesatan.

Antara penduduk-penduduk yang berada di dalam kesesatan jahiliyyah itu ialah :
Kesesatan Penduduk Semenanjung Tanah Arab.
Dahulunya (sebelum diutuskan Nabi Muhammad) para penduduk Semenanjung Tanah Arab menganut agama Allah Taala yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan Nabi lsmail. Tetapi setelah berlalu masa yang lama, mereka menjadi sesat lalu menyembah berhala yang dipahat dan diukir oleh tangan mereka sendiri. Meskipun tiap-tiap tahun mereka mengerjakan Haji yang disunnahkan oleh Nabi Ibrahim ‘alaihis-Salam tetapi mereka melupai agama Tauhid yang sebenarnya, menyebabkan mereka mengadakan berhala-berhala yang banyak di tanah ‘Arab (tidak sekadar di rumah-rumah ibadat dan tempat-tempat yang tertentu tetapi juga di rumah-rumah kediaman).

Di sana terdapat banyak berhala-berhala yang terkenal di kalangan mereka iaitu :
Berhala Manat
Berhala Al-Lata
Berhala Al-Uzza
Manat, berhala yang paling awal dicipta di antara berhala-berhala mereka. Berhala ini terletak di pantai Laut Merah. Mereka memuja berhala ini, menyembelih korban di kelilingnya dan memberi hadiah kepadanya. Berhala ini paling dihormati di kalangan kaum ‘Aus dan Khazraj, sehinggakan mereka mencukur kepala untuk bertahallul Haji di sisinya.

Al-Lata, berhala ini terletak di Ta‘if. Ia dijaga oleh Bani Thaqif. Orang-orang Quraisy dan kabilah Arab yang lain sangat memuliakan berhala ini. Apabila tentera Islam selesai menawan kota Makkah, RasuluLlah S.A.W telah memerintahkan Abu Sufian bin Harb menghancurkan-nya.

Al-Uzza. Berhala ini terletak di jalan menuju ke ‘Iraq. Ia paling dimuliakan oleh orang-orang Quraisy. Mereka selalu menziarahinya kerana menyembelih korban, menamakan anak dengan namanya bahkan bersumpah dengannya dan menyebutnya ketika mereka mengerjakan tawaf di Mekah di hadapan Kaabah. Berhala ini dijaga oleh Bani Sulaim. Ketika Makkah dibebaskan oleh tentera Islam, RasuluLlah S.A.W memerintahkan Khalid bin al-Walid meroboh dan menghancurkannya. 

Dengan megahnya Khalid bin al-Walid berkata, "Wahai berhala ‘Uzza, kafirlah kamu, tiada suci bagimu, sesungguhnya aku melihat ALlah (menghinamu)."

Bangsa Arab Jahiliyah juga turut menganggap ketiga-tiga berhala itu sebagai anak-anak perempuan Tuhan. Di sana Allah Taala telah menolak pembohongan mereka dengan firman-Nya :


"Apakah patut kamu (hai orang-orang Musyrikin) menganggap al-Lata al-Uzza." 


"Dan Manat yang ketiga yang paling terkemudian." 


"Apakah patut untuk kamu anak lelaki dan untuk Allah anak perempuan." 


"Yang demikian itu tentulah suatu pembahagian yang tidak adil." 


"Itu tidak lain melainkan nama-nama yang kamu dan bapa-bapa kamu sebut yang Allah tidak turunkan keterangan tentangnya (untuk menyembah). Mereka hanya menuruti sangkaan dan menurut apa yang diinginkan oleh hawa nafsu mereka, pada hal sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka" - Surah al Najm:19-23

Di samping itu banyak lagi berhala lain yang disembah dan dipuja oleh mereka dan mereka memberi berbagai-bagai nama kepada berhala-berhala itu. Mereka kadang-kadang tidaklah beriman secara mendalam kepada berhala-berhala itu. Ada pula yang melampau sehingga menganggapnya sebagai anak tuhan. Ada juga di kalangan mereka yang menjadikannya sebagai perantaraan seperti yang didedahkan oleh Allah Taala : 


 "Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”, – sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)." - Surah al Zumar:3

Kadang-kadang pula mereka secara nyata menjadikan berhala itu sekutu bagi Allah dengan menganggap bahawa Allah itu lebih tinggi, seperti yang dinyatakan oleh mereka di dalam talbiah ketika mereka mengerjakan Haji :

"Ya wahai tuhan ya, tiada sekutu bagi-Mu melainkan sekutu untuk-Mu. Engkau memilikinya dan dia tidak memiliki Engkau."
Kadang-kadang pula mereka mengingkari berhala itu dan menghinanya apabila hajat mereka tidak berhasil dan bala’ tidak tertolak. Begitulah pegangan sebahagian besar penduduk Semenanjung Tanah Arab. Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa sebenarnya mereka itu sesat dan tidak mempunyai pegangan yang tetap dan benar.

Di samping itu ada juga di kalangan mereka orang-orang yang ber‘aqal dan beriman kepada Allah Taala serta menolak fahaman keberhalaan seperti Zaid bin Nufail, Umaiyah Abi al-Salat, Qis bin Sa‘idah dan lain-lain. Zaid bin Nufail pernah berkata, "Aku tinggalkan al-Lata dan al-‘Uzza semuanya. Demikianlah dilakukan oleh lelaki yang sabar. Maka tidak berhala Uzza dan juga tidak kedua anaknya menjadi agamaku. Dan aku tidak sekali-kali menziarahi berhala Bani Amru Tetapi aku menyembah Tuhan Yang Maha Pengasih agar dosaku diampun oleh Tuhan Yang Maha Pengampun."

Ada juga di kalangan mereka yang hidup semasa kedatangan Islam tetapi tidak mahu memeluk Islam. Ada juga di kalangan mereka yang dipuji oleh Rasulullah S.A.W dan dijamin masuk syurga iaitu Warqah bin Naufal dan Qis bin Sa‘idah.
Kesesatan Kerajaan Rom Timur (Byzantine) dan Rom Barat
Kesesatan begitu juga berlaku dijajahan takluk Rom Byzantine seperti Syam dan Mesir. Pada mulanya penduduk di sana menganut agama Nasrani, (yakni) yang berasal dari agama Tauhid yang mengikut Nabi Isa ibn Maryam. Namun begitu penganut-penganut agama tersebut telah meminda ajaran-ajaran Nabi Isa serta telah berpecah kepada berbagai mazhab yang dianggap sebagai agama-agama yang berlainan di antara satu sama lain.

Mereka meminda agama Allah Taala menjadi agama syirik, seterusnya di sana berlakulah penyelewengan aqidah. Kemudian diikuti pula dengan penyelewengan akhlak, politik bahkan segala aspek hidup yang lain. Akibatnya terjadilah kesengsaraan kepada manusia di dalam semua segi.
Kesesatan Bangsa Yahudi
Orang-orang Yahudi yang pernah diberi keistimewaan oleh Allah Taala dengan diutuskan Nabi Musa, Nabi Harun dan Nabi-Nabi yang lain. Di samping diturunkan Kitab Taurat yang menjadi petunjuk kepada mereka serta sebagai pertolongan membebaskan mereka dari berterusan menjadi mangsa kezaliman dengan cara yang tidak pernah diberi kepada umat yang lain. Tetapi mereka menjadi umat yang tidak layak menjadi contoh yang baik kepada manusia kerana penyelewengan ‘aqidah dan lain-lain. Bahkan ada Nabi-nabi yang dibunuh oleh mereka. 

Al-Quran mendedahkan sifat-sifat jahat mereka terhadap agama Allah Taala. Di antara firman Allah yang menyebut hal demikian ialah : 


"Apakah kamu berharapkan bahawa mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan mereka mendengar firman ALlah lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedangkan mereka mengetahui." - Surah al Baqarah:75



"Maka kecelakaan yang besarlah kepada orang-orang yang menulis Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu mereka mengatakan; Ini dari Allah, (bertujuan) untuk menempah harga yang sedikit dengannya, maka kecelakaan besarlah bagi mereka kerana apa yang mereka kerjakan. Apakah setiap kali datang kepada kamu Rasul yang tidak sesuai dengan keinginan kamu lalu kamu menempelak(agama) daripada Rasul itu, kamu bohongkan dan sebahagiannya kamu bunuh?" - Surah al Baqarah:79

Apa yang tersebut di atas membuktikan bahawa agama Allah Taala seperti yang diwahyukan kepada Para Nabi sebelum Nabi Muhammad S.A.W telah diselewengkan, sehingga tidak mempunyai nilai yang sebenar.
Kesesatan Kerajaan Parsi
Negara Parsi, walaupun menjadi kuasa besar dunia di samping Rom serta dianggap paling maju dari aspek kebendaan, tetapi menjadi medan kepada falsafah-falsafah karut yang mengajar manusia bersifat seperti binatang. Di antaranya ialah falsafah (ajaran) “Zoroaster” yang menjadi pegangan golongan bangsawan. Ajaran tersebut mengajarkan perkahwinan sesama ahli keluarga seperti ibu, anak perempuan taupun saudara perempuan, sehingga Yazdegerd (651M), pemerintah Parsi di pertengahan abad ke-5 berkahwin dengan puterinya sendiri.

Maharaja-maharaja Parsi pula mendakwa bahawa di dalam diri mereka mengalir darah tuhan. Oleh itu rakyat hendaklah mempersucikan dan memuja mereka seperti tuhan. Apa sahaja yang dilakukan oleh raja itu walaupun perbuatan yang jahat, hendaklah dianggap baik dan mulia. Semua rakyat dipaksa memberi ketaatan membuta tuli kepada raja, sama seperti taatkan Allah. Di Parsi juga lahirnya agama Majusi, di mana penganutnya menyembah api. 

Sebenarnya rakyat Parsi sebelum ini pernah mempunyai sistem syariat dan akhlak yang menjadi pegangan, tetapi ia kemudiannya ditenggelami oleh fahaman jahiliyyah yang tebal setelah berlalunya masa yang panjang.
Kesesatan Dinasti Besar Kerajaan China
Negeri China juga ditenggelami kesesatan. Ajaran Buddha, Lotze, Confutze dan Shinto di Jepun menjadi  agama yang dianut oleh penduduknya. Kesemua ajaran itu terpesong dari ajaran Tauhid yang sebenarnya, sehingga mereka beribadat dengan memuja sesama makhluk dan membawa ajaran yang tidak memenuhi fitrah manusia. Walaupun China masyhur dengan tamaddunnya tetapi penduduknya tidak menganut agama Allah. Mereka tidak mendapat petunjuk yang sebenar, tidak memiliki risalah yang mampu menyelesaikan masalah manusia dalam segala aspek, dan tidak boleh menjadi contoh yang baik dalam membetulkan kehidupan manusia.
Kesesatan Kerajaan India
Di India juga mempunyai peranan yang besar di dalam pergolakan dunia. Bagaimanapun seperti yang dinyatakan oleh Syaikh Abu al Hasan 'Ali an Nadawi, India merupakan penyumbang keruntuhan aqidah, masyarakat dan akhlak kepada negeri-negeri jirannya dan memainkan peranan yang besar dalam menyesatkan rantau di sebelahnya. Penduduknya yang beragama Hindu itu mempunyai keistimewaan di dalam kesesatan mereka dari segi banyaknya tuhan yang diada-adakan untuk dipuja, dari segi kebuasan hawa nafsu dan mewujudkan kasta-kasta di dalam masyarakat.

Dalam abad ke-6, menurut yang tercatit di dalam kitab Veda, jumlah tuhan-tuhan yang dicipta oleh mereka sebanyak 37 tuhan dan mereka menambahnya dari masa ke semasa apabila bertemu dengan setiap perkara dan benda yang dianggap menarik. Mereka memuja patung-patung pemimpin atau pahlawan-pahlawan yang disanjung sehinggalah kepada pemujaan binatang-binatang yang tidak beraqal. Di samping itu terdapat juga adat-adat karut dan khurafat yang menjadi amalan mereka.
Kesesatan Di Pelusuk Daerah Lain
Begitu juga dengan daerah-daerah lain di dunia yang mengalami keadaan yang sama. Umpamanya penduduk Asia Tengah dan Timur Jauh. Mereka menganut agama keberhalaan seperti Buddha dan sebagainya. Mereka hidup dalam keadaan liar tanpa sistem hidup yang sebenar.

Begitulah juga keadaannya di Asia Tenggara, di mana keadaan di India dan di China memberi kesan yang hebat kepada penduduknya. Kesan-kesan sejarah yang dijumpai di zaman mutakhir membuktikan tentang apa yang telah berlaku di zaman sebelum kedatangan Islam. Apa lagi di daerah lain yang tidak mempunyai asas dan tanda ketamaddunan yang diterokai oleh manusia.

Zaman Jahiliyyah menjadikan seluruh dunia ini sebagai pentas menegakkan kezaliman. Peraturan di rimba menjadi amalan hidup manusia. Ajaran-ajaran yang pernah diwahyukan oleh Allah Taala kepada Para Nabi dan Rasul telah dilupai atau diselewengkan. Walaupun begitu ada segelintir manusia yang masih berpegang dengan saki-baki kebaikan yang masih tinggal. Tetapi mereka tidak boleh mengenengahkan sistem itu ke dalam masyarakat yang berkecamuk, sehingga penganutnya terpaksa ber‘uzlah ataupun dibunuh.

Itulah gambaran kebiadapan yang berlaku di ambang kelahiran Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad S.A.W. Hampir keseluruhannya di dalam kesesatan dan penyelewengan. Manusia tidak mengenal Tuhan, nafsu bermaharajalela, “serigala menjadi gembala”, penjenayah menjadi hakim dan orang zalim menjadi ketua negara. Manusia menghadapi krisis nilai yang dahsyat sehingga orang-orang baik dianggap jahat dan orang jahat pula dianggap baik. Tidak ada orang yang dapat menjalankan “amar makruf dan nahi mungkar”. 

Raja-raja menganggap diri mereka sebagai tuhan, sedangkan rakyat dianggap abdi. Rakyat dipaksa memberikan ketaatan mutlak kepada raja, walaupun di zaman itu masih ramai paderi dan pendita yang dianggap ‘ulama’ kerana mereka masih mengetahui sedikit sebanyak pusaka Nabi-nabi, tetapi kebanyakan mereka adalah penyeleweng yang menjual agama dengan harga dunia, pangkat dan kedudukan. Mereka melakukan rasuah dan memakan harta seperti yang didedahkan oleh Allah Taala di dalam al Quran. Firman-Nya : 


"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya." - Surah At Taubah:34

Kesimpulannya, manusia berada dalam keadaan membunuh dan merosak diri sendiri. Mereka lupa akan Tuhan yang menciptakannya. Mereka hilang perhitungan dan nilai kemanusiaan, mereka tidak memikirkan langsung tentang Al-Din yang sebenar dan tentang akhirat. Di sana telah berlaku kerusakan di seluruh pelusuk bumi. Benarlah firman Allah Taala : 


"Telah zahirlah kerosakan di daratan dan lautan disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, supaya mereka kembali ke jalan yang benar." - Surah al Rum:41

Tiada penyelamat melainkan dari Tuhan Pencipta Alam, Tuhan Yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Tuhan yang mengutuskan Nabi Muhammad sebagai cahaya kepada zamannya. Maka kelahiran Nabi Muhammad adalah tepat dengan tujuan tersebut. Ajaran yang dibawa oleh Baginda adalah memenuhi tuntutan manusia sebagai guru umat di akhir zaman. 

Tuesday, 21 May 2013

IBTILA' DI JALAN PERJUANGAN



Perjuangan Islam ini sememangnya telah dijanjikan ibtila' (ujian) yang bakal merintang di sepanjang jalannya. Perit, jerih dan penat lelah dalam menggalas beban amanah perjuangan menjadi sunnah yang telah ditempa para Nabi dan Rasul. Cumanya, sebagai insan yang serba dhaif ini terkadang seperti mahu mengaku kalah. Hanya akidah perjuangan yang dibina sekian lama masih teguh membentengi diri.

Lebih menarik, tekanan dan halangan luaran tidaklah menjadikan diri kita lemah, tetapi apabila berdepan dengan ujian dalaman terutama atas apa yang berlaku pada diri kita sendiri sementara orang lain pastinya tidak mengetahui penderitaan yang sedang kita alami.


Terkadang hati pejuang ini akan menangis sendirian melepaskan berat beban yang menindih guna mencari nafas baru dan saki baki kekuatan diri. Mungkin cara ini berkesan untuk meringankan beban perasaan bila berdepan dengan susah sukar perjuangan.


Saya masih ingat bagaimana bicara Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat seketika dahulu semasa saya mengunjungi beliau dirumahnya. Tuan Guru menceritakan pengalamannya sewaktu beliau seorang diri menjadi wakil rakyat di Parlimen mewakili PAS.


"Terkadang memandu seorang diri ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang parlimen dengan keadaan permukaan jalan tidaklah sebaik apa yang kita nikmati hari ini. Demikian juga ke hulu dan ke hilir memenuhi undangan ceramah seorang diri memandu kereta, balik jauh-jauh malam. Menangis saya sambil memandu seorang diri, peritnya nak bawa Islam pada masyarakat Melayu ketika itu. Sampai di rumah pula, buka saji, makanan tak ada dan isteri sudah nyenyak tidur..."


Kala terasa penat seharian di lapangan, saya segera mengingati cerita Tok Guru, terasa nyaman jiwa dan kembali segar seperti kembali dari satu sesi motivasi. Inilah juga yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W, dalam satu hadis yang dikeluarkan oleh Imam Abu Laith as Samarqandi dalam musnadnya dari Ato' bin Abi Ribah (bermaksud), "Apabila seseorang kamu ditimpa musibah maka ingatlah musibah yang turut menimpaku kerana sesungguhnya ia adalah sebesar-besar musibah."


Pastinya jauh langit dan bumi jika dibanding tahap tekanan dan bebanan yang kita hadapi pada hari ini dengan apa yang dihadapi oleh Rasulullah S.A.W sebagai Rasul ulul 'Azmi dan para salaf as soleh. Namun jelas, tatkala membaca sirah Rasulullah S.A.W, bagai satu tamparan terhadap diri sendiri betapa tidak layak pun kita mahu mengeluh dengan sedikit ujian yang kita hadapi.


Jamaludin Al Afghani pernah menganggap ujian seperti buang daerah laksana melancong, penjara seperti istirehat dan dibunuh pula merupakan jalan pintas untuk menemui Allah Taala sebagai kekasih yang dirindui. Sungguh dahsyat ibarat ini. Siapakah gerangannya yang mampu menganggap penjara sebagai tempat istirehat dan buang daerah sebagai pakej pelancongan jika ia bukan terdiri dari pejuang-pejuang Islam yang tinggi pergantungannya kepada Allah Taala.


Manisnya berjuang apabila kita merasai keperitannya. Seperti lazatnya orang berpuasa setelah ia melalui detik lapar dan dahaga kemudian ia berbuka dihujung hari. Indahnya hidup orang yang mendapat sijil pengajian setelah berpenat lelah saban tahun mencari ilmu. Begitulah manisnya berjuang biar difitnah dan ditohmah. Biar penat dan lelah segala anggota namun di kala ada kesempatan bertelingkuh bermunajat ke hadhrat Ilahi, terasa diri cukup bertuah.


Selamat berjuang buat semua biarpun payah.



Biodata Penulis

Ustaz Nasrudin bin Hasan Tantawi merupakan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). Beliau pernah mendapat pendidikan di Maahad Fathul Islami Damascus, Syria dan Universiti Al Azhar, Tanta, Mesir. Beliau memilih PAS sebagai platform perjuangan Islam di Malaysia. Antara tokoh ulama yang beliau kagumi adalah Syeikh Dr.Yusuf Al Qaradawi dan Syeikh Muhammad Al Ghazali.