Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Friday, 12 April 2013

BBQ DI CWG KG JAYA


Daripada jam 5 petang AJK SKJ dan jemaah yang ringgan tulang tolong bantu bakar ayam 

 
12 April 2013 Jumaat – Atas semangat pertugas setiap malam yang tidak kenal erti penat dan kerugian waktu tidur, telah ada hamba Allah yang sudi menyumbang 2 ekor kambing dan 30 ekor ayam untuk dijamu kepada tetamu Allah yang hadir ke SKJ malam tadi. Kehadiran Jemaah diluar jangkaan hampir 400 orang yang datang. SKJ memohon maaf atas kekurangan makanan malam tadi. Ini kerana jangkaan awal SKJ Jemaah akan datang sekitar 250 orang sahaja. Pohon maaf juga kepada AJK SKJ muslimin dan muslimat yang tidak dapat merasai rezeki BBQ malam tadi. InsyaAllah jika ada rezeki daripada Allah, kita akan merasainya juga nanti. Antara menu malam tadi 2 ekor kambing yang dipanggang (ditempah khas tukang masak Restoran Ustaz Wahab) ayam berempah madu dan ayam berempah BBQ (30 ekor dibakar), mee hon goreng perasa udang kering untuk 250 orang, ubi kentang KFc goreng 5 kg, tembikar 20 kg, air perasa jambu 50 liter, air perasa pandan 25 liter  dan air perasa oren 70 liter.

Pada mulanya program ini akan bersama Ustaz Hishamuddin Abd Karim merangkap ketua Pemuda Pas kawasan Kemaman tetapi oleh kerana Ustaz yang berada di Kuala Terengganu dengan jadual yang sudah padat dan waktunya untuk kita di Kemaman agak terbatas, ustaz memohon maaf dan tempatnya diganti SU Pemuda Pas Kawasan Kemaman iaitu Ustaz Ramlan Mahmud untuk berkuliah maghrib. Ustaz Ramlan yang kesibukan masa hanya sempat menyampaikan kuliahnya sehingga waktu isyak. Walaupun pihak AJK SKJ memberi ruang masa yang panjang untuknya menyampaikan amanat yang ditinggalkan oleh Nabi kita Muhammad SAW untuk menghuraikan pemasalahan masyarakat kita hari ini.

Kehadiran Tuan Pengarah Dun Cukai Tuan Hj. Hanafiah menyampaikan sepatah dua kata sebagai pelengkap majlis dan didahulukan dengan ucapan pengerusi SKJ Tuan Hj Othman yang memberi semangat juang kepada Jemaah yang hadir. Selepas ucapan sambil menjamu selera Jemaah dihidangkan dengan wayang pacak. Majlis bersurai jam 12 malam. 











WAJAH-WAJAH PERTUGAS CWG KG JAYA PRU 13



11 April 2013 Khamis – Bermula jam 10 malam sehingga jam 1 pagi para pertugas memberi khidmat yang cemerlang untuk kebangkitan Islam di Bumi Malaysia ini. Walaupun pertugas hanya diberi minum dan makanan kekacang tidak menghalang pertugas bertungkus lumus untuk kemenangan Islam. Ketiadaan makanan bukan persoalannya. Pertugas selalu bertanya kawasan mana pulak malam ini kita lancarkan bendera bulan. Terima kasih kepada pendakwah, alim ulama dan ustaz-ustaz yang sentiasa memberi  tunjuk cara tatakerja dalam Islam supaya tidak terkeluar daripada landasan ataupun batas-batas undang-undang semasa bertugas memasang bendera mahupun banner. Alhamdulillah setakat ini para pertugas masih bersopan dan adat  beragama sentiasa dipatuhi. Dan kepada Jemaah, pakat-pakatlah datang bertugas untuk semarakan lagi suasanan santai. Jika Jemaah yang berkemanpuan, hulurkanlah sedikit wang ringgit untuk kami berbelanja minum kopi selepas bertugas. Wang ringgit yang Jemaah hulurkan sentiasa kita berbelanja untuk membeli bendera, membuat banner, tali, kayu dan besi. Semuanya memerlukan pembelanjaan yang banyak. Setiap malam hampir mencecah RM300 pembelanjaan yang terpaksa kami keluarkan untuk misi PRU 13 ini. Bayangkanlah bertapa sukarnya kami bergerak untuk menampung segalanya ini jika tanpa anda semua yang sudi menolong. Kami hanya mampu berserah kepada Allah SWT agar dibuka pintu hati masyarakat sekeliling agar memenangkan Islam di Bumi Malaysia ini. IsyaAllah.   





TSU tengok2 kot2 ada orang atar makanan untuk pertugas.  




Tuesday, 9 April 2013

TRELER NEGARA BERKEBAJIKAN SINGGAH DI KEMAMAN


TEAM SKJ X LEPAS PELUANG. BERPOSING SAKAN!!


 Hero paling cun di SKJ.  Bakal Calon dun Kg. Jaya.

 Yg pakai spek hitam tu mohon nak jadi calon pas dun chukai.  Pakat2 sokong ler.

Wakil calon yg pakai baju putih tu.

Monday, 8 April 2013

AJK SKJ ZIARAH AWI BENDERA

6hb April 2013 Sabtu – AJK SKJ sempat ziarah Awi dirumahnya sekitar jam 11 pagi di Gong Pauh. Awi yang masih belum sihat dan kakinya masih bengkak. Selama 3 hari bermalam di KMC untuk mengenalpasti penyakit. Awi yang ditemani isteri memberitahu penyakit kencing manis tahap 30 menyebabkan saluran darah daripada pangkal peha sehingga labu betis menjadi bengkak sehingga sukar untuk bergerak.
Sebelum serangan kencing manis secara tiba-tiba ini, Awi menjelaskan kerana kekerapan meminum air berkarbonat (air botol bergas). Mengimbau kembali cerita disebalik perkara ini kerana beliau banyak menjayakan program rasmi markaz sekitar DUN Cukai yang melibatkan BBQ. Boleh dikatakan setiap malam ada sahaja program yang melibatkan tenaganya sekitar Dun Cukai. Begitulah jihadnya seorang pejuang Islam demi agama dan pejuangan Parti PAS.
Untuk pengetahuan para pembaca, Awi adalah tokoh perniagaan yang Berjaya. Tetapi disebalik rauf wajahnya yang bersahaja, menjadikan ramai orang yang tidak mengenalinya sebagai tokoh perniagaan. Awi yang banyak menyumbang wang ringgit dan barangan kepada SKJ seperti orang kebiasaan sahaja dari pandangan luar. Uniknya nama Awi bendera kerana apa-apa yang diperlukan oleh SKJ pasal bendera beliau akan selesaikan sepantas masalah yang dihadapi (memerlukan bendera, untuk pasang bendera, sewa kenderaan untuk bendera dan bermacam-macam lagi pasal bendera). Sebab itulah SKJ senang memanggilnya Awi Bendera. Semoga Awi tabah menghadapi ujian daripada Allah SWT.





Sunday, 7 April 2013

KEBENARAN DAN KEADILAN DARI KACAMATA UMNO


Masing-masing dakwa benar. Masing-masing dakwa cari kebenaran. Penyokong UMNO dah jumpa kebenaran yang dicarinya. Kebenaran itu cukup jelas. Tak payah nak fikir-fikir lagi. Terang lagi bersuluh. Mari kita lihat. Mari kita nilai kebenaran bagi pihak UMNO.
1.       Aku Janji bukan manifesto. Kalau manifesto, nanti rakyat kata UMNO penipu dan tak adil. Kerana adil dan benar bagi UMNO ialah 10 minit rakaman manifesto PR sama dengan 180 minit aku janji ( bukan manifesto tau) UMNO/BN secara langsung. (PR juga ada Aku Janji. PR nak juga 180 minit secara langsung untuk Aku Janji. PR hanya tolak 10 minit rakaman untuk manifesto.)
2.       Untuk UMNO, turun harga kereta baik untuk rakyat dan Negara. Bagi PR, turun harga kereta membangkrapkan Negara.
3.       Bagi UMNO ( dan SPR juga), permit Harakah dua kali seminggu sama dengan permit harian Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo, RTM dan TV3. Bagi UMNO, tak adil kalau PAS diberikan lesen akhbar harian dan TV.
4.       Bagi UMNO, DAP itu parti Cina  manakala MCA itu parti para tok syeikh. Maka apabila Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri Pulau Pinang dikatakan negeri itu diperintah oleh Cina. Ketika Koh Tsu Koon jadi Ketua Menteri, UMNO relaks aje sebab Koh Tsu Koon itu keturunan tok syeikh.
5.       Bagi UMNO, apabila PR buat demontrasi, dikatakan demontrasi itu bukan budaya kita. Apabila UMNO buat dikatakan itu persembahan  kebudayaan.   Tarian punggung dan hadiah kek tahi itulah budaya baru bagi kepercayaan penyokong UMNO.
6.       Cara UMNO ambil kerajaan  Perak bukan rampasan kuasa dan bukan juga gila kuasa. Yang gila kuasa bagi UMNO ialah mana-mana manusia atau parti yang cuba nak lawan UMNO melalui pilihanraya.
7.       Bagi UMNO, orang yang bunuh Altantuya wajar dihukum mati tetapi orang yang mengarahkan pembunuhan biarlah terus menjadi misteri.
8.       Bagi UMNO, berjuang untuk Islam ialah dengan mendirikan masjid dan berarak maulidurasul. PAS bukan berjuang untuk Islam kerana hudud tiada dalam al-Quran mengikut Amanat Tun Mahathir.
9.       Bagi UMNO, yang luluskan lesen judi dan bina kilang arak itu bukan Melayu UMNO. Itu kerja MCA dan MIC. UMNO tak terlibat apa-apa pun cuma pergi tolong rasmi.
10.   Bagi UMNO, DAP akan bina Negara Kristian biar pun DAP ada 40 MP yang kebanyakannya beragama Buddha manakala PBS yang majority Kristian itu sedang melaksanakan Negara Islam di Sabah bersama-sama  UMNO.
Tak larat aku nak coretkan keadilan dan kebenaran dari kacamata UMNO. Kalian buatlah buku untuk dihadiahkan kepada orang yang sentiasa dilihat benar dan adil dulu, kini dan selama-lamanya.

Tuesday, 2 April 2013

Parti PAP Fokus PAS.




Bila-bila masa dari sekarang Parlimen dibubarkan. Masa untuk berkempen semakin singkat. Strategi peringkat merah perlu diaplikasikan. Tawaran Negara Berkebajikan mesti diangkat kembali setelah sekian lama berlalu lewat siri ceramah PGU. Rakyat makin  lupa tentangnya apatah lagi tawaran BR1M, pelarasan gaji baru dan pelbagai manisan dihamburkan oleh pemerintah. Kini segala gerakerja pilihanraya perlu diklimakskan. Namun, bagi penulis PAS/PR sewajarnya membuat peruncingan dengan memberi fokus kepada sebuah parti yang tidak berdaftar.

‘Parti’ yang dimaksudkan itu ialah PAP, iaitu Pengundi Atas Pagar. Golongan ini merupakan sekelompok manusia politik yang mengikut kajian terdiri daripada 30% pengundi di Negara kita. Sebahagiannya pula  pengundi Islam yang terdiri daripada ahli jamaah Tabligh.
Penulis optimis jika 70% daripada ahli PAP ini  keluar mengundi dan mengundi PAS/Pakatan Rakyat, pasti PR dapat mengambilalih teraju pemerintahan negara. Apa yang berlaku pada hari ini ialah sikap golongan ini yang tidak mendaftar sebagai pengundi, tidak keluar mengundi dan tidak mengundi PAS/PR kerana tidak mendapat penjelasan yang efektif. Diberitakan bahawa antara faktor kekalahan parti Islam di Pakistan dan Bangladesh  kerana jutaan pengikut Tabligh di negara tersebut tidak mengundi.  Tidak mustahil fenomena ini turut berlaku di negara kita. PAS sewajarnya mempunyai akses dan data tentang sejauh mana golongan Tabligh melibatkan diri dalam pilihanraya.

Hanya baru-baru ini Presiden PAS mengadakan kunjungan hormat ke ‘markaz’ Jamaah Tabligh dengan menemui pemimpin mereka. Usaha ini semestinya diteruskan oleh setiap pemimpin negeri dan kawasan. PAS tidak patut menjarakkan diri dari ahli Tabligh. Setakat ini tidak pernah didengari komunikasi antara PAS dengan Tabligh walaupun sebahagian kecil ahli PAS melibatkan diri dalam Tabligh dan begitu juga sebaliknya. Tiada majlis pertemuan, perundingan dan aktiviti bersama yang boleh merapatkan dua jamaah Islam ini. Jamaah Tabligh berkemungkinan tidak kepingin untuk duduk bersama dalam majlis ini agar tidak dilihat oleh masyarakat sebagai pro-PAS. Agenda mereka ialah menarik semua manusia tanpa mengira parti agar bergerak bersama mereka. Jika mereka dilihat rapat dengan PAS, mereka bimbang orang yang pro-UMNO awal-awal lagi akan menolak seruan mereka.

Namun PAS dan ahli Tabligh sendiri perlu sedari bahawa pemimpin utama Jamaah Tabligh sendiri telah membetulkan salah faham ahli mereka tentang penglibatan dalam politik. Beliau telah mengarahkan agar setiap ahli Tabligh perlu memberi sokongan kepada parti Islam yang ada di negera masing-masing.  Maklumat ini penulis dapati melalui perbincangan dengan salah seorang pemimpin Jamaah Tabligh kawasan. Ini bermakna PAS dan Tabligh perlu duduk bersama demi agenda dakwah yang lebih besar.  

Selain itu, masih ramai ‘ahli PAP’ yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan. Mereka dikatakan sebagai penentu parti yang akan menguasai negeri dan Negara. Ahli PAP ini lebih mudah untuk diberi penjelasan kerana sikap mereka yang masih terbuka. Bak pantun, pat pat si paku lipat, siapa cepat dia dapat. Penulis optimis sekiranya semua pengundi atas pagar ini berjaya dikempen melalui siri-siri penjelasan dan perbincangan, sudah pasti hasrat dan telahan ‘Selangkah Ke Putrajaya’ bukan suatu omongan kosong.

Justeru , PAS/PR perlu berusaha untuk memenangi hati pengundi atas pagar. Golongan ini biasanya cuba dipikat dan dibasuh melalui media massa. BN menguasai media massa dan golongan ini pula sentiasa berminat dengan media massa perdana. Jika BN mampu mengasak minda mereka dengan dakwaan kebobrokan PAS/PR dan terus mengasak minda mereka pada saat-saat akhir pengundian, pasti BN yang berjaya memukat sokongan mereka yang memang tidak sedikit jumlahnya.  Maka apakah PAS hanya meneruskan pendekatan sedia ada untuk mendominasi undi  mereka? Inilah yang perlu difikirkan dan diambil tindakan segera oleh PAS/PR.
                                                                                                                   
Pendek kata, kepimpinan dan kader-kader PAS/PR perlulah sentiasa segar dengan pendekatan-pendekatan baru di samping menambahnilai kaedah-kaedah sedia ada.  Ambillah semangat ‘post-mortem’ sesuatu pilihanraya iaitu mengkaji data, fakta dan faktor untuk dibaiki segala kekurangan dan dimantapkan segala kekuatan. Buka semula fail laporan post-mortem pilihanraya kerana waktu inilah masa paling sesuai kita membakar semula dada ini dengan semangat perjuangan yang sudah mula membahang.

Monday, 1 April 2013

HUBUNGAN TAHAJUD DENGAN KESIHATAN



TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD


Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur Tao, Confucious dan Sikh. Mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies dan Sikh.

PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

  Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep." Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur  " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. " Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui. Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini.
RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar , sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi. Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar." Moga Ada Manfaat