Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Wednesday, 6 June 2012

Pelajar Pondok


Siapa kata bersekolah pondok tidak boleh berjaya!!!!Inilah dia hasil didikan dengan ilmu Allah....Dr Afifi Al Akiti menjadi pensyarah di Universiti Oxford pada usia 34 tahun. Beliau anak melayu pertama yang menjadi pensyarah di Universiti Oxford. Latar belakang beliau dari pendidikan asas di Selangor seterusnya ke sekolah pondok di Indonesia, Maghribi dan Syiria. Beliau juga dilantik menjadi imam di Ireland.Meraih ijazah pertama dalam Bidang Falsafah Nasrani.Beliau juga mampu menguasai 7 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Perancis, Latin, Arab, Inggeris, Jerman, Yunani.

Mohon pertunjuk?


Malam tadi sampai rumah pukul 11.00 mlm, ada lagi malam2 orang nak jumpa, hujan pun dia datang juga, wanita berusia 50 an saya jemput masuk, biasalah masaalah anak-anak, anak lelakinya berusia 14 tahun, tak suka duduk rumah, sekolah tak nak. Anak perempuan pulak umur 17 tahun, SPM tahun ni, selalu keluar malam, suami pulak uzur, lumpuh kemalangan jalan raya setahun lepas. adik2 yang 3 orang lagi nampaknya cenderung nak ikut perangai abangnya..dia menangis dan rakan yang mengikutnya juga menangis.

Kasihan sungguh saya melihatnya, tidak ada apa yang saya boleh buat, sekadar nasihat dan tumpang mengalirkan air mata, dia kata " saya orang bodoh ustaz! , saya tak sekolah, saya tak pandai didik anak, tapi saya nak anak2 saya jadi orang baik. sedih sungguh mendengar keluhannya, airmatanya hampir sama dengan curahan hujan malam tadi.

Saya cuma nasihatkan agar perbanyakkan berdoa dan tak jemu-jemu untuk menasihati anak-anaknya, bangunlah ditengah malam , bermunajat kepada Allah moga Allah buka pintu hati mereka untuk menjadi insan yang baik, berdoalah dengan penuh pengharapan, jangan hanya menangis dihadapan saya, tetapi menangislah dihadapan Allah, merayulah dengan Allah kerana dia adalah Rabb yang sangat mengasihani hamba-hambaNya.

Saya sebenarnya sangat takut ,kerana anak saya ramai dan masih kecil-kecil lagi dan selalu saya sebut dalam kuliah saya supaya jangan suka menghina anak orang dan memuji anak sendiri, kerana pada masa akan datang kita tak tahu apa akan terjadi, fitnah hari ni terlalu hebat, sekelip mata terlepas pandang, anak kita akan terjerumus, keliling kita adalah suasana yg banyak mengajak kepada kehancuran, kejahatan sentiasa melambai-lambai dan memanggil-manggil. 

Bukan semua ibubapa berkemahiran untuk mendidik anak, tidak boleh disalahkan mereka 100%, setiap orang ada tahap pemikiran dan kemampuan bertindak yang berbeza, mereka memiliki sifat yang berbeza, ada yang tegas, ada yang lembut, ada yang terlalu tegas dan ada pula yang terlalu lembut, semua sifat ini akan ada pengaruh pra dan kontra dalam usaha pendidikan anak-anak, begitu juga tahap pengajian ibubapa, maka tidak patut disalahkan ibubapa sepenuhnya. Saya terkadang tidak bersetuju dengan ustaz2 didalam TV dan Radio yang hanya berhujjah bahawa gejala sosial berpunca dari ibubapa semata-mata, sedangkan masih ada lagi faktor besar selain ibu bapa yang mempengaruhi sikap anak-anak.

Saya pernah dipanggil oleh pihak polis kerana mereka mendapat aduan dari seorang pengerusi Masjid, setelah tidak berpuas hati dengan khutbah jumaat saya yang menegur tiga buah pusat video game yang beroperasi ditempat saya. Rakyat memiliki sifat yang berlainan tetapi ciri-ciri pemimpin yang wajib kita pilih telah diberi garispandu oleh Allah dan RasulNya. Kita disuruh memilih pemimpin yang bertaqwa yang takutkan Allah, pemimpin yang bukan sahaja tidak menzalimi rakyat tetapi juga mendidik rakyat supaya menjadi manusia yang takutkan Allah, pemimpin yang sentiasa berusaha untuk mencegah rakyatnya dari melakukan kemungkaran, pemimpin yang sentiasa berusaha untuk menutup pintu-pintu kemungkaran, supaya rakyatnya selamat dari terjerumus kedalam lembah kemurkaan Allah. Pemimpin yang sentiasa membina bi'ah atau suasana negara yang mendorong rakyatnya supaya cenderung kepada agama.

Saya juga sempat menasihati beliau supaya kembali kepada Islam, hanya Islam sahaja yang akan memuliakan penganutnya, disamping kita berdoa, kita kena jauhi dari menjadi penyokong golongan zalim, kerana golongan zalim adalah golongan yang doanya tidak diterima Allah. Jika kita merasakan bahawa Islam adalah jalan penyelesaian terbaik, maka kita kembalilah kepada Islam, Jika kita merasa yakin bahawa Islamlah yang memuliakan kita, maka kita pilihlah pemimpin yang cintakan Islam, supaya ia dapat memimpin kita kepada Islam..dia angguk " InsyaAllah Ustaz, saya faham" sambil menghulur cebisan kertas tertera nama dua orang anaknya untuk saya dan pelajar solat hajat.

Dia bangun dan tersenyum, terpancar diwajahnya sinar harapan, sampai muka pintu selendang birunya jatuh, dia tunduk mengambilnya, rambut keritingnya berjebak, moga tiada dosa untuk saya kerana tidak sengaja memandangnya. sekali lagi dia senyum t.kasih ust ye! .saya mengharapkan dia datang lagi tetapi dengan keterampilan yang berbeza.

Harga Minyak?


Berbeza pendapat dan ideologi politik diizinkan dan sepatutnya dirai dan dihormati....tetapi jika gagal menggunakan akal dan otak yang dianugerah oleh Allah SWT itu dikira tiada kompromi untuk bersikap taksub politik ...kebenaran itu amatlah pahit....

Tuesday, 5 June 2012

Al-fatihah. Ustaz Syed Abu Bakar dalam kenangan

5.6.2012 Selasa. Pemergianya amat dirasai oleh jemaah Masjid Pasir Minal. Ustaz yang baru petang semalam dimasukkan ke Hospital Kemaman kerana kurang sihat. Apabila waktu subuh mesej dihantar menyatakan Ustaz sudah pulang ke rahmatullah. Satu khabar berita yang mengejutkan semua yang mengenalinya. 
Solat jenazah selepas solat zohor di Masjid Pasir Minal. Seterusnya dibawa ke tanah perkuburan seberang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. Amin.





Monday, 4 June 2012

Kerajaan Thailand beri pampasan kepada mangsa keganasan politik

 

yang kena tembak di batu buruk.... Azman dan Swandi cam mana...? 

yang kena belasah di Berish 1.0 cam mana....? 

yang kena belasah di Bersih 2.0cam mana....? 

yang kena belasah di Bersih 3.0 cam mana....? 

yang kena belash di ceramah2 Pakatan Rakyat sejak 1998 macam mana....?
 



BANGKOK - Kerajaan Thailand hari ini menyampaikan pampasan pertama berjumlah lebih 577 juta Baht (RM57.7 juta) kepada 524 mangsa keganasan politik.

Timbalan Perdana Menteri Yongyuth Wichadit berkata penerima pampasan tersebut terdiri daripada 44 kes kematian, enam hilang upaya, 58 kecederaan teruk, 177 cedera dan 239 kes kecederaan ringan.

Kerajaan telah memperuntukkan pampasan berjumlah dua bilion Bath (RM200 juta) bagi 1,521 mangsa keganasan politik yang berlaku antara tahun 2005 dan 2010.

Ia termasuk 104 kes kematian, 34 hilang upaya, 93 kecederaan teruk, 521 cedera dan 769 kes kecederaan ringan.

Kesemua mangsa tanpa mengira fahaman politik sama ada penyokong nasionalis Baju Kuning atau penyokong Baju Merah layak mendapat bantuan tersebut.

Yongyuth berkata pampasan itu boleh membantu meringankan bebanan mangsa dan keluarga masing-masing serta menyumbang ke arah perdamaian negara.

"Saya amat bersimpati dengan kehilangan...tiada sesiapa mahu keganasan berulang," katanya.

Seorang penerima, Janpen Arreepom 46, berkata beliau akan menggunakan pampasan sebanyak 600,000 Baht (RM60,000) untuk perbelanjaan perubatan bagi suaminya serta membeli sebuah rumah kecil.

Suaminya, Kosol Somsak mengalami kecederaan di muka apabila penunjuk perasaan dan tentera bertempur di persimpangan Ratchaprasong pada Mei 2010.

"Saya tidak mahu suami saya menyertai sebarang protes jalanan sekali lagi kerana bimbang tentang keselamatan dan kesihatannya. Bagaimanapun, saya tidak dapat menghalangnya sekiranya dia mahu kerana beliau suka menyertai aktiviti seperti itu," katanya


Keputusan Kes Batu Burok: Azman dan Suwandi tak bersalah

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini membebas dan melepaskan mangsa tragedi tembakan polis di Batu Burok yang berlaku pada 8 September 2007, lima tahun lalu. 

Kedua-dua tertuduh, Muhammad Azman Aziz, 26, dan Suwandi Ab. Ghani, 43, dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah setelah pihak peguam belanya berjaya mewujudkan keraguan dalam perbicaraan tersebut. 

Selain Azman dan Suwandi, dua lagi tertuduh di bawah Sesyen 27(5)(a) Akta Polis iaitu Hisham Aziz@Abdul, 43, dan A.Rahman Abdullah, 67, turut dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. 

Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Mohammad Khalid Haji Ab. Karim membaca keputusan perbicaraan tersebut pada jam 10.15 pagi serta disambut dengan laungan takbir para hadirin. 

"Hari ini mahkamah memutuskan kamu, Muhammad Azman Aziz dan Suwandi Ab.Ghani yang didakwa di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan dibebas dan dilepaskan setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan. 

"Mahkamah juga membebaskan Hisham Aziz@Abdul dan A.Rahman Abdullah yang dituduh di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis," ujarnya ketika mengumumkan keputusan tersebut. 

Sebelum ini, Suwandi dan Azman dituduh bersama 18 orang yang lain pada 8 September 2007, jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang. 

Polis yang bertugas ketika menyurai perhimpunan tersebut iaitu Wan Aziz Wan Omar (RF143706) telah melepaskan tembakan peluru hidup hingga hampir meragut nyawa Suwandi dan Azman. 
 
Mereka berdua dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan pembedahan bagi mengeluarkan peluru hidup dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu. 

Harakah difahamkan, seramai 350 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan bagi mengawal keadaan dengan melepaskan gas pemedih mata serta tembakan meriam air terhadap orang awam. 

Ketua Polis Terengganu ketika itu, Datuk Ayub Yaakob telah menahan reman seramai 23 orang yang terlibat dengan insiden berkenaan. 

Hadir sama memberi sokongan moral, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ketua Pemuda PAS Marang, Mohammad Khalil Abdul Hadi bersama lebih 50 orang ahli keluarga dan orang ramai. 

Admin: dop bersalah ok lepas.. kes tembak tu guaner pulok? 
polis tu dop bersalah gok ker??
Ambil tindakan undang2 keatas anggota polis terbabit dan ketua polis negeri agar ianya dijadikan teladan kpd anggota2 polis yg lain supaya tidak mudah melepaskan tembakan keatas orang awam yg tak bersenjata. Disusuli pula dgn saman dlm bentuk wang ringgit, kesakitan atau penderitaan, malu kerana sudah pasti jiran lihat polis bawa tertuduh dlm kereta polis dan beranggapan bahawa tertuduh telah melakukan jenayah, teladan.

Saturday, 2 June 2012

GAMBAR SEKITAR HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA DI STADIUM ALOR STAR KEDAH

Solat Hajat yang di imankan
Tuan Guru Haji Salleh Hj Musa- Permata Kedah. 

Ini kisah beliau dalam dunia politik. Ketika muda dulu tahun 2008 (pilihanraya ke-12), saya ( Ibnu Fathani )sempat mengikuti tuan guru berkempen. Banyak peristiwa menarik yang berlaku. Sebelum tu , saya cerita dulu peristiwa 2004 (PRU 11 berlangsung, tuan guru haji Salleh menjamah selera dengan pimpinan Kedah , sewaktu makan , pingan beliau yang bulat itu tiba2 terbelah. Terdiam tuan guru, lalu beliau awal2 memberi pesanan dan kata2 semngt pd pimpinan, Kita kalah , dan bersabarlah.. ketika itu keputusan belum diumukan, ternyata benar. Allah. berkat dan solehnya insan bernama Tuan Guru Hj Salleh. 

Masa PRU 12 pula, saya dan Ustz Helmi Assyafie smpat berkempen dgn Tuan Guru , naik van ja. Ada satu masa, ketika tuan guru makan, tuan guru terdiam pastu Tuan Guru pesan ; Malam ni tidur awal, solat sujud syukur ya ... Ustaz Helmi tnya tok guru, kmdian tok guru ckp ; Ada "benda" jatuh dalam pingan aku" .. dan Insyallah kita menang, ALLLAHuakbar , selepas diumumkan ternyata PAS mengambil alih kerajaan Negeri Kedah.. 

Malam tu menjadi saksi telah berderai air mata insan2 tua yang menunggu saat ajal datang masih sempat melihat kemenangan.. Para pimpinan kawasan serbu ke rumah tok guru, kerana terlalu gembira , malam tu jua jadi saksi , titisan air mata Tuan Guru Haji Salleh. Betapa insan yang rapat dengan Allah , jangan dipandang sebelah mata. Malam tadi , beliau memimpin solat hajat , entah lah dalam celahan ribuan betapa ada di antara mereka kita tidak tahu hubungan mereka dengan Allah.. Hebat Allah rahsiakan kewalian kekasihnya di kalangan orang awam. -Sekadar berkongsi-

Siapa yang tidak datang memang rugi besar...