Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday, 29 April 2012

Siapa kenal mereka ini?

 
Gambar yang disiarkan oleh Jeebond dari Blogpolitik mempersoalkan sipakah lelaki-lelaki yang tidak memakai ‘T’ Shirt BERSIH tetapi mengenakan jacket yang membuka halangan yang telah didirikan oleh pihak DBKL di sekitar Dataran Merdeka. 


Tindakan mereka yang mengalihkan atau membuka halangan tersebut telah menyebabkan para Peserta BERSIH 3.0 memasuki kawasan Dataran Merdeka. 

Akibatnya tindakan dari Pihak Polis bermula maka berbagai berita yang buruk tentang Himpunan BERSIH 3.0 disiarkan oleh Media yang dikawal pihak UMNO/BN. 

SU Umno Bocor rahsia polis..... 

 
Selain Wartawan Guag Mind Daily menjadi mangsa ‘kekejaman’ Polis Malaysia, ‘kezaliman’ PDRM nie, Wartawan Mail Daily dan Sun Daily turut dikatakan kena pukul dan pijak oleh anggota Polis, sebabnya? Sama jugak dengan Wartawan Guag Mind Daily. 

Senarai Wartawan/Jurugambar yang jadi mangsa keganasan polis (fakta oleh CIJ) 

1. Radzi Razak (theSun) dipukul 7 anggota polis, patah tulang rusuk.
 2. Arif Kartono (the Malay Mail) dipukul 6 polis dan kameranya dipecahkan.
3. Koh Jun Lin (Malaysiakini) ditangkap dan simcard dalam kameranya dirampas polis tanpa dikembalikan. 4. P. Malayandy (Makkal Osai) dipukul 5 polis dan kamera dirampas tanpa dikembali.
5. Harry Fawcett (Al Jazeera) kamera dipecahkan.
6. Huang An Jian (Guang Ming Daily) dipukul polis.
7. Kenny Lew (Channel News Asia) dipukul polis.
8. Chen Shaua Fui (Merdeka Review) ditendang selepas menunjukkan kad medianya.
9. Lisa J. Ariffin (Malaysian Insider) cedera terkena kanister.
 Lihat pula gambar-gambar dibawah yang boleh merungkaikan siapa yang sebenarnya yang mencetuskan huru-hara pada Bersih 428 tersebut.. 


Statement saudara Zaharin, Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak mengesahkan lagi polis terlibat menyamar kumpulan BERSIH dengan tujuan membuat provokasi dan hura-hara juga kacau bilau di Himpunan AMAN Duduk dan Bantah KL 428.. Membodohkan orang, dalam tak sedar membodohkan diri sendiri di khalayak.. Macam la BERSIH tak tahu yang mula merempuh pagar di Dataran tu geng2 diorg.. 

BERSIH 3.0, 7 KENDERAAN DARI SKJ

 Kami datang bukannya mencari bala, tetapi mencari keadilan dalam pilihanraya. itu sahaja. Kami datang hanya mencegah kemungkaran dalam pilihanraya. Pihak polis bukanlah lawan kami. Kami orang biasa. Jika tuntutan kami sebelum ini enggan diterima oleh pihak SPR maka langkah kami ke jalan raya untuk memberitahu seluruh pelusuh dunia bahawa kami betul-betul mahukan bersih dalam pilihanraya. Jangan provok kepada kami. Kami insan yang lemah. Tetapi semangat kami yang cintaikan Malaysia melebihi segalanya. Sesungguhnya disisi kami hanyalah Allah. Allahlah segala-galanya kepada kami berserah diri. Jika kami tempuh jalan yang berdarah, maka kami terpaksa lalui juga bukan melawan tetapi redha atas kehendakNya.








Thursday, 26 April 2012

Masuk Islam

 

Inilah 9 orang Cina yang memeluk Islam pada Sabtu lalu yang diketuai oleh Bro Alex Chua (dua dari kanan). Bro Alex telah mengkaji agama Buddha secara mendalam selama belasan tahun dan agama lain selama beberapa tahun. Akhirnya beliau mengambil inisiatif untuk berjumpa dgn Bro Lim Jooi Soon dan berbincang dengannya tentang agama.

Perbincangan berlangsung selama 2 jam dan akhirnya beliau akur dan yakin bahawa Islam itu adalah benar. Selepas perbincangan itu, beliau mula mengajak kawannya yang lain untuk memeluk Islam walaupun dirinya masih belum mengucap shahadah dan akhirnya, beliau mengucapkan dua kalimah shahadah bersama isteri dan 2 anak perempuannya beserta dengan 5 rakan yang lain. Salah seorang sedang mengandung dan suami wanita itu akan memeluk Islam juga sekembalinya dari luar negara. Insha-Allah 3 lagi akan menyusul utk memeluk Islam.

Bayangkan Bro Alex yang belum memeluk Islam ketika itu telah berdakwah kepada rakannya yang lain dan mereka diberikan hidayah oleh ALLAH. Bagaimana pula dengan kita yang dah lama Islam? Dah berapa ramai orang bukan Islam yang telah kita kongsikan tentang Islam?

p/s kesemua mereka yang memeluk Islam adalah Professional dan Businessman jadi mereka memeluk Islam kerana kebenaran agama Islam dan bukan wang ringgit... ALLAHU AKBAR !!!

MISKIN tidak menghalang KEBAHAGIAAN.


Sekilas GAMBAR ini menceritakan yang mereka tetap bahagia walaupun hidup SUSAH,,,

IKHTIBARnya di sini hanya satu "Kasih sayang itu datang dari hati yang jujur dan ikhlas, bukan dari kemewahan yang melimpah ruah" :) 

Sekeping gambar adalah lebih baik dari seribu perkataan.




Dan setiap sesuatu yang dijadikan oleh Allah itu tidak ada yang sia-sia.

Gambar di atas tersiar di dalam sebuah akhbar online dengan kapsyen "SHAFIE menunggang motosikal bersama para belia di Kampung Bangau Tanjung, Temerloh semalam."

Apa yang menarik di dalam gambar itu ialah menteri berkenaan yang terpalit dengan isu skandal dengan seorang artis didapati menunggal motosikal tanpa memakai topi keledar dengan membawa pembonceng pun tidak memakai topi keledar.

Dengan selamba beliau menunggang motosikal terasa semacam tidak perlu mematuhi apa-apa undang-undang. GB tidak percaya jalanraya yang digunakan itu jalanraya yang tidak digazetkan kerana yang lain-lain di dalam gambar itu semuanya bertopi keledar belaka.

Kejadian tersebut menjelaskan bahawa Shafie adalah seorang yang selamba dan bersahaja apabila melakukan kesalahan dan hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan "Shafie sememangnya bersalah!"

Sikap dan gelagatnya itu tidak boleh diteladani.

Hukum kebenaran dan keadilan (yang kita umat Islam memanggilnya sebagai "sunnatullah") tidak boleh diubah, tidak boleh direka dan tidak boleh ditipu. Ia akan terpapar dengan sendirinya.


سُنَّةَ اللَّهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلُ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلاً

Yang demikian adalah menurut sunnatullah yang berlaku kepada orang yang telah lalu; dan kamu tidak akan mendapati perubahan bagi sunnatullah itu. Surah Al-Ahzab : 62

Jika tidak percaya, kita boleh tunggu nanti kesalahan-kesalahannya yang bakal didedahkan oleh hukum universal tersebut. Hari ini dilaporkan kes skandal Shafie Apdal & Zahida akan dibawa ke SPRM.

Betapa pantasnya Allah perkenankan doa kita untuk menunjukkan kebenaranNya melalui doa kita sebelum ini:
Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah 


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Saya tidak gentar

10:56AM Apr 25, 2012

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata rumahnya di Kulai, Johor disimbah cat merah awal pagi tadi.

Menurut Mazlan, cat itu disimbah di bahagian beranda dan kaki lima pintu belakang rumahnya di Felda Bukit Ramon.

"Apakah motif mereka mahu menakut-nakutkan saya dan keluarga? Demi Allah, saya tidak gentar.

"Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan membela rakyat tetap diteruskan!" kata Mazlan melalui SMS kepadaMalaysiakini.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata, kejadian pada jam 3.30 pagi itu disedari 3 pagi selepas Mazlan pulang berceramah di Parit Sulong.

Sambil menyatakan kekesalan terhadap kejadian itu, Suhaizan mengesyaki pihak cuba mengancam Mazlan, aktivis yang terkenal dengan kelantangan membangkitkan isu berkaitan Felda dan tanah.

Tambahan lagi, kata Suhaizan, ia kejadian ketiga dalam tempoh seminggu di Johor selepas insiden di markaz PAS di Mersing pada 19 April dan rumah pemimpin NGO Pengerang tiga hari kemudian.

"TANAH mendesak kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci terhadap motif kejadian dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian ini.

"Ini bagi mengelakkan kejadian di ingini berlaku selepas ini," kata Suhaizan yang juga setiausaha NGO Gabungan Tanah Rakyat (TANAH) pimpinan Mazlan.
 


Tuesday, 24 April 2012

BERITA BAIK, PELABURAN UMRAH

 

Ada seorang ni didekati oleh seorang yang mempromosi satu pelaburan baru. Cara melaburnya ialah dengan serah duit RM 1,400 dan tunggu 4 tahun. 4 tahun nanti dapat pergi umrah percuma, tak payah bayar apa-apa. Wahhhh... menguntungkan pelaburan ini katanya.

Jangan Mudah Kena Tipu

Terus terang saya cakap, saya yakin ini penipuan, sudah-sudahlah orang kita kena tipu. Dah banyaklah dari dulu macam-macam skim yang dah berulang kali cerita dalam. Mana boleh masuk akal semua ni. Tapi masalahnya ada juga orang kita yang percaya. Orang ni cari pelabur dalam senyap-senyap dan lantik agen yang diberi komisen.

Katanya ada beberapa orang kerajaan yang dah masuk pelaburan ini kata orang tu. Maknanya pelaburan ini target orang kerja kerajaan lebih-lebih lagi tak lama lagi orang kerja kerajaan dapat tunggakan gaji dan kenaikan gaji 13 persen. Tak payah tunggu 4 tahun, dapat duit saja, orang ni lesap.

Guna nama umrah konon untuk pancing pelabur. Yer ler, orang kita dengar umrah akan rasa macam percaya sikit. Padahal dia tak tahu, yang menipu tu akan guna apa saja cara untuk kaut untung.