Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Saturday, 24 March 2012


Pengguguran Anak Di Singapura

kalau u all sanggup tengok....rasa nak menitis air mata...

> > Sedih apabila mengenangkan nasib orang Islam di Singapura.
> >Pengguguran anak di Singapura.........Just to share reality
> >dunia skrg.
> >Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri
> >dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang
> >panjang,
> >kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini.
> >Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada
> >semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas
> >apa jua sebab dan alasan...Setengahnya masih merah darah dan sebahagian
> >lagi
> >telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap
> >dalam rumah mayat.
> >Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur
> >tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad
> >pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan
> >bersama
> >16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir
> >merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan,
> >disembahyangkan(gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang
> >kubur di
> >Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.Kami & krew TV3 sempat menyaksikan
> >suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman
baru-baru
> >ini.Namun
> >tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak atasan atas pelbagai
> >alasan....
> >Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai
> >Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat.
> >Hospital Wanita
> >dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan
> >Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut
> >oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di
> >hospital- hospital tersebut.

Sumber maklumat yang sah...saya hanya ingin berkongsi dengan semua.

Baling Helmet

 

Pihak polis mengakui anggotanya yang terlibat dalam insiden membaling topi keledar ke jalan raya sehingga menyebabkannya penunggang motosikal terjatuh dan cedera serius di George Town telah melanggar prosedur operasi standard (SOP).

"Kita mendapat pengaduan bahwa ada kumpulan mat rempit yang mengganggu masyarakat. Jadi polis pun respons, dua orang (anggota) sahaja yang sampai.

"Jadi budak yang bertugas itu saja tidak mengikut SOP," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media di Bukit Aman semalam.

Beliau bagaimanapun berkata ia kes yang jarang berlaku dan polis menyedari perbuatan itu dan sudah membetulkannya.

Malah, katanya pendamaian dengan penduduk setempat sudah dibuat setelah mengadakan rundingan dengan mereka.

Seorang wanita Zaleha Mohd pada 16 Mac lalu memohon polis mempercepatkan siasatan terhadap anggotanya yang didakwa melempar topi keledar ke jalan raya sehingga menyebabkan cucunya jatuh daripada motosikal di Jalan Teluk Bahang pada 4 Mac lepas.

Cucunya Mohd Afiq Rozaimi, 18, antara 15 remaja yang menunggang motosikal secara berkumpulan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang apabila anggota polis berkenaan melempar topi keledar.

Ekoran kejadian itu, lebih 100 orang penduduk kampung melontar batu ke arah Balai Polis Teluk Bahang kerana berang dengan tindakan itu sehingga perjumpaan dengan penduduk terpaksa diadakan. Seorang anggota polis berpangkat lans koperal juga ditukarkan ke unit lain sementara menunggu siasatan. -M'kini

Admin: Kepada remaja dan pendudukan kampong yang bencikan pihak Polis harap bersabar sikit lagi iaitu setelah anda semua memberi mandat kepada Pakatan Rakyat yang akan meneraju pemerintahan kerajaan Malaysia. Kita tengok siapa yang kena pulak selepas itu.

Meh sini aku bagitau



kalau kamu tak tau kisah disebalik gambar ni dan hukum yg berkait dengannya, tolong diam atau kamu akan menanggung dosa memfitnah yg amat besar. 

Aku nak jawab fitnah puak UMNO pasal gambar ni sbb aku tau kisah gambar ni. 

Yg membaca doa tersebut ialah Cikgu Ishak Surin, YDP PAS Kawasan Batu. Dia membaca doa utk menyelamatkan kawasan2 warisan sejarah di KL termasuklah Kampung Baru, Jalan Sultan dan memana sahaja drpd dijarah oleh mereka yg rakus yg berlindung di sebalik nama "pembangunan" bersempena dengan himpunan para aktivis "Selamatkan Kawasan Warisan". Sewaktu dia membaca doa, yg mengaminkan ialah org2 Islam yg turut hadir ketika dan tok2 sami serta paderi kristian yg turut ada kat situ just menunjukkan isyarat doa mereka juga sebagai tanda menyetujui doa yg dibacakan oleh Cikgu Ishak. Sebelum itu, semua pihak yg datang dan terlibat dari pelbagai kaum termasuklah paderi kristian dan sami buddha itu turut membaca doa mengikut kepercayaan masing2 yg mana kandungannya adalah sama - untuk menyelamatkan kawasan warisan tersebut, dan doa2 depa turut dihormati oleh delegasi PAS sebagai tanda muhibbah. Kita tak aminkan doa si kafir tau. 

Perlu aku jelaskan bahawa tempat ini BUKAN TOKONG. Ini adalah satu kawasan tertutup yg dijadikan sebagai Pusat Kegiatan Aktiviti masyarakat setempat yg turut bertindak kini sebagai hub bagi Gerakan Menyelamatkan Kawasan Warisan Kuala Lumpur. Aku pernah post pasal ni bulan lepas. Memandangkan tempat itu terletak di kawasan warisan cina di Jalan Sultan, maka sememangnya ada tanglung2 yg diletakkan di kawasan tersebut. Para sami buddha pakai baju sami sebab memang itu je pakaian depa yg depa akan pakai. Depa takkan pakai baju lain. So, senario gambar tu menunjukan seolah2 benda tu dalam tokong padahal HAKIKATNYA BUKAN! 

Macam mana aku tau detail kisah ni? Sepatutnya aku turut hadir sama dalam program tersebut, dan begitu juga sahabat2 aku dalam Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu. Untuk pengetahuan, Cikgu Ishak adalah YDP aku. 

Sebagai tambahan, Cikgu Ishak semasa kuliah haraki Dewan Pemuda PAS Batu tak berapa lama selepas itu pernah membangkitkan hal ni selaku soalan kepada Ustaz Idris Ahmad apa hukumnya dia baca doa kat situ dan dikelilingi oleh sami dan paderi. Ustaz Idris menghujahkan ianya adalah harus dan tidak menjadi kesalahan dari segi syarak sebab kita doa benda yg universal, yg melibatkan kemaslahatan masyarakat keseluruhannya dan bukan mendoakan kebaikan sami atau paderi tersebut secara detail. 

Sekadar satu perkongsian, sedangkan hukum bersolat dalam gereja pun hanya makruh, apatah lagi berdoa di dalam rumah ibadat agama lain tanpa perbuatan menyembah. Daripada Abu Said Al-Khudry beliau berkata, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Bumi itu keseluruhannya adalah MASJID , KECUALI kawasan bilik air / tandas dan kawasan perkuburan“ (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal rh – didalam musnadnya : Baqi Musnad Al-Muktsirin : 11, 483). Banyakkan belajar lagi pasal fiqh ye budak2. 

so secara asasnya, aku tekankan supaya berhati2 dalam menaakul sebarang gambar sebegini sebab takut korg akan tertabur fitnah yg tak sepatutnya. 

BERHENTI MENABUR FITNAH! 

Sumber

Kenal dop serangga ni?


Orang panggil Charlie... 
Ikut sains orang panggil kumbang rove...
Orang kampung panggil Semut Kayap....
Budak ngaji Elektrik di Universiti panggil Perintang...
Tapi ambe panggil "si comel"...

Comel sebab bisanya 12 kali lebih kuat dari bisa King Cobra FACT#

Nasihat Berguna :
1. Kalau dah dihinggap pada badan, jangan dipukul nanti bisanya kena pada badan, jadi kena TIUP~~~
2. Kalau belum kena lagi pada badan, ambil racun serangga dan sembur sahaja...
3. Kalau dah banyak sangat kat asrama, cepat2 bagitau warden sebab benda ni BAHAYA! :D so, kena pindah asrama @ cuti.. Hehehhe

Setan Pun Semakin Tertawa Terbahak-Bahak!

Inilah salah satu wujud penipuan terbesar abad ini yang bersembunyi di balik nama 'syariah'. Promo syariah hari ini masih boleh pakai "skirt", esok pula jangan hairan ada yang "berbogel" dengan nama 'syariah'. Rujuk ekonom Islam semasa, semua senang 'boleh jadi syariah' dengan menggunakan kaedah-kaedah agama untuk justifikasi kepincangan. Kapal zaman yang semakin sengaja ditenggelamkan oleh orang yang 'konon' pakar di dalamnya.





Friday, 23 March 2012

MENARA KHUBAH YANG TELAH SIAP DIPASANG - SKJ

23 Mac 2012 Jumaat jam 9.30 pagi.












Pembayaran tunai terus dilakukan... Terima Kasih. "Bila undi PRU13 mesti pangkah Pas". Gua caya sama lu lah...







Tanda perasmian, akan berdiri teguh atas panji Islam.






Alhamdulillah... tunggu pasang khubah dan pembesar suara sahaja lagi.

KAFA AFNAN DI SKJ

Contoh Kontena yang dikehendaki oleh SKJ pada pandangan belakang bagi kegunaan kelas Pasti dan Kafa. Disebabkan penambahan pelajar Pasti dan Kafa di SKJ, pihak SKJ sangat-sangat memerlukan sekurang-kurangnya 2 buah kontena untuk penambahan kelas pembelajaran mereka. Jika dibangunkan bangunan, kosnya terlalu tinggi dan proses pembuatannya lambat untuk disiapkan. Sedangkan keperluan kelas sekarang ini sudah menjadi "urgent". Sebab itulah pihak SKJ mengharapkan sebarang sumbangan kewangan mahupun kontena dapat disegerakan bagi kelancaran pembelajaran anak-anak Pasti dan Kafa di SKJ.

Gambar dirakam pada 23 Mac 2012 Jumaat ketika pelajar-pelajar Kafa Afnan mengadakan solat sunat dhuha yang diperhatikan oleh Ustaz dan Ustazah.  Pelajar-pelajar sentiasa diajar cara solat yang betul contoh solat asar walaupun ketika ini waktu dhuha tetapi Ustaz dan Ustazah memandang berat agar semua pelajar-pelajar ini faham dan mengamalkannya secara betul. Perkara ini terpaksa dilakukan kerana ibubapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja dan waktu malamnya di surau tidak dapat memberi ruang kepda anak-anak untuk menunjukkan kekurangan yang masih ada pada anak-anak ini. 






Alhamdulillah ini adalah anak-anak kita, generasi yang akan bangkit sebagai khalifah di atas muka bumi.