Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday, 27 November 2011

KENAPA PEJABAT AGAMA TIDAK BERTINDAK?

 Kenapa dibiarkan kubur yang 1 ini tidak di alihkan? Ini adalah laluan jalan kaki kepada jemaah yang hendak ke masjid, penghentian bas atau ke pasaraya cola sekiranya dari arah Dewan Seri Amar. Kelihatan batu nisan masih kukuh lagi.

Terletak di luar kawasan perkuburan yang berpagar, Jalan Abd Rahman. Bertindaklah wahai pejabat agama. Perkara ini amat menyedihkan bagi umat Islam di kawasan sekitarnya.

kubur ini berhadapan dengan mini market 2N.

Bersebelahan kedai gunting rambut.

Bersebelahan dengan pasaraya Cola.

Friday, 25 November 2011

KEM JATI DIRI REMAJA

 

ANJURAN
NGO CAKNA ANAK YATIM KEMAMAN

DIURUS TADBIR
ANEEQ COMMUNICATION

TARIKH
28 NOV – 30 NOV 2011
3  HARI 2 MALAM

TEMPAT
CHERATING BAT RESORT

PENGISIAN
RIADAH, MOTIVASI, LDK, PENDEDAHAN PERMASALAHAN REMAJA, KULIAH AGAMA, QIAMULLAI DAN PERMANTAPAN SOLAT

SLOT ISTIMEWA
CERAMAH KERJA DAN KEMAHIRAN BELAJAR (BASIC OF PUBLIC SPEAKING)

YURAN
RM250 SEORANG

KELAYAKAN PENYERTAAN
TERBUKA KEPADA PELAJAR BERUMUR 12 TAHUN HINGGA 16 TAHUN

PENDAFTARAN
3 PETANG – 28 NOVEMBER 2011 ISNIN

UNTUK TEMPAHAN HUBUNGI / SMS
CIKGU ASHRI TALIB 017-927 5010
USTAZ ZULKIFLI AHMAD  019-903 7683
UNCLE ATIP ABD KADIR  013-933 8890

TUNAI KEWAJIPAN, TETAPI SETAKAT 70 ORANG JE !


TUMPAT: Kira-kira 70 penduduk Kampung Simpangan Hilir, Pengkalan Kubor, dekat sini, terpaksa menaiki bot dan sampan untuk menunaikan solat Jumaat selepas kampung mereka ditenggelami banjir.
Tinjauan Harian Metro di kampung itu, semalam mendapati, penduduk terpaksa menaiki bot berenjin dan mendayung sampan secara bergilir-gilir dan terpaksa turun di pintu masjid selepas pekarangan masjid ditenggelami air sedalam kira-kira tiga meter.

Imam Masjid Mukim Simpangan Hilir, Ismail Awang Mat, 61, berkata, sudah menjadi tradisi penduduk kampung itu menggunakan bot dan sampan sebagai pengangkutan bagi menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid pada musim banjir.

Katanya, penduduk tetap menunaikan tanggungjawab masing-masing walaupun terpaksa bersusah payah ke masjid “Setiap tahun penduduk akan menghadapi banjir, malah menaiki bot atau sampan ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat atau solat berjemaah sudah menjadi tradisi sejak masjid ini di bina pada 1991.

“Kita bernasib baik air tidak pernah melimpah ke dalam masjid dan penduduk masih dapat menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah seperti biasa,” katanya.


Penduduk, Mat Razi Mat Ail, 50, berkata, 10 bot berenjin termasuk beberapa sampan milik orang kampung dijadikan pengangkutan menghantar penduduk ke masjid kira-kira 800 meter dari jalan besar.

Katanya, penduduk menggunakan pengangkutan itu secara bergilir-gilir kerana sebuah bot atau sampan hanya mampu memuatkan antara lima hingga enam orang penduduk kampung.

Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Pengakalan Kubor, Ahmad Mazdan Jusoh, ketika dihubungi berkata, 10 penduduk membabitkan dua keluarga di kampung berkenaan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor 2.

Katanya, operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir di kampung itu turut dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

“Jumlah mangsa banjir di kampung itu dijangka bertambah berikutan paras air Sungai Golok semakin meningkat dan kita sudah bersedia melakukan kerja menyelamat,” katanya.


HADIAH HARI LAHIR



Lelaki 40-an dan isteri 40-an hidup bahagia sebagai suami isteri. Beberapa hari lepas, suami sambut harijadinya. Macam biasa, setiap tahun, isteri nak belikan hadiah, yang bukan kata mahal, tapi kira yang disukai suamilah. Biasanya, isteri akan tanya suami.

Tahun lepas, isteri tanya suami, nak hadiah apa, maka suami jawab dengan malu-malu kucingnya nak handphone Samsung yang mahal juga. Maka isteri bawaklah suami sama-sama pergi ke kedai dan ditengoknya Samsung pujaan suaminya itu dan dibelinya.

Tahun ini, suami tunggu masa saja isteri dia tanya dia. Maka dengan beraninya, dia jawab, dia nak hadiah "isteri baru" seorang lagi. Maka isteri terus rasa nak pengsan dan hampir nak histeria. Tapi mengenangkan hari itu hari lahir suami, maka isteri buat-buat sabar saja walaupun gelora itu sudah tak tertahan dah.

Wednesday, 23 November 2011

SUMBANGAN e-KASIH

Tuan Haji Hanafiah bersama peminpin kelab penyokong Pas memberi sumbangan e-kasih kepada penduduk yang berbangsa Cina dan India di kawasan sekitar bandar Chukai.







RIBUT DI GELIGA KEMAMAN


KEMAMAN - Seurang-kurangnya sepuluh buah rumah di Kampung Geliga Pantai dekat  sini  rosak teruk dipukul ribut yang melanda kira-kira jam 4 petang Rabu 23 November.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Geliga Ariffin Yusof, kejadian 'ribut kilat' yang berlaku 10 minit tersebut telah menerbangkan atap rumah penduduk terbabit.

"Lebih kurang 10 buah rumah yang rosak, ribut melanda dengan pantas, tak sampai 10 minit kira-kira pada jam 4 petang,"ujarnya ketika ditemui


Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat yang ;bersegera' melawat tempat kejadian meminta semua penduduk yang ditimpa bencana tersebut agar bersabar.

"Saya minta semua yang dilanda tragedi ini supaya bersabar,"ujarnya.

Beliau turut menggesa pihak bertanggungjawab supaya mengambil perjalanan segera membantu mereka.

Menurutnya, kerugian dianggarkan lebih RM100,000 dan pihaknya akan memberi bantuan segera bagi mengurangkan beban kehidupan mangsa-mangsa terbabit,malam ini Hanafiah menyediakan sebanyak 60 nasi bungkus.