Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Tuesday, 18 December 2012

KENAPA TAK ROGOL SAYA???

(Kisah benar ini berlaku di US. )


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus. 

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan 
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. 

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan 
berseorangan. 

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu. 

Masa dia melepasi tempat lelaki itu 
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke 
rumahnya. 

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu. 

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. 

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu, 
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol 
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain). 

Dia pun tanya perogol itu.. 

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?” 
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa 
tu?) 

Perogol tu jawab: 

“No, you are not alone. That night I saw 
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.” 
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan 
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..) 

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat 
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu. 

p/s : MORAL CERITA INI??? 

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi 
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan 
diriNya. 

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." 
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] 

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku... 
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat... 
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA…. 

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari 
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Monday, 17 December 2012


Celoteh untuk Pemudaku

Untukku dan mereka yang bergelar pemuda,

Aku, engkau dan kami adalah aset yang berguna untuk masyarakat, kitalah pemimpin di masa hadapan. Kitalah generasi pengubah dan pendidik masyarakat. Penuhilah diri kamu dengan ilmu dan akhlak, untuk bekalanmu dalam memimpin generasi masa depan. Maka aku ingin menasihati diriku dan mereka yang sewaktu denganku,

1.Taatilah Allah dan RasulNya dan jauhilah apa yang dilarangnya.

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : " سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله ، إمام عادل وشاب نشأ في عبادة الله ، ورجل قلبه معلق بالمساجد ، ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه ، ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال إني أخاف الله . ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه ، ورجل ذكر الله خالياً ففاضت عيناه " متفق عليه

Dari Abu Hurairah r.a. , Nabi SAW bersabda " Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindungannya sahaja iaitu :-
Pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki iti menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri munajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya.  [Muttafaqun Alaih]

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " ان الله يعجب من شاب ليست له صبوة " . رواه أحمد ( 17371) وأبويعلى ( 
1749)
Sabda Rasul Allah SAW yang bermaksud  “Sesungguhnya Allah sangat-sangat kagum kepada pemuda/remaja (termasuk pemudi) yang tidak ada (mengalami) keruntuhan akhlak/moral pada dirinya”.(HR. Ahmad & Abu Ya’la).

2. Ambillah segala kesempatan di zaman mudamu ini dengan memenuhi setiap masa lapangmu dengan ilmu.
قال النبي صلى الله عليه وسلم .  : إغتنم خمسا قبل خمس :
(1) شبابك قبل هرمك .
(2) وصحتك قبل سقمك .
(3) وغناك قبل فقرك .
(4) وفراغك قبل شغلك .
(5) وحياتك قبل موتك
رواه الحاكم في المستدرك،341،4، من حديث إبن عباس رضي الله عنهما.

Sabda Rasulullah yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa mudamu sebelum datang masa tuamu. Kedua : masa sihatmu sebelum sakitmu. Ketiga : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin)mu. Keempat : masa lapang sebelum tiba masa sibukmu.   dan kelima masa hidupmu sebelum tiba masa matimu." (riwayat al-Hakim dalam Mustadraknya). Hadis Ibnu Abbas r.anh.

3. Jagalah kehormatan dirimu dan jauhilah zina.

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ البَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرجِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِيعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ، فَإِنَّهُ لَهُ وَجَاءٌ». رواه البخاري ومسلم .

"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu baginyabenteng nafsu" .(Hadith riwayat Muslim).

Pemuda dan Dakwah Islam.

قال صلى الله عليه وسلم " أوصيكم بالشباب خيراً. فإنهم أرق أفئدة.. لقد بعثني الله بالحنيفية السمحة.. فحالفني الشباب وخالفني الشيوخ ". رواه البخاري
Rasul Allah saw. bersabda : " Aku berpesan kepadamu supaya berbuat baik kepada golongan pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutusku membawa agama Hanif ini, lalu para pemuda bergabung denganku dan orang2 tua menentangku" [Riwayat Bukhari].

Rasul Allah SAW berumur 40 tahun ketika wahyu diturunkan, dan ketika itu umurnya mencapai kesempurnaan pemuda. Begitu juga khulafa yang empat, dan Ali merupakan pemuda yang paling muda antara mereka. Dan disusuli oleh baki 6 pemuda lain yang dijanjikan syurga. Dan baki sahabat2 baginda yang lain.

Duhai pemudaku,

Mereka ini ialah generasi pertama dalam penyebaran dakwah Islam. Kalian semua mengetahui dari buku2 sejarah, bahawa dua empayar besar, Rom dan Parsi jatuh menyembah bumi, tunduk pada keadilan Islam di tangan mereka.Begitu juga dengan Syam, Mesir, Tripoli, Damsyik dan Maghribi, semuanya tunduk di bawah tangan pemuda Islam. Dan dakwah ini tersebar hampir 2/3 dunia meliputi Sepanyol yang terletak di Barat Eropah, sebahagian besar India, Turkistan dan sempadan China di Timur sehingga seorang Khalifah Abbasiyah, Harun Al-Rasyid berkata kepada awan " Turunlah di mana sahaja kamu mahu, sesungguhnya hasil keluaranmu akan kembali kepada kami ".

Semua ini tidak akan tercapai kecuali dengan keazaman, pengorbanan, jihad dan keinginan untuk syahid para pemuda hasil didikan Rasul SAW.

Ya Allah, sediakan bagi umat ini, para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang yang terdahulu dari kami. Orang-orang yang menjaga ilmu-ilmu warisan Nabi kami, mengembalikan daulah Kami, kemuliaan dan keagungan ummat Kami.

Kita dan pemuda.

Hari ini masjid kita tidak mesra pemuda. Masjid kita meminggirkan orang muda, bahkan kanak2. Masjid kita barangkali hanya untuk orang-orang tua atau dalam ertikata lain " daun yang bakal layu esok hari "

Kita tinggalkan anak2 kita di belakang saf dengan dunia mereka sewaktu kita berjumpa Allah. Malah yang lebih teruk, ada "lebai "  yang tinggalkan anaknya di rumah. Si ayah alim dan hebat di masjid, tetapi dalam waktu yang sama lupa pada anaknya di rumah. 

Adakah agama dan masjid itu untuk orang tua?

Kita sering bicara hal-hal lain, tetapi jarang sekali kita bicara tentang masalah pemuda, tentang keruntuhan akhlak di kalangan pemuda kita. Usahkan berdiskusi tentang masalah pemuda, kita biarkan mereka hanyut dengan dunia mereka dan kita dengan dunia kita sehingga wujud perbezaan ketara antara golongan tua dan muda.

Ada ayah yang menegur anak-anak mereka, tapi mereka ego dengan umur dan pengalaman mereka. Remaja yang menegur golongan tua dikatakan kurang ajar. Golongan muda dan tua tiada bezanya, kecuali umur mereka sahaja. Remaja berbuat maksiat dapat dosa, dan golongan tua berbuat maksiat juga dapat dosa. Tapi benarkah kita, golongan tua mampu ditegur oleh golongan muda, dan mampu menerima saranan dan cadangan dari orang muda?. Anda boleh lihat sendiri kehadiran pemuda kita di masjid, di kuliah2 ilmu dan sebagainya.

Mari berkawan dengan pemuda kalian. Mari kita bina generasi pewaris dari pemuda kita.

Akhir kata, aku ingin tanya " ayah2" dan " golongan tua" yang membaca postku ini.

-Sejauh mana penglibatan anak2 kalian dalam hidup kalian?
-Berapa kerapkah kalian membincangkan tentang masalah pemuda, berkongsi masalah dan pandangan dengan anak2 remaja kalian?


 Untuk pemuda, mari kita jadi pemuda tua yang tua dari segi ilmu dan pengalamannya menandingi manusia seusia dengannya. Rajin2kan bersama dengan orang2 tua yang berilmu, untuk kita dapatkan pengalaman mereka dan ilmu mereka.

~Bersama kita bina generasi pewaris~

http://rajawalibiru.wordpress.com/2009/07/24/pemuda-islam-dan-sejarah/

Sunday, 16 December 2012


 BERKATILAH UMUR DENGAN 4 PERKARA
Seandainya kita diberi umur untuk hidup oleh Allah hingga 50 tahun apakah yang akan kita lakukan untuk memanfaatkan umur tersebut? Andaikan umur kita saat ini sudah 45 tahun, maka baki umur yang tersisa ada 5 tahun lagi, jika hari ini kita telah pun berumur 49 tahun, bererti sisa umur kita ada 1 tahun lagi. 1 tahun itu adalah waktu yang sangat singkat, tidak terasa detik demi detik, malah minggu demi minggu lalu setahun itu telah pun berlalu, tidak terasa ajal sudah di depan mata, jadi bagaimanakah persiapan kita menjelang kehidupan hakiki yang penuh berkat?
Oleh yang demikian, Rasulullah SAW telah meninggalkan satu pesanan yang amat berharga buat kita semua sebagai umatnya. Baginda telah bersabda: “Memberi sedekah, menyuruh pada kebaikan, berbakti kepada ibu bapa dan silaturahim dapat mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan, menambah berkat umur dan menolak kejahatan.” (Hadis riwayat Abu Naim).
Dengan ini, empat perkara di atas sangat perlu dititikberatkan oleh kita semua sebagai umat Islam dalam meraih keberkatan hidup dan keredhaan Allah demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Maka seharusnya kita jadikan elemen tersebut sebagai “the way of life”.

Wednesday, 12 December 2012

Tuesday, January 22, 2008


MUHASABAH DIRI

Rasulullah s.a.w telah mendedahkan satu hakikat yang wujud dalam perjuangan dakwah supaya umat Islam dapat mengambil sikap yang bijaksana, di mana Baginda mendedahkan bahawa terdapat manusia yang bergelumang dengan maksiat, berjiwa munafiq dan tidak beriman turut serta berjuang menegakkan syiar Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Sesungguhnya Allah menguatkan agama dengan lelaki yang fajir (jahat)".(Riwayat Bukhari)

'Fajir' di sini bermaksud orang yang bergelumang dengan maksiat-maksiat dan perbuatan-perbuatan yang haram.

Sesetengah pandangan Ulama' Islam mengatakan orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya sedangkan orang lain mendapat faedah dan beramal dengan ilmu yang diajar olehnya dikira dalam golongan 'fajir'. Golongan pemerintah yang zalim juga dikira golongan manusia yang fajir.

Di dalam sejarah perjuangan Islam sejak zaman dahulu hingga sekarang terdapat banyak contoh-contoh yang menunjukkan betapa manusia yang bersifat'fajir' ini dapat mengaburi pandangan orang Islam dengan perjuangan mereka yang gigih unuk menegakkan Islam. Mereka ini sering melaungkan kata-kata berbentuk perjuangan tetapi sebaliknya lain pula tindakan yang dilakukan.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Kebanyakan para syahid umatku adalah orang yang mencari nama. Dan betapa banyak yang terbunuh antara dua barisan, Allah sahajalah yang mengetahui dengan niat masing-masing".(Riwayat Muslim)

Jadi, seharusnya niat seseorang pejuang itu hendaklah berhati-hati dari sifat 'fajir' dan juga bersifat riya' yang membolehkan segala amalan terhapus dan terlepas dari ciuman bau syurga.

Wassalam...

Thursday, 6 December 2012

ADAB BERSEMBANG


Sesungguhnya Islam agama yang indah. Setiap perkara mempunyai adab dan aturannya yang tersendiri. Semuanya diajarkan Nabi SAW sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti masuk dan keluar tandas.
Pernah terjadi beberapa orang Musyrikin mengejek Salman al-Farisyi r.a., kata mereka,
"Nabi kamu mengajarkan semua benda sehingga perkara berkaitan istinjak. Kata Salman, "Memang benar! Nabi kami menegah daripada membuang air besar atau kecil dalam keadaan menghadap kiblat, beristinjak menggunakan tangan kanan, beristinjak kurang daripada tiga biji batu." (Hadis Riwayat Muslim)
Antara adab yang selalu dipandang ringan oleh umat Islam adalah adab bersembang. Apakah perbualan atau cara kita bersembang setiap hari menepati tuntutan Islam?
1. Suara yang rendah dan lembut.
Menurut Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah, meninggikan suara terhadap seseorang itu menunjukkan kurangnya hormat kita kepada mereka. Seeloknya kita bercakap dengan kadar yang sederhana, sebagaimana yang kita inginkan apabila mendengar daripada seseorang.
Adab ini perlu diamalkan sama ada ketika bersama sahabat mahupun musuh, orang yang dikenali mahupun tidak, orang kecil mahupun dewasa. Lebih- lebih lagi ketika bersama kedua-dua orang tua dan orang yang setaraf dengan mereka.
Menurut Abdullah bin Zubair r.a., selepas turunnya ayat ke-2 surah al-Hujurat iaitu "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi".  Sayidina Umar r.a. terus berubah sikapnya. Sekiranya bercakap dengan Nabi, dia akan bercakap seperti orang berbisik-bisik sehingga terpaksa disuruh ulang beberapa kali kerana tidak dapat difahami .
Imam Zahabi menyebut, "Jikalau orang tidak mengenali siapa Muhammad bin Sirin (ulama Tabi'in), mereka akan menyangka dia seorang yang sakit kerana terlalu rendah suaranya apabila bercakap dengan ibunya." Lihatlah, betapa beradabnya golongan salaf dalam berkata-kata.

2. Tidak menunjuk pandai.
Antara adab bersembang juga, kita tidak memalukan sahabat kita dengan menzahirkan kepada mereka apa yang kita ketahui sedangkan mereka tidak memahaminya. Sabda nabi SAW,
"Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka."
(Hadis Riwayat Muslim)
Contohnya jikalau kita seorang pakar ekonomi dan berhadapan dengan seorang petani kampung, elakkan bercakap tentang kerja kita yang jauh di luar bidang mereka serta sukar difahami dengan mudah. Sebaik-baiknya, tunjukkanlah perhatian kepada mereka dan lebihkan mendengar daripada berkata-kata.
Seorang Tabi'in yang terkenal iaitu Imam Ata' bin Abi Rabah berkata, "Seorang pemuda menceritakan kepadaku sebuah kisah. Aku mendengarnya dengan teliti seolah-olah aku tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Sebenarnya aku telah mendengar kisahnya itu sebelum dia dilahirkan lagi."
Khalid bin Safwan berkata, "Jikalau seseorang bercerita dan aku telah mendengarnya sebelum ini, atau perkara itu telah kuketahui, aku tidak akan menyampuknya. Aku bimbang dia akan menyedari yang aku telah mengetahuinya."
Begitulah cara ulama-ulama menjaga pergaulan mereka. Mereka tidak meringan-ringankan kata-kata seseorang walaupun perkara tersebut sudah diketahui.
3. Biarkan mereka menghabiskan ucapan.
Sekiranya kita musykil tentang sesuatu yang diperkatakan, hendaklah bersabar sehingga seseorang menghabiskan ucapannya. Kemudian, soallah dengan adab dan berhemah. Jangan memotong di tengah-tengah percakapan. Ia akan menghilangkan adab serta menimbulkan rasa tidak senang orang yang sedang bercakap. Melainkan ketika dalam kelas pengajian, kita boleh bertanya dan berbincang sekiranya guru mengizinkan.
Menurut Ibrahim bin al-Junaid, "Belajarlah cara mendengar yang baik sepertimana kamu belajar cara bercakap yang baik. Antara ciri pendengar yang baik juga adalah membiarkan seseorang menghabiskan kata-katanya, bercakap menghadap tubuhnya dan bertentangan wajahnya serta tidak menyampuk sekiranya dia membicarakan sesuatu yang sudah kamu ketahui."

Nabi SAW apabila diseru seseorang, Baginda tidak sekadar memalingkan muka bahkan menghadapkan seluruh tubuhnya kepada orang tersebut. Inilah bukti keindahan pekerti Rasulullah SAW.
Sama-samalah kita mengamalkan adab yang indah ini. Walaupun nampak ringan dan kecil, pasti ada kelebihan pada setiap amalan yang dianjurkan ulama-ulama Islam. Kata pepatah Arab, "Jangan kamu memandang ringan benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu terhasil daripada debu-debu yang halus."
Rujukan: Kitab Min Adabil Islam, Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah
Nota : Artikel ini pernah dimuatkan dalam majalah Anis beberapa bulan yang lalu.

Biodata Penulis

Abdul Wahab Md Ali merupakan seorang editor syariah Majalah QA dan salah seorang kolumnis Majalah Anis.

Monday, 3 December 2012

MARHALAH SEBUAH PERJUANGAN


Mengambil keputusan menyusuri jalan dakwah penuh cabaran, bukan suatu keputusan yang datang dalam keadaan senda gurau untuk bermain-main dan mencuba-cuba. Kewajipan dakwah adalah satu hakikat dalam kehidupan seorang muslim, untuk mengislahkan manusia, dan juga menyeru manusia untuk kembali kepada Allah.
Sepertimana iman, dakwah seorang daei juga berada dalam marhalah (tingkatan) tertentu. Setiap daei mungkin menjalani marhalah-marhalah dakwah ini dalam kehidupannya, bergerak dari satu peringkat dakwah ke peringkat yang lebih tinggi. Senantiasa sang dae'I membaiki diri, metod dan pendekatan dakwahnya. Marhalah dakwah ini boleh kita ibaratkan seperti langkah-langkah kehidupan seorang bayi yang menjalani tumbesaran hidup dengan ceria dan kesungguhan.
Meniarap : Kecil-Kecilan
Mungkin seorang pendakwah itu bermula dengan dakwah secara kecil-kecilan. Menegur ala kadar apa yang tidak enak dimatanya. Mula menegur orang-orang yang dirasakan lebih lemah darinya seperti adik-adiknya sendiri, isterinya atau orang yang berada dibawahnya. Melalui teguran-teguran itulah, dia membina keyakinan untuk menapaki usaha dakwah ke peringkat lain.
Ibarat bayi yang baru mengenal dunia, begitulah dae'i yang baru mengerti kehidupan seorang pendakwah. Bermula dengan rendah diri, dengan wajah sentiasa tertiarap ke bawah. Masih berkira-kira layakkah aku menggalas beban ini sedangkan beban dosa menggunung tinggi. Meniarap sang daei adalah tanda kerendahan hati, namun meniarapnya dia bukan tanda kekalahan bahkan sebuah permualaan kepada sebuah kebangkitan.
Duduk : Meredah Medan Maya
Ada juga dari kita yang mula dengan berdakwah di medan maya. Lebih gemar menggunakan identiti –identiti 'anonymous' supaya tidak dikenali, maka kita mula menghasilkan artikel-artikel yang menyeru kepada kebaikan. Kita juga kerap menghantar bahan-bahan berfaedah melalui Email, Facebook, YM dan sebagainya.
Pernah sekali, masih teringat seorang sahabat yang setiap hari menghantar sepotong hadith atau ayat al-quran di YM, kalau tidak pun pesanan-pesanan lain. Jika berkesempatan saya membacanya, jika serabut cepat-cepat saya memadamkannya dan akan membacanya pada masa terluang.
Namun, begitulah usaha dakwah kita. Tidak susah sebenarnya untuk melakukan dakwah dalam bentuk ini. Tambahan pula fenomena Facebook dan YM sangat dekat di hati masyarakat dan anak muda. Maka kesempatan itu harus diambil sewajarnya. Duduk sahaja di hadapan laptop dan komputer, kerjanya memang mudah sekali. Namun tumbesaran sebagai dae'i tidak terhenti di sebalik kemudahan itu. Duduk seorang daei' memikirkan idea dan strategi, duduknya seorang daie, cuba menghurai masalah ummah. Duduknya cermat dengan akhlak dan budi.
Merangkak : ABC
Kemudian, ada juga dari kita yang sudah bersedia untuk bergerak ke peringkat yang lebih tinggi setelah lama selesa menguasai lapangan dakwah maya. Maka kita bergerak dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang menyeru kepada kebaikan. Kita menggiatkan tamrin, program kerohanian, kem ibadah dan memperkasakan usrah. Usaha penganjuran aktiviti ini pastilah lebih susah kerana sudah pasti pelbagai cabaran perlu ditempuhi. Menganjurkan satu program bukanlah semudah ABC, namun memerlukan Azam, Bekalan (ilmu) dan Cekal dalam mengharungi setiap ujian yang mendatang. Ianya perlu jua kepada semangat yang sentiasa berkobar-kobar dalam sesuatu penganjuran yang ada. Barulah ianya sentiasa 'hidup' walaupun beribu rintangan yang menghalang.
Merangkak mungkin mengambil masa untuk sampai ke destinasinya, namun, di saat itulah kita mula melatih kesabaran diri, bekalan untuk menempuh sebuah perjuangan yang masih jauh. Merangkak menuju kepada sebuah cita-cita yang panjang, walau payah akan terus gagah.

Berdiri : Berorganisasi
Setelah itu, kita merasa sudah bersedia untuk bergerak ke medan yang lebih luas, maka kita mula bergiat aktif dalam medium-medium persatuan agar usaha dan kerja berorganisasi lebih teratur dalam mengembangkan dakwah. Bekerja secara organisasi memerlukan iltizam, toleransi dan semangat juang.
Namun, bekerja secara organisasi merupakan satu nikmat Allah yang tidak akan dirasai kecuali oleh mereka yang melaluinya. Melalu kerja-kerja organisasi kita mula mengasah bakat kepimpinan, kita mula lantang berbicara di hadapan audien, kita mula membawakan usrah dan memberi pengisian. Kita juga mula diberikan amanah berupa jawatan dan posisi, dan kita mula mentadbir organisasi. Kerja-kerja dakwah dan cabaran kian lama kian bertambah. Maka kesabaran dan kecekalan hati perlu lebih padu dan jitu dalam menghadapi mehnah-mehnah ini.
Tika berdiri, kita merasakan kita sudah tinggi, memandang ke bawah melihat orang lain masih duduk di bawah kita. Namun, sang dae'i perlu sentiasa berwaspada daripada sikap riya' dan meninggi diri, kerana itulah seburuk-buruk amal yang dilakukan oleh dae'i. Berdirinya seorang daei bukan kerana kemegahan, tetapi kerana keyakinan akan kemenangan sebuah perjuangan.
Berjalan : Turun Padang
Kemudian dakwah kita diteruskan dengan lapangan yang lebih mencabar. Kita mula turun ke medan dakwah sebenar bertemu dengan masyarakat. Kita mula berdakwah turun padang mendekati golongan-golongan yang perlu disentuh hatinya agar sentiasa menerima risalah Islam ini. Mulalah kita menerima hamburan dan caci maki golongan-golongan yang tidak sukakan dakwah kita. Saat kita mengetuk pintu rumah mereka, mereka mengunci dan melarikan diri. Saat kita cuba untuk memberikan sepatah dua perkataan yang baik, mereka mentulikan pendengaran. Namun, ramai juga yang terkesan dari usaha dakwah kita. Banyak masa dan pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mengembangkan dakwah ini.
Berjalan melaungkan dakwah ini bukan mudah, kadangkala perjalanan itu meletihkan kita, maka kita duduk sebentar berehat menghela nafas, setelah segar kembali, sang dae'i kembali meneruskan sebuah perjalanan dakwahnya.
Berlari : Ma'ruf vs Mungkar
Kemudian, jika keazaman kita untuk hidup dan berjuang menegakkan agama Allah di jalan dakwah ini, maka kita akan menapaki marhalah seterusnya. Elemen dakwah itu terbahagi kepada dua bahagian besar dan sama pentingnya, ' Menyeru kepada kebaikan' dan ' Mencegah kemungkaran'. Firman Allah dalam menghuraikan 'Amal Makruf' amat jarang dipisahkan dengan 'Nahi Mungkar'.Seharusnya, kedua-dua ini berjalan seiringan.
Jika kita imbas metodologi dakwah kita sebelum ini, kita akan menyedari bahawa usaha dakwah kita lebih banyak tertumpu kepada usaha-usaha menyeru kepada kebaikan. Kita lebih selesa mengambil jalan dakwah yang mengajak manusia kepada kebaikan kerana kita merasakan cukuplah itu bahagian dakwah yang kita jalankan. Sedikit sekali usaha kita dalam mencegah kemungkaran. Kerana apa, kerana saatnya kita mula melakukan usaha dakwah mencegah kemungkaran, maka saat itulah kita akan ditentang dan diuji dengan pelbagai cabaran.

Dakwah Rasulullah di Makkah juga menghadapi Marhalah yang sama. Masyarakat Jahiliyah tidak menghalang Rasulullah untuk menyebarkan kebaikan, namun mereka mula terasa terancam dan bertindak balas melalui penentangan saat Rasulullah mencegah mereka dari kemungkaran menyembah berhala dan pelakuan-pelakuan jahiliyah yang keji.
Sebagai seorang Islam, kita adalah seorang pendakwah bukan secara pilihan tetapi ianya adalah ketetapan. Saat syahadah dilafazkan, maka tugasan menyampaikan dakwah adalah amanah kita. Sahabat Abu Dzar yang hanya beberapa kali bertemu Rasulullah, saat telah memeluk Islam, beliau terus kembali kepada kaumnya dan berjaya mengislamkan penduduk kampungnya. Begitulah juga peranannya kita. Saat berlari pasti jatuh dan tersadung kaki, namun sang dae'i pasti bangun kembali dengan senyum terukir dibibir tanda sebuah ketabahan hati. Tidak mudah mengalah pada mehnah dan cabaran yang membaluti sebuah perjuangan ini.
Marhalah Tertinggi?
Sudah kita menelusuri marhalah-marhalah dakwah ini, dihambat pula persoalan apakah peringkat dakwah yang paling tinggi?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Sebaik-baik jihad adalah memperkatakan sesuatu yang benar dihadapan penguasa yang zalim " .
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Jihad dan dakwah yang disebutkan dalah hadith ini adalah tidak lain dan tidak bukan ialah 'jihad politik' sebab ini bertujuan untuk menjadikan system pemerintahan sebagai pemerintahan yang terbaik dan 'adil' ( Petikan Ustaz Sai'd Hawaa dalam buku Jundullah, Jihad Fi Sabilillah)
Walhal Nabi SAW ada menyebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Hakim dan disahihkan oleh adz-Dzahaby, begitu juga al-Albani di dalam Silsilah ash-Shahihah. nombor 374, kata Nabi;
"Penghulu orang yang mati syahid ada dua. Yang pertama ialah Saidina Hamzah bin Abdul Muthalib, dan yang kedua ialah seorang yang berdiri dan menegur di hadapan raja yang zalim, tiba-tiba dia dibunuh atas ucapannya itu."
"Penghulu orang yang mati syahid ada dua. Yang pertama ialah Saidina Hamzah bin Abdul Muthalib, dan yang kedua ialah seorang yang berdiri dan menegur di hadapan raja yang zalim, tiba-tiba dia dibunuh atas ucapannya itu."
Maka, begitulah peringkat dan marhalah perjuangan kita sebagai seorang daei. Biar di mana pun kita berada, pastikan kita sentiasa memberikan ynag terbaik, dan keazaman untuk menjadi lebih baik sentiasa mendorong hati kita untuk mengejar kebaikan.
Walau dimana pun bayi itu berada, saat jatuh dia pasti bangun kembali, saat tersungkur pasti dia berdiri dengan megah walau tangis menjurai air mata buat seketika. Namun pasti dicubanya lagi. Itulah kita, Itulah Babysteps Sebuah Perjuangan seorang dae'i.
Wallahu Anta A'lam

Biodata Penulis
Mohd Redhuan Abdul Muin merupakan seorang pelajar tahun akhir perubatan di Ireland. seorang bapa dan suami yang ingin membawa keluarga bersama menuju Jannatul Firdaus. Berkongsi karya di www.ataphijau.com

Saturday, 1 December 2012


Maksud Hadis ‘Redha Allah Sebagai Tuhan, Islam Sebagai Deen, Muhammad Sebagai Rasul’

redha Allah sebagai Tuhan
















Imam Muslim meriwayatkan satu hadis bermaksud :
‘Seorang akan merasai manisnya iman apabila ia redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai deen dan Muhammad sebagai Rasul.’ 
Dari segi bahasa, apabila disebut: ‘radhitu bisyyai’ (Saya redha dengan sesuatu) ertinya memadai, mencukupi dan tidak mencari bersama sesuatu itu yang lain darinya. 
Oleh itu makna hadis ialah:  ’Seseorang itu tidak mencari selain Allah Taala, tidak menjalani satu jalan melainkan jalan Islam, tidak melalui melainkan  perkara yang selaras dengan syariat Muhammad SAW.’ 
Sesiapa yang mempunyai sifat-sifat ini, dia akan merasa lazatnya iman dalam dirinya. Al-Qadhi Iyad berkata: ‘Makna hadis ialah benar imannya, dirinya menjadi tenang, sebati dalam dirinya kerana redhanya dengan perkara-perkara yang disebut menjadi dalil benar makrifatnya, dalam pandangan mata hatinya dan bersebati sifat itu dalam hatinya, kerana mereka yang redha dengan satu perkara, mudahlah baginya mendapatkan apa yang ia ingini. 
Demikianlah seorang mukmin, apabila iman masuk ke dalam hati, mudahlah baginya untuk taatkan Allah Taala dan merasai lazat dengannya.’ Syarah hadis Muslim oleh Imam Nawawi j 2 ms 193.

- oleh Ustaz Nik Nasri A.Malek.