Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Friday, 11 May 2012

Kes dah selesai

  

KEJAM...sebahagian rakaman video yang memaparkan kekejaman wanita memukul bayinya.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mendera dan memperlakukan bayi perempuannya seperti haiwan dan perbuatan itu dirakam sebelum dimuat naik ke laman web You Tube di Internet, semalam sebenarnya menerima hukuman setimpal.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, biarpun rakaman itu baru dimuat naik ke Internet, semalam, kejadian itu sebenarnya berlaku setahun lalu dan kes berkenaan juga sudah dianggap selesai. 
“Kes berkenaan dilaporkan pada 29 Mei tahun lalu dan tangkapan dibuat pada hari sama. Wanita terbabit iaitu ibu kepada bayi perempuan berusia 10 bulan itu juga dihadapkan ke mahkamah selepas disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Selepas dibicarakan, wanita berusia 20-an itu dihukum penjara 18 bulan atas kesalahannya dan dia kini menjalani hukuman,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurutnya, wanita terbabit warga Indonesia, namun memegang taraf penduduk tetap negara ini dan kejadian itu berlaku di rumah yang dihuni wanita terbabit di Petaling Jaya.

KERANA DIA SEORANG IBU


“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

P/s: Begitulah pengorbanan seorang ibu. Biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. Masa korang kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. Punyalah marah. Selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan korang. Jadi hargailah ibu kita. Lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa


Bottom of Form

Kisah Bayi Kembar - joke Hari Jururawat


Oleh Fiq

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”

… “Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”

“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.

“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Wednesday, 9 May 2012

9 MEI KULIAH MAGHRIB DI PONDOK MUSTAQIM BATU 4, JLN. AIR PUTIH KEMAMAN

Terlalu ramai yang datang sehingga tiada ruang yang kosong sekitar Pondok Mustaqim. Kehadiran anak muda yang ramai memberi satu gambaran yang jelas bahawa anak muda sukakan kuliah agama. Tetapi dimanakah penganjurnya. Ada masjid yang sunyi sepi selepas solat maghrib menunggu waktu solat isyak sahaja. Apakah mana ini semua wahai JKKK masjid dan surau? 
 Walaupun poster dan kain rentang yang dipasang telah dirosakkan. Penampal poster mengiling kepala apabila ada manusia yang sanggup mengupah remaja untuk mengoyak sebaran kuliah. Tidak sampai beberapa jam, kebanyakan poster ustaz sudah lesap. Hampir 100 keping poster ditamparkan. Sebab itulah maklumat dan sebaran IT amat diperlukan dari sahabat ke sahabat.




Semasa kuliah berlangsung, penulis sempat bertanya khabar dengan pemandu Ustaz. "letih sangat, saya tidak tahulah macamana badan ustaz. Hari-hari berkuliah, walaupun tiada dalam jadual tetapi kuliah sentiasa ada. Awak bayangkanlah masa mana ustaz berehat. Terkadang saya berehat ustaz mengajar tetapi selepas itu ustaz sendiri yang memandu". Sebab itulah sokongan daripada jemaah yang ramai membuatkanya lebih bersemangat dan cergas minda. 


Pada 10 Mei sebelah pagi, Ustaz Azhar akan menyampaikan kuliah jemputan khas di Kerteh. Dan selepas itu Ustaz akan bergerak ke Pekan untuk menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan Pahang. Kita harapkan sambutan disana lebih hebat lagi. 

2 jam setengah berdiri....kerana tiada ruang lagi.




Tuesday, 8 May 2012

Rebombo: Dulu perogol, kini bela hak wanita

 

Dua dekad lalu Dumisani Rebombo merogol seorang budak perempuan selepas dicabar rakannya. Hari ini, dia insaf dan bertindak sebagai pembela hak kaum wanita. - Foto ihsan CNN

JOHANNESBURG - Dumisani Rebombo bukan seorang pembela wanita yang biasa. Dia sebenarnya seorang yang 'disabitkan' kerana kes rogol dan dua dekad selepas perbuatan kejam itu, dia memohon maaf dan insaf dengan perbuatannya.
Sebagai suspek muda yang perlu berada di mahkamah, Rebondo bercerita dengan CNN mengenai keganasan luar biasa, dan keazamannya untuk mengubah keadaan ini di negaranya sendiri - Afrika Selatan yang satu ketika dulu terkenal di mata dunia kerana dasar apartheid.
Dia melakukan perbuatan kejam seawal usianya 15 tahun apabila seorang budak lelaki di Blinkwater mengejeknya kerana tidak mempunyai teman wanita dan mencabar untuk membuktikan kelelakian dengan melakukan hubungan seks.
“Saya berasa sangat takut ketika itu kerana  sebelum itu tidak melakukan hubungan seks,” kata Rebombo.
Pada jam 5 petang, dia bertemu rakan-rakannya, minum arak dan mengambil marijuana.
Dia merogol seorang budak perempuan selepas rakannya membuat demikian dan merasa satu perasaan yang sangat teruk, rasa bersalah yang amat tinggi dan takut jika perkara ini diketahui oleh ibu bapanya. Tidak ada perkataan yang boleh digambarkan bagaimana kejamnya perkara yang dia lakukan.
Pihak polis di Afrika Selatan berkata, sebanyak 66,196 kejadian rogol berlaku antara 2010 hingga 2011 tetapi ramai yang percaya lebih banyak lagi kejadian berlaku tetapi tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.
“Perempuan yang saya rogol itu tidak membuat sebarang laporan polis mengenai kejadian tersebut kerana takut berlaku kejadian yang tidak diingini dan tidak memberitahu sesiapa menyebabkan saya tidak berubah,” kata Rebombo.
Kajian Majlis Penyelidikan menunjukkan 28 peratus lelaki di Afrika Selatan dilaporkan pernah merogol, tiga suku ialah perogol kali pertama adalah seperti Rebombo.
Tahun demi tahun berlalu.  Rebombo menyertai organisasi kesaksamaan jantina. Hanya pada masa itu dia mula berfikir semula mengenai nasib perempuan yang pernah dirogolnya dan merasakan perlu bertindak sesuatu untuk membetulkan kesilapan lampau.
Dia mencari kembali perempuan itu lalu merancang satu pertemuan di klinik dan meminta maaf dan menyesali segala perbuatannya terhadap perempuan tersebut.
Perempuan itu juga menceritakan hidupnya berubah selepas kejadian malang tersebut. Dan, walaupun sudah berkahwin, kadangkala dia menangis apabila disentuh suami sendiri kerana trauma dengan apa yang pernah Rebombo lakukan.
“Saya rasa bersalah dan sangat malu dengan perbuatan diri saya sendiri apabila perempuan tersebut hidup dalam penderitaan,” kata Rebombo yang telah mendirikan rumah tangga. Dia kini tinggal di Mpupalanga, berhampiran bandar raya Durban.
Dia kini berkhidmat sebagai pengurusan kebangsaan bagi projek "One Man Can" kendalian Sonke Gendera Justice Network. Projek ini menggalakkan hubungan sihat antara kaum lelaki dan wanita.
Katanya lagi, dia cuba mengubah cara pemikiran manusia supaya lebih menghormati kaum wanita dan tindakan kejam seperti merogol mesti dihentikan dan sesiapa yang mengetahui kejadian ini mesti melakukan sesuatu, bukanlah berdiam diri.

Projek baham pitih di Terengganu

 
Gambar dibawah adalah sebuah bangunan dibawah Kerajaan Terengganu iaitu bangunan Syarikat Air Terengganu yang dikenali sebagai SATU. Bangunan ini adalah bekas bangunan Perpustakaan Awam Terengganu, kemudian ianya diubahsuai dan dinaiktaraf oleh Kerajaan Terengganu, walaupun bangunan kegunaan Perpustakaan Awam dulu tidak rosak atau mengalami kecacatan. 

Bangunan SATU ini masih baru, namun kerana UMNO Terengganu memang celaka serta menggunakan duit Kerajaan seperti duit Mak Bapak mereka sendiri, maka mereka sewenang-wenangnya mengubahsuai bangunan ini. Bangunan ini sedang diubahsuai sekarang. 

Anda semua boleh melihatnya, dimana bangunan SATU ini terletak disimpang 4 berhampiran Wisma Kokitab, Kuala Terengganu. 

Anda boleh lihat 2 elemen celaka didalam projek ini: 

1) Bangunan berdinding simen dan cantik sebelum ini sengaja disalut dengan Binaan Aluminium yang ianya disebut sebagai Aluminium Cladding didalam bahasa pembinaa. Ianya sememangnya memakan kos yang tinggi. Anda boleh lihat frame yang dipasang pada dinding bata bangunan sebelum Aluminium Cladding ini dipasang. 

2) Pagar yang sediaada amat cantik dan bercat agak baru itu sengaja diruntuhkan dan dibina pagar baru. Tanpa ada sebab munasabab. Lain la Kuala Terengganu telah dilanda Puting Beliung. Gambar pagar baru sedang dalam pembinaan boleh dilihat dengan jelas. 

Sebenarnya banyak projek celaka diTerengganu, bukan satu tetapi memang banyak. Cuma saya tak sempat senaraikan disini. 

Daripada Masjid yang masih elok, hinggalah kepada pagar sekolah dan pagar kubur. 

Tetapi jika ditanya kepada orang kampung, mereka akan puji kerana itulah namanya pembangunan. Walaupun pembangunan yang merampas duit mereka sendiri.
 

Juhari Osman menerima peluru


KUALA LUMPUR, 8 Mei: Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman menerima peluru yang disertakan bersama surat ugutan bunuh hari ini.

Juhari menerima sebutir peluru yang dihantar bersama sampul surat ke rumahnya di Taman Ayer Molek, kira-kira 11.50 pagi tadi.

"Balik dari mengambil anak saya, saya mendapati ada sekeping surat dalam peti surat lengkap bersetem.

"Bila saya buka, gambar saya dan di bawahnya bertulis 'pu**mak kau Juhari...PENGKHIANAT'.

"Peluru itu dibungkus dalam suratkhabar bertulisan Tamil," katanya kepada Harakahdaily.

Juhari berkata, beliau akan membuat laporan polis petang ini dengan ditemani pimpinan PAS Melaka.

"Saya akan bincang dengan timbalan pesuruhjaya PAS negeri untuk buat laporan polis di mana," katanya.

Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan besar ugutan itu diterima kerana penglibatan beliau dalam perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu.

Juhari mengetuai 4,000 anggota Unit Amal berkhidmat pada hari tersebut