Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Tuesday, 8 May 2012

2.5 juta rakyat Malaysia tidak kahwin, lelaki lebih ramai

 

KUALA LUMPUR - Sekitar 2.5 juta rakyat Malaysia yang berusia lebih 25 tahun dan mewakili 16.7 peratus penduduk negara ini, masih belum atau tidak berkahwin.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Heng Seai Kie berkata, berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, daripada jumlah itu 60.4 peratus adalah lelaki.

Bancian itu juga mendapati purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki menurun kepada 28 tahun berbanding 28.6 pada tahun 2000, manakala bagi wanita pula meningkat kepada 25.7 berbanding 25.1 tahun, katanya menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong.

Heng berkata Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia keempat pada 2004 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara, mendapati 32.1 peratus daripada responden tidak pernah berkahwin.

Daripada jumlah itu, 55.6 peratus adalah lelaki, katanya dipetik Bernama.

"Sebanyak 44.7 peratus daripada responden lelaki tidak berkahwin kerana masalah kewangan, tiada calon sesuai (19.3 peratus), kerjaya (12.8 peratus), komitmen keluarga (6.3 peratus) dan selebihnya sebab lain.

"Sebanyak 40 peratus wanita tidak berkahwin kerana tiada calon sesuai, masalah kewangan (14 peratus), kerjaya (8.4 peratus), selesa hidup membujang (8.4 peratus), komitmen keluarga (7.4 peratus) dan selebihnya sebab lain," katanya.

Heng berkata, kementerian tidak bercadang mewujudkan perkhidmatan pusat temu jodoh atau perkhidmatan temu jodoh secara dalam talian kerana perkhidmatan itu telah disediakan swasta, pertubuhan bukan kerajaan badan agama dan beberapa parti politik.

Mesyuarat Agong Tahunan 2012 Kali Ke-52 di Taman Islam Kemaman

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kemaman, Ustazah Fainah Mat (depan, tiga dari kanan) bersama ahli jawatankuasa sessi 2011/2013 bergambar selepas Mesyuarat Agong Tahunan 2012 PAS Kawasan Kemaman Kali Ke-52.





Yang DiPertua, Haji Ismail Harun (depan, empat dari kiri) bersama Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman Sessi 2011/2013 bergambar selepas Mesyuarat Agong Tahunan 2012 Kali Ke-52 di Taman Islam Kemaman.

SERBA SEDIKIT NASIHAT BEKAS SAMI KEPADA UMAT ISLAM


Minggu lepas surau ditempat saya didatangi oleh seorang bekas sami dari Batu Cave yang telah memeluk Islam. Beliau mempunyai nama baru yang telah diberikan oleh TGNA. Saya rasa tak sesuai nak bagitahu nama dia di sini. Mungkin nampak agak perkauman thread ni tapi harap dapat baca sampai habis.

Beliau sami yang kedudukan agak tinggi di Batu Cave. Tugas utama beliau di Batu Cave adalah membakar mayat di mana beliau adalah ketua. Upacara membakar mayat beliau lakukan adalah dengan menghadap kiblat kita ummat Islam. Maknanya mayat tersebut adalah dalam keadaan berdiri. Ada beberapa perkara yang membuatkan beliau meninggalkan agama beliau tapi antara yang sebab paling utama adalah semasa di Batu Cave beliau enggan menyembah seorang melayu yang bernama Ayah Pin. 

Serba sedikit beliau menerangkan tentang pengalaman beliau semasa di Batu Cave. Kuil Batu cave adalah antara kuil yang paling utama di dunia untuk penganut hindu. Beliau menerangkan Batu Cave seumpama Universiti utama mengeluarkan PhD untuk bakal-bakal sami. Bolehlah saya umpamakan seperti Al-Azhar untuk penganut Hindu. Setahu saya sendiri tempat sambutan Thaipusam terbesar di dunia adalah di Batu Cave. Beliau jugak menyatakan bahawa Tokong Hindu paling besar di dunia adalah di Batu Cave. Tempat pembakaran mayat paling besar di dunia adalah terletak di satu tempat di Selangor (saya sudah lupa nama tempat tu). 

Pada bulan Ramadhan beliau akan menutup semua Tokong yang ada kerana pada bulan Tersebut penganut Hindu tidak menyembah Tokong kerana pada bulan tersebut Tokong-tokong semacam tiada kuasa. Betullah logiknya kerana pada Bulan tersebut semua setan dan iblis diikat dan dirantai. Jadi tidaklah setan dan iblis ni menghuni Tokong-tokong tadi untuk menyesatkan manusia. 

Beliau juga memberikan beberapa petua. Jangan bersalam dengan penganut Hindu di waktu selepas Subuh kerana waktu itu mereka baru bersembahyang dan mencalit sedikit abu mayat ke muka mereka dan mereka tidak membasuh tangan mereka. Juga jangan makan di rumah penganut Hindu ini kerana beliau mengatakan dalam setiap rumah penganut Hindu ada Tokong dan masakan mereka akan dirasai dahulu oleh setan dan iblis ni. Itu sajala yang sempat diperkatakan. 

Sekarang beliau menetap di Kelantan dan sedang bekerja dan mendalami Islam di sana . Beliau sudah 3 tahun memeluk Islam. Atas nasihat Mufti Perak, harta yang dikumpulkan semasa menjadi sami pembakar mayat tersebut telah ditinggalkan. Semoga ALLAH memelihara imannya. 

kredit: Husin, Muhammad Haris: Mr,

Dapatkan lebih banyak bacaan bermunafaat dalam http://blogtokwan.blogspot.com/semuga kalian mendapat faedah.


Salam Ukhuwah

Nik Aziz: Keputusan Majlis Fatwa 'guna sebelah mata'

 

Oleh: imamsurau

"Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata".

Mengulas kenyataan pengerusi Majlis Fatwa Kebangsan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata, beliau setuju bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram.
"Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.

"Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak," katanya sambil menambah beliau menghormati anggota Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Abdul Shukor dilaporkan berkata Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan 
haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara.

Menurut laporan akhbar, pengerusi Majlis Fatwa itu berkata Islam membenarkan mencari keadilan tetapi melaui tindakan beradab.

Mengulas lanjut, menteri besar Kelantan itu berkata perhimpunan BERSIH 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara

Perhimpunan itu, tambahnya, menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya dan jauh sekali untuk mencetuskan huru-hara bagi menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya.

"Jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?

"Pernahkah Majlis Fatwa memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan di dalam pilihan raya yang implikasinya lebih besar kepada negara?" soal Nik Aziz.

Sehubungan itu, beliau yakin bahawa fatwa tersebut hanya "laporan akhbar pro-kerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur BERSIH 3.0 sebelum membuat pertimbangan dibuat.

"Justeru, soalan saya ialah fatwa-kah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?" kata Nik Aziz lagi.

Sebaliknya, kata menteri besar Kelantan itu, huru-hara tercetus jika ia dihalang.

"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara.

"Jika BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?

"Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah. Salam hormat saya buat Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.

Dibelasah angkara curi wang masjid

 

Lelaki yang mencuri wang tabung Masjid Hadhari di Jerteh kelmarin terbaring selepas dibelasah oleh orang ramai.

BESUT – Seorang lelaki menyangka dia bijak apabila menukar mangga tabung wang di Masjid Hadhari di Jerteh dekat sini untuk memudahkannya mencuri duit daripada tabung itu. Lelaki itu bertindak demikian selepas cubaan pertamanya untuk mencuri duit tabung itu tidak berhasil.
Bagaimanapun, taktik lelaki itu sekali lagi tidak menjadi. Cubaan kali kedua lelaki berusia 32 tahun dari Kampung Siam, Pasir Puteh, Kelantan itu untuk membuka tabung masjid itu dapat dihidu oleh pengawal masjid yang kemudian mencekupnya ketika dia sedang mengumpil tabung itu pada pukul 9.45 malam kelmarin.
Semasa diberkas, penganggur itu bertungkus-lumus menggunakan besi pencungkil tayar kereta untuk membuka mangga tabung masjid itu yang sebenarnya sudah ditukar kepada mangga lain oleh pihak masjid.
Setiausaha Masjid Hadhari Jerteh, Che Kar Awang berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu mendapati dua hari sebelum ditangkap suspek sama dilihat cuba mencuri wang di dalam tabung itu tetapi pada waktu itu tabung tersebut kosong.
“Lelaki itu kemudian menukar mangga sebuah tabung itu tetapi pihak masjid menukar semula mangga yang dipasang suspek bagi mengelakkan suspek mencuri,” kata beliau ketika ditemui dekat sini semalam.

Sunday, 6 May 2012

ANAK YATIM SAKIT JANTUNG PERLU BANTUAN

Surat pengesahan daripada IJN

Surat Penjanjian

Surat dari Doktor Hospital Kemaman. 

Adik Abdul Kamal Nuryaqin Bin Zakaria berumur 12 tahun (000604-11-0703)perlukan sumbangan orangramai bagi pembelajaan kos rawatan di IJN. Adik Abdul kamal Nuryaqin adalah anak yatim yang kematian ayah. Ibunya seorang surirumah (Zaharah Binti Yusof 43 tahun) sepenuh masa terpaksa menanggung segala bebanan ini untuk meneruskan kehidupan. Berasal Kampung  Kubang Ikan Kuantan.

Jadual pembedahan yang dijanjikan oleh IJN pada 24.6.2012 dan kosnya RM25 ribu. Setakat ini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah bersetuju untuk menanggung RM24 ribu. Oleh itu kos untuk pembelian ubatan dan rawatan susulan amat diperlukan.

Adik Abdul Kamal Nuryaqim adalah salah seorang ahli keluarga NGO CAKNA ANAK YATIM KEMAMAN. Walaupun dibawah NGO, tetapi keperluan kewangan agak terbatas tanpa sumbangan orangramai yang prihatin. Oleh itu marilah sama-sama kita membantu bagi meringankan segala bebanan yang ditanggung oleh anak yatim. Semoga pertolongan yang ikhlas daripada kita, Allah lipatkan keberkatan hidup sepanjang masa atas muka bumi ini.

Ingatlah pesanan pada hari pembalasan nanti apabila kita semua bertelanjang bulat, tetapi ada juga yang berpakaian. Maka yang berpakaian itu adalah yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada anak yatim. Adakah kita tidak percaya akan berita ini? Atau kita tergolong dikalangan orang yang kedekut?  

Segala sumbangan boleh terus berhubung dengan “NGO CAKNA ANAK YATIM KEMAMAN” iaitu Ustaz Zulkifli Ahmad 019 903 7683. Ataupun boleh terus berhubung dengan Ibunya Zaharah Binti Yusof 013 900 8079. Atau berjumpa muka dengan AJK SKJ (SU SKJ Cikgu Mie 013 922 3024@ TSU Encik Abdul Rahim 019 915 0814)untuk menghulurkan sumbangan. JazakaAllah.

SPR, JPN Dan UMNO/BN Punca Wujudnya Bersih 1,2 & 3

 

Oleh: Tok Janggut

Setelah berbagai halangan, fitnah, ugutan dan hasutan dibuat oleh puak UMNO supaya rakyat tidak menyertai himpunan Bersih 3 baru-baru ini tetapi tidak dilayan dan dihiraukan malahan pertambahan jumlah rakyat yang bangkit bersama himpunan itu benar-benar mengganggu tidur puak UMNO sehinggakan ada yang melatah, meroyan dan mengigau serta meracau disiang hari dengan merekacipta fitnah seperti biasa bahawa himpunan itu bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, ingin mencetuskan huru hara dan ada pula ulama sampah mereka membuat fatwa yang dirujuk dari kitab perlembagaan UMNO bahawa haram hukumnya menentang kerajaan zalim, penipu, perasuah, perompak dan penindas seperti UMNO itu. Inilah antara ulama yang disebut dalam Quran yang akan masuk ke neraka dalam keadaan perut terburai nanti.

Apakah mereka semua yang mengutuk himpunan bersih 1,2 & 3 itu menyangka bahawa semua peserta itu suka-suka, untuk berseronok, saja-saja atau hanya untuk meramaikan bandar kota Kuala Lumpur itu? Sehinggakan sanggup meninggalkan kerja seharian, disimbah asid, ditembak dengan gas pemedih mata, dibelasah, diterajang, dipijak dan ada yang terpaksa masuk hospital itu? Apakah mereka yang menuduh dan menghina peserta bersih ini sebenarnya sudah buta hati, buta mata, pekak telinga kerana perut mereka selama ini telah disumbatkan dengan makanan dan minuman dari sumber yang haram dan subahat anugerah dari UMNO? Sepatutnya mereka bertanya, mengapa bersih itu diadakan apa sebenarnya tujuanya?

Apakah mereka ini tidak sedar atau pura-pura tidak tahu bahawa selama ini kita ditipu oleh UMNO dalam setiap pilihanraya dengan bantuan JPN dan SPR? Sejak zaman Mahathir berkuasa, UMNO menang pilihanraya dengan ccara tidak sah, menipu daftar pengundi, mengangkut rakyat asing sebagai pengundi dan seorang pengundi UMNO boleh mengundi lebih dari satu tempat. Apakah ini halal disisi Islam wahai tuan Mufti? Najib mencabar pembangkang berdepan dalam pilihanraya secara anak jantan. Siapa yang pondan selama ini? Apakah kemenangan Najib di Pekan itu secara sah atau menipu dengan manipulasi undi pos dari kem tentera dan rakyat luar yang dipindahkan ke kawasan Pekan itu? Pembangkang memang bertanding secara anak jantan sejak dulu hingga sekarang, tiada penipuan atau bantuan dari JPN dan SPR. UMNO itu sebenarnya yang pondan dan bacul!

Kecederaan polis dalam himpunan bersih diperbesar-besarkan tetapi tidak diceritakan apa puncanya yang menyebabkan polis itu cedera? Apakah polis diberikan lesen untuk membelasah rakyat yang tidak bersenjata, tidak melawan dan tidak berdosa tetapi apabila ada sebilanganya yang sudah tidak tahan cuba melawan sebagai mempertahankan diri tetapi dikata cuba menyerang polis dan ditangkap dan dibelasah lagi? Ini bermakna seolah-olah undang-undang negara kita ini tidak boleh rakyat membalas serangan atau kezaliman samada dilakukan oleh pihak polis atau dipihak pemerintah serta UMNO ke atas rakyat. Jika dibalas akan dituduh menentang penjawat awam dari menjalan tugas (polis), dituduh menderhaka dan ingin mengguling kerajaan. Ini undang-undang apa? Kerajaan apa? Puncanya, mengapa yang polis sedap-sedap dengan dengan begitu mudah untuk membelasah rakyat? Jenayah apa yang dilakukanya? Mengapa pemimpin negara dan puak UMNO yang kerjanya membalun harta rakyat, balun rasuah, roboh rumah Allah dan rampas tanah rakyat tidak dibelasah atau dipijak-pijak oleh polis?

Ingatlah, jika benar rakyat ingin menggulingkan kerajaan atau ingin menyerang polis, sudah pasti mereka tidak akan datang dalam perhimpunan itu dengan tangan kosong. Mereka boleh menyerang polis sebelum disembur air asid dan gas lagi. Mereka boleh berkumpul dalam 100 orang atau 200 orang untuk menyerang polis-polis yang sedang membelasah peserta bersih, jika mereka mahu. Dan kita boleh melihat mayat siapa yang banyak bergelimpangan atau memenuhi bilik-bilik ICU di hospital sekitar bandar Kuala Lumpur itu. Tetapi bukan itu tujuan mereka datang ke perhimpunan bersih 1,2 & 3 itu. Mereka berkumpul kerana sudah tidak tahan dengan penipuan yang dilakukan oleh UMNO dengan bantuan JPN dan SPR dalam setiap pilihanraya.

DSAI dijadikan sasaran kononya beliau agen Yahudi, kaki liwat. Apakah Najib itu bersih dan suci? Tuduhan terhadap DSAI tiada bukti, hanya rekaan tetapi tuduhan terhadap Najib yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya, rasuah pembelian kapal selam dan banyak lagi jika disiasat yang boleh meranapkan dan menggadaikan negara tidak pula diambil peduli? Rakyat jenis apa semua ini? Itu belum didedahkan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO lain samada di Pusat atau di negeri-negeri. Besekongkol dengan Zionis dengan membekalkan sawit dan mengambil APCO sebagai penasihat kerajaan. Inilah sebenarnya pengkhianat, penderhaka dan ingin menghancurkan negara. Mengapa ini tidak dikutuk, diminta ambil tindakan atau diminta letak jawatan? Ini soal maruah negara, kedaulatan negara dan keselamatan negara! Asyik-asyik isu seks DSAI dan pemimpin PR lain yang direkacipta dan didedahkan. Apakah Najib dan pemimpin UMNO lain itu tidak pernah terlibat dengan seks bebas atau zina? Jika tidak percaya minta semua pemimpin UMNO bersumpah laknat seperti yang selalu disebutkan oleh puak UMNO terhadap DSAI selama ini. Mereka jadikan Ambiga sebagai isu keran menokong LGBT, sedangkan anak Mahathir pun menyokong juga LGBT, mengapa tak dikutuk sama? Ambiga anti Islam, apa bezanya dengan Mahathir dan Najib yang selalu menghina syariat Allah dan Sunnah Nabi itu?

Oleh itu, bukalah mata melihat mengapa rakyat kini sanggup bangkit walaupun di layan sebegitu rupa. Mereka inilah sebenarnya wira negara yang bangun untuk mengajak rakyat menyelamatkan negara dari UMNO dari jatuh bangkrap, tergadai dan hancur. Jika tidak kerana kerja khianat dan penipuan yang dibuat oleh UMNO dengan bantuan JPN dan SPR, tidak perlualah rakyat berkumpul, berhimpun dengan sedemikian rupa. Elok saja mereka duduk dirumah bersama keluarga. Tetapi demi negara tercinta, mereka sanggup disiksa hatta jika terpaksa menggadaikan nyawa demi menyelamatkan negara dari UMNO celaka dan durjana. Maka dengan itu sedarlah semua bahawa Bersih 1,2 dan 3 ini wujud adalah berpunca dari UMNO, JPN dan SPR yang menipu PRU dengan bermaharajalela semata-mata untuk pastikan UMNO celaka terus berkuasa. Akhirnya rakyat jadi mangsa dan negara hilang maruahnya. Menentang kerajaan yang zalim ,penindas, penipu adalah wajib, bukanya berdosa wahai tok mufti puaka. Bersih menuntut satu pilihanraya yang bersih, jika yang bersih dikutuk, dikatakan haram, maknanya golongan yang menentang bersih ini sukakan benda yang kotor dan jijik.

Himpunan bersih yang mahukan pilihanraya bersih dikatakan memalukan negara kepada negara luar tetapi mereka tidak malu mempunyai seorang Perdana Menteri yang terlibat dengan rasuah beratus juta ringgit dan dikaitkan dengan pembunuhan warga Monggolia dan mempunyai seorang isteri yang buruk akhlaknya. Inilah sebenarnya yang kita patut malu. Akhlak puak UMNO dan Presidenya lah yang sebenarnya telah memalukan negara kepada dunia luar.Wallahualam.