Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday, 4 March 2012

KAYUH SIHAT HIMPUNAN TOLAK UMNO

 4 Mac 2012 Ahad jam 7.30 pagi berkumpul di tapak parking hadapan Kedai Kopi Hai Peng. 

"Bang-bang nak joint boleh dah?" itulah kata-kata 2 remaja. "Boleh... isi nama dan ambil baju dan pakai, tolong ambil makanan pagi yang disediakan".


"Yang sudah isi nama dalam kertas pendaftaran sila ambil baju dan makanan pagi... Ok" Kata-kata Ustaz Din.

Berebut-rebut sebaik sahaja kaunter pendaftaran di buka.

Ok sudah siap...

Sekitar 200 orang lebih menyertai Kayuh Sihat kali.


Bacaan doa oleh Ustaz Din sebelum memulakan Kayuh Sihat. Alhamdulillah.



Tuan Haji Hanafiah bersama Ustaz Ramlan dan Ustaz Din mendahului saf senarai hadapan kayuh Sihat.

Jam 9 pagi memulakan kayuhan.

Di hadapan pasar buah dan pam minyak Shell dalam Bandar Chukai.

Selekoh Hotel River Garden menuju ke Bus Station Bandar Chukai.

Di hadapan Bus Station

Di hadapan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Chukai.

Di hadapan Pasaraya Tunas Manja.

Di hadapan Pesama Timber Jakar.

Melintasi jambatan Geliga.

Persimpangan traffic light ke Mak Lagam dan Kampung Fikri. Alhamdulillah ada pihak Polis yang menjaga mengawalnya. 

Di hadapan T Shop Geliga untuk membelok ke kiri menghala ke Pantai Dataran Tok Guru Geliga

Di persimpangan ke Kuala Kemaman dan ke Geliga. Peserta akan membelok ke kanan untuk ke Dataran Tok Guru.

Alhamdulillah sekali lagi pihak keselamatan mengawal lalulintas. Terima kasih.

Alhamdulillah... kesemua peserta selamat sampai di Dataran Tok Guru.





Alhamdulillah... sesampai sahaja peserta ke Tapak Himpunan Tolak Umno, peserta di berikan air minuman dan seterusnya Tuan Haji Hanafiah menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua peserta Kayuh Sihat  dan menjemput semua peserta ke Surau Haji Muda Geliga untuk makan nasi. Dan kepada peserta kayuh sihat yang mendapat cabutan bertuah dengan membawa balik basikal fixie diucapkan Tahniah. Begitu juga yang membawa handphone dan Hamper. InsyaAllah kita berjumpa lagi dilain program.

Terima kasih kepada pihak penganjur Kayuh Sihat.

Friday, 2 March 2012

Gambar UNIK Najib.. TG Nik Aziz pun tak boleh buat macam ni beb...

 Perkara pertama yang timbul dalam kepala aku bila tengok gambar Najib tu ialah.., apa sebenarnya orang tua tu nak tunjuk dengan ambik wudhuk di kolah masjid?


Nak ambik wudhuk tu lain ceritalah.., tapi kenapa perlu Najib sengaja bagi orang ambil gambar dia dan jadikan ia sebagai satu modal politik?

Untuk pengetahuan korang, gambar ni di sebarkan oleh Bernama dan beberapa blog penyokong UMNO tegar, kononnya Najib ni memang zuhud dan berjiwa besar sebab sanggup ambik wudhuk di kolah Masjid tersebut.

Tapi.., maaf cakaplah yee.. Aku berpendapat, Najib tu 2x5 je dengan Ahmad Maslan..

Kalau dulu penyokong Pakatan kata Ahmad Maslan gila publisiti bila bergambar sambil menoreh getah di PRK Manek Urai.., macam tu lah juga Najib yang nak cari glamour dengan ambik wudhuk di kolah masjid.

So.., kalau macam ni punya gayanya.., memang sesuai lah Najib tu di gelar hipokrit .. Semuanya nak dipolitikkkan sampaikan ambik wudhuk pun boleh di jadikan bahan pameran...

Hebat betul Najib.. macam sesumpah perangainya.. berubah-ubah ikut tempat.. ha..ha..ha..
 Kat atas ialah gambar TG Nik Aziz sedang mengambil wudhuk yang dipertikaikan keikhlasannya oleh blog-blog pro UMNO..

Kat bawah gambar masa Najib dirakam di dalam majlis Jambatan Persahabatan yang menghubungkan Bukit Bunga yang terletak di Malaysia dan Ban Buketa di selatan Thailand – artikel berkaitan sila baca di 
SINI
Eh! Najib minum apa tu?
Presiden UMNO yang juga PM, Mohd Najib Tun Razak bersama-sama
PM Thailand Abhisit Vejjiva.

Gambar dipercayai dirakam di dalam majlis Jambatan Persahabatan yang menghubungkan Bukit Bunga yang terletak di Malaysia dan Ban Buketa di selatan Thailand yang menurut Najib membuktikan hubungan persabahatan yang erat antara dua negara sejak 50 tahun lepas.
  

Cheers! itulah yang tertera pada sekeping gambar yang talah dirakamkan oleh Bernama, kalau melihat pada rupa gelas, setahu aku gelas itu adalah gelas yang biasa digunakan untuk minum wine dan bukan gelas untuk minum teh..

Air apa yang Najib minum korang tengoklah sendiri..


Berasak demi Ustaz Azhar Idrus


KOTA BHARU- Lebih 10,000 berasak demi mendengar secara langsung dan melihat dengan lebih dekat Ustaz Azhar Idrus atau lebih popular dengan gelaran ‘Ustaz Youtube’ itu didatangkan khas sempena Pelancaran Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2012, semalam.
Ustaz yang begitu popular dalam kalangan remaja itu bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut mendorong semua golongan di negeri ini untuk bersama-sama berkongsi ilmu kerohanian yang disampaikan.

Seorang pelajar yang ditemui, Nurul Atiqah Mohd Zaki, 18, berkata, beliau begitu teruja untuk datang dan mendengar dengan lebih dekat ceramah disampaikan ustaz berasal dari Terengganu itu.
 
“Saya mula mengikuti ceramah disampaikan tahun lalu dan ia memang menepati kehendak jiwa remaja saya,” katanya yang juga pelajar Maahad Amir Indera Petra, Beris Kubur Besar, Bachok.
 
Nurul Atiqah berkata, walaupun ceramah yang disampaikan dalam pendekatan bersahaja, tetapi inti pati yang dikongsikan memberi kesan dalam mendidik generasi muda hari ini.
 
Seorang lagi pelajar, Aqilah Hamid, 18, berkata, ini pengalaman pertama dia dan rakan-rakan mendengar ceramah disampaikan ustaz berkenaan secara langsung.
 
Menurutnya, dia tidak melepaskan peluang untuk mendengar ceramah disampaikan oleh penceramah diminati sehingga sanggup menumpang rakan-rakan demi memenuhi hasratnya itu.
 
“Sebelum ini saya hanya mengikuti ceramah disampaikan melalui Youtube setelah diperkenalkan rakan-rakan, dan kali ini sebaik mengetahui Ustaz Azhar akan berada di sini, kami memang tidak mahu ketinggalan,” katanya.
 
Seorang lagi remaja, Wahiyul Amri Wahab, 21, berharap ustaz berkenaan terus dijemput untuk mengadakan ceramahnya pada masa akan datang.
 
Dia berkata, ini kerana ramai yang teruja untuk mendengar dan melihat dengan lebih dekat ustaz yang menjadi sebutan di seluruh negara itu.
 
“Ini kali ketiga saya berdepan secara langsung dengan Ustaz Azhar secara langsung, walaupun terpaksa datang dari Bachok, namun itu bukan halangan untuk saya kerana pernah sampai di Jerteh semata-mata untuk mengikuti ceramah disampaikan,” katanya.

TOLAK HUDUD

 

Menyatakan bahawa hukum hudud tidak terdapat dalam al-Quran dan hanya ciptaan manusia boleh menjejaskan aqidah.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir (gambar), kenyataan seperti itu juga bermaksud menolak al-Quran itu sendiri.

"Hukum hudud ini ditentukan oleh Allah, dalam al-Quran disebut secara jelas. Sepakat ulama juga tetap bahawa hukum hudud ada dalam al-Quran seperti hukum potong tangan dan bunuh balas (qisas).

"Sesiapa yang menidakkan hudud dalam al-Quran, maksudnya dia tolak al-Quran," tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sedangkan katanya rukun iman yang keempat adalah percaya kepada kitab Allah termasuk al-Quran.

Beliau yang juga bekas Mufti Kerajaan Terengganu berkata demikian ketika diminta memberi pandangan terhadap kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu program bersama mahasiswa baru-baru ini bahawa hudud tidak ada dalam al-Quran dan perlaksanaannya tidak adil.

Rakaman video ucapan Mahathir itu juga kini disebar meluas di internet khususnya di Youtube.

Dalam perkembangan lain, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik turut menggesa para alim ulama, mufti hingga ke Majlis Raja-Raja Melayu menegur Mahathir yang juga mantan Presiden Umno itu.

Ini kerana kenyataan Mahathir itu bukan sahaja boleh disifatkan teroesong dari ajaran Islam malah boleh mengelirukan umat Islam seluruhnya.

“Kenyataan Tun Dr Mahathir ini ‘besar’ (salah) apabila menafikan hudud atau mengatakan hudud tidak ada dalam al-Quran. Sedangkan perkataan hudud itu sendiri jelas disebut dalam al-Quran.

“Hukum hudud bermakna hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al-Quran secara nas qat’ie iaitu nas yang putus seperti hukum mencuri, hukum berzina ada dalam al-Quran.

“Begitu juga dengan nas yang berhubung dengan murtad, nas berhubung dengan arak, qazaf dan semuanya ada jelas dalam al-Quran,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat pula akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat mereka minggu depan.

"Insyaallah, minggu depan meeting DPPM, saya akan bincang dgn rakan-rakan bentuk tindakan wajar dan sesuai ke atas Tun Mahathir atas istiqamah kenyataannya yg menolak hukum hudud dan menyebutnya ia tdk terdapat di dalam al quran.

"Mungkin DPPM akan request untuk bertemu Tun Mahathir bagi menyampaikan betul duduk hukum hudud," kata ketuanya Nasruddin Hassan di laman Facebooknya.

Thursday, 1 March 2012

PELAJAR KAFA AL FALAH SKJ MELAWAT ZOO

1 Mac 2012 Khamis jam 2.30 petang, pelajar-pelajar Kafa Al Falah SKJ mengadakan program melawat sambil belajar di Zoo Kemaman. Difahamkan sebelah pagi pelajar-pelajar Pasti Al Falah telah mengunjungi Zoo Kemaman.

Bas Zoo Kemaman

Selamat menimba ilmu.

XPDC MOTORSIKAL TEAM SYM SINGGAH DI SKJ

Team XPDC SYM sebanyak 50 buah motorsikal dan 60 orang peserta dengan di iringi pihak keselamatan berkereta dan bermotorsikal kuasa tinggi selamat sampai di SKJ sewaktu solat zohor. Alhamdulillah. Team ini dalam rangka jelajah pantai timur. Bermula dari Kuala Lumpur jam 9 pagi. Mereka seterusnya akan ke Rusila bertemu Tuan Guru Presiden Pas dan dijangkakan akan ke Kelantan untuk bertemu dengan Tuan Guru Dato Nik Aziz. Mereka ini terdiri daripada Ahli Pas, Ahli Keadilan, Ahli UMNO, NGO dan Team Keselamatan bergerak atas nama SYM.














Semua makanan tengahari di sponsor oleh Keadilan Kemaman.












Agak-agaknya apa yang diperkatakan oleh saudara kita kepada wakil Sinar Harian.



Pemberita Sinar Harian sedang menemubual wakil tempat persinggahan (kemaman) 





Jam 2.30 petang... bye jumpa lagi. Terima kasih kerana memilik Surau Batu 2, Kampung Jaya tempat persingahan point pertama. Kita mengharapkan agar ada lagi team-team seperti ini memilih SKJ sebagai tempat untuk persingahan dan menunaikan solat bersama jemaah. Terima kasih juga kepada AJK SKJ yang datang walaupun program dibuat secara mengejut.