Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Wednesday, 7 December 2011

KHUTBAH JUMAAT 9 DIS 2011 DI PASIR MINAL KEMAMAN

InsyaAllah YB Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang akan menjadi khatib dan iman pada solat Jumaat di Pasir Minal 9 Dis 2011. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

PROGRAM DI SURAU HAJI MUDA GELIGA


SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL BAYAN

Tarikh Temuduga ialah 17-18 Disember 2011 bukan seperti tertera di poster. - Harap maklum
Maklumkan Kepada:
Cikgu Abd Latif b Muda
[ PENGETUA ]
H/P: 016 922 0705

Ust Syed Mohd Azwan Syed Yahya
[ PK HEM]
H/P: 014 8040975

Email: smidarulbayan@gmail.com

 Bagi memenuhi hasrat dan kehendak kokurikulum Kemneterian Pelajaran Malaysia, Seolah Menengah Islam Darul Bayan telah meneubuhkan satu badan uniform sendiri yang merangkumi gabungan PDRM, Polis Kadet, KRS dan Bomba dengan unit tersendiri dengan nama KADET AMAL
 





 KG PINANG MERAH 28 Mei : Kelab Pintar Sejarah Sekolah Menegah Islam Darul Bayan (SMIDB) telah berjaya mengadakan lawatan sambil belajar ke Karnival Festival Kesenian Islam di Kuala Terengganu . Seramai 14 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring kelab telah mengikuti lawatan ini.






Tuesday, 6 December 2011

KULIAH MAGHRIB 7 DIS 2011 RABU BERSAMA USTAZ OSAMARIZAL

Semua dijemput hadir ke Surau Batu 2, Kampung Jaya untuk menadah kitab Sirah Nabi untuk mendalami lagi ilmu yang sudah ada. 

IJTIMA PRU 13 PAS KAWASAN KEMAMAN
















Kemaman, 3hb. Disember - Berdasarkan keadaan politik semasa di Terengganu, Setiausaha Agong PAS Pusat, Dato' Haji Mustafa Ali menjangkakan golongan muda Islam bakal menggalas amanah rakyat menerajui kerajaan Terengganu selepas PRU Ke-13 nanti.
Ini berdasarkan senario semasa dimana pengundi muda mewakili hampir 60% dari jumlah keseluruhan pengundi dan orang muda ini fikirannya terbuka dan tidak jumud dengan sesuatu pendapat dan berita sahaja.
 Beliau yang merupakan mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian semasa ucapan perasmian di Ijtima PRU PAS Kawasan Kemaman 2011 di Taman Islam, Kemaman pagi tadi.
(Gambar, kanan - Dato' Haji Mustaffa Ali semasa berucap di Ijtima PRU PAS Kawasan Kemaman 2011 di Taman Islam Kemaman, pagi tadi).
Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat mewakili Badan Perhubungan PAS Terengganu.
Seramai lebih 400 orang petugas parti dari pelbagai peringkat di cawangan, unit peti undi, majlis tindakan dun dan ahli jawatankuasa kawasan serta dewan - dewan telah hadir.
Dato' Haji Mustaffa juga berkata penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) tidak lain satu helah UMNO/BN untuk menunjukkan kepada rakyat pilihanraya yang telah dan akan diadakan adalah adil dan telus.
Walaubagaimanapun, PAS tetap akan menerima perlantikkan wakilnya menganggotai PSC sebagai ruang dan usaha terakhir menghapuskan kebobrokan perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh kuda tunggangan UMNO/BN iaitu SPR.
Seterusnya beliau berkata Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan oleh UMNO/BN telah menghina taraf pemikiran rakyat selepas lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan.
Antaranya akta tersebut menghapuskan keperluan mendapatkan Permit Polis untuk sebarang aktiviti politik tetapi penganjur kena maklumkan 30 hari sebelum sesuatu program berlangsung kepada pihak polis.
'PAS Terengganu mempunyai banyak pengalaman dan sudah biasa ditekan, diugut dan dihalang berbanding dengan PAS di negeri lain dan Akta yang baru diwujudkan ini sebenarnya lebih menyusahkan dan cubaan menggagalkan sebarang aktiviti PAS', ulasnya lagi.
Akta ini direka cipta oleh UMNO/BN untuk mengcengkam aktiviti PAS, memansuhkan akta lama dan menggantikan dengan akta baru sama seperti kata pepatah Melayu 'keluar dari mulut buaya masuk ke dalam mulut harimau', tegasnya lagi.
Setiausaha Agong PAS seterusnya berkata, 'ini semua timbul setelah UMNO/BN berada dalam keadaan cemas dan hilang pedoman dan kewarasan, apatah lagi inilah kali pertama semenjak merdeka UMNO/BN akan menghadapi dan memasuki PRU dalam keadaan 5 negeri berada di tangan Pakatan Rakyat', katanya.
Mengenai tarikh PRU berlaku pergeseran pendapat antara kumpulan Najib dan kumpulan Muhyiddin. Kumpulan Najib mahukan PRU diawalkan manakala kumpulan Muhyiddin mahu ianya dilambatkan.
Terdapat desas desus dari sumber dalaman UMNO yang mahu menyahkan Najib dari persada kepimpinan dengan mengaitkan Rosmah Mansur sebenarnya yang mengatur sebahagian besar tugas tertentu dan kumpulan tersebut menganggap Rosmah sebagai liabiliti kepada UMNO dan BN sendiri.
Sebelum mengakhiri ucapan, Dato' Mustaffa mengingatkan semua petugas PAS untuk melipatgandakan kerja dan usaha secara bersasaran dan berkata kekuatan petugas PAS terletak pada aqidah yang kuat dan mantap yang tidak terdapat pada pekerja UMNO yang bergerak dengan kekuatan fulus.

PAS TERENGGANU LANCAR RAKAN KHIDMAT





















 

Kuala Terengganu, 2hb. Disember - Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu telah mengadakan majlis perlancaran 'Rakan Khidmat' - Khidmat Untuk Semua pada petang tadi di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu.
Perasmian perlancaran telah disempurnakan oleh YB Dato Seri' Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan dianggarkan seramai 1,200 sukarelawan dan sukarelawati dari seluruh Terengganu telah hadir.
Turut bersama pada majlis yang julung kalinya diadakan di Peringkat Negeri Terengganu ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali dan Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu, Cikgu Haji Hussin Ismail.
(Gambar - dari kiri ; Haji Yahaya Ali, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Cikgu Haji Hussin Ismail sebelum upacara perasmian bermula).
Pada majlis tersebut, Alfadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga merupakan Penasihat PAS Negeri Terengganu telah menyerahkan Watikah Perlaksanaan kepada semua Ketua Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan - Kawasan sebagai akujanji untuk meneruskan gerak kerja seterusnya di peringkat PAS Kawasan masing - masing.
Sementara itu, YB Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut menegaskan perlancaran Rakan Khidmat - Khidmat Untuk Semua ini adalah kesinambungan dari salah satu manifesto PAS yang akan ditawarkan kepada seluruh rakyat Terengganu untuk PRU Ke-13 nanti iaitu Membangun Negara Berkebajikan.
Acara simbolik penyerahan balang gas memasak kepada wakil - wakil lujnah dari PAS Kawasan - Kawasan juga telah disampaikan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS sendiri.

Monday, 5 December 2011

6 DIS 2011 SELASA KULIAH MAGHRIB USTAZ AZHAR IDRUS DI SURAU AL NUR KG. JAYA

 

USTAZ AZHAR IDRUS



KITAB PERUKUNAN




TARIKH
6hb. DIS.  2011 SELASA




TEMPAT
SURAU AL NUR
KAMPUNG JAYA



SEMUA DIJEMPUT HADIR