Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Monday, 5 December 2011

IBARAT KERETA TIADA BREK

 

SHAH ALAM, 5 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sebagai 'kereta tiada brek' kerana tidak mempedulikan suruhan dan larangan Allah SWT.

Ini kerana, katanya Umno berpegang kepada dasar kebangsaan dan membelakangkan Islam dalam perjuangannya sehingga menyebabkan tidak ada kawalan dalam melakukan perkara duniawi.

Katanya, kerana membelakangkan Islam, maka Umno menolak mukallaf iaitu seseorang itu dipertanggungjawab menjalankan perintah dan larangan-Nya setelah mencapai usia dewasa atau akil baligh.

"Mukallaf ini Umno tak peduli. Kerana apa? Kerana Umno ini dasarnya kebangsaan. Agama kemudian. Jadi mana mukallaf? Umno sudah buang satu kerja yang ditetapkan oleh Allah bahawa tiap-tiap manusia bila akil baligh mesti buat ini, dan mesti tinggal itu.

"Dalam Umno, sebab dia singkir Islam dan ambil kebangsaan, maka tidak ada mukallaf. Sebab itu timbul rasuah, timbul dadah, pecah rumah, rompak, jual bayi, timbul macam-macam perkara kerana rakyat di bawah pemerintahan Umno sudah hilang brek. Kereta tak ada brek. Kereta lumba pun ada brek," kata beliau sewaktu berucap di majlis Rapat Rakyat di perkarangan Stadium Malawati, dekat sini malam tadi.

Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan, brek bagi seseorang manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum ialah takwa kepada Allah.

Jika tiada takwa katanya, manusia akan melakukan apa sahaja yang disukainya.

"Brek ialah takwa kepada Allah. Tiap-tiap manusia Allah bekalkan dengan nafsu. Ada nafsu amarah dan nafsu-nafsu lain.

"Nafsu amarah, kerja dia turut nafsu. Apa sahaja yang nafsu nak, kena buat. Breknya apa? Tak ada.

"Sebab itu Allah suruh bertakwa. Melayu ke kamu, Cina ke, India ke, Orang Asli ke, kena bertakwa. Ini brek. Brek ini ialah bila ada rasa sayang kepada Allah.

"Mahu tidak mahu, Melayu khususnya Melayu muslim kena ingat, takwa kepada Allah ialah brek untuk mengikat nafsu amarah," katanya sambil mengingatkan, syurga dan neraka tetap wujud sama ada manusia yakin atau tidak dengan kewujudannya.

"Syurga, neraka ini bukan projek kerajaan, projek Allah," katanya di hadapan kira-kira 10,000 yang hadir.

Rapat Rakyat itu diadakan sebagai menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu yang berakhir Sabtu lalu.

Turut berucap ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan ahli jawatankuasa DAP, Teresa Kok.

Kalau menang 47 kerusi boleh jadi PM ke? Otak di kepala lutut !

 

Umno didakwa terus meniupkan sentimen perkauman dengan tujuan menakutkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu bahawa parti itu bercadang menuntut kerusi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada pilihan raya akan datang. * Negeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, - RM12.2 billion, iaitu paling tinggi dalam sejarah negeri.

Menurut setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, perkara itu adalah mustahil kerana di antara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling sedikit.

“Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.

“Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan?

“Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu,” kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang.

Katanya, Umno sebenarnya kini dalam keadaan terdesak kerana kerajaan persekutuan bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman.

“Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu,” kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang.

“Laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh sepuluh tahun,” katanya

“Walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan kita di Pulau Pinang, serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa, kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat,” kata Lim.

Demi menutupkan kelemahan penyelewenban kewangan dalam BN, Umno menggunakan senjata terakhir iaitu memainkan isu perkauman dan agama terhadap DAP, penganut Kristian, masyarakat Cina dan pengundi DAP.

“Itulah sebabnya kita mesti Bersihkan Malaysia demi menghalang BN menang balik Pulau Pinang dan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13, di mana rakyat akan dipimpin oleh puak rasis yang anggap bukan Melayu warganegara kelas ketiga dan Melayu mudah ditipu supaya rasuah boleh bermaharajalela”

Antara kejayaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat di Pulau Pinang

* dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion.

* pengurangan hutang yang paling besar - 95 peratus atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011.

* berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27 peratus - penurunan yang paling tinggi di Malaysia.

* negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik yang mencemar alam.

* negeri tunggal dipuji oleh Transparency International atas usaha lawan rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka.

* negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan.

* negeri pertama melaksanakan dasar pro kebajikan rakyat dengan memberi sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, pelajar Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran one-off sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1000 kepada waris-waris.

* mencatat peningkatan bilangan penumpang udara yang tertinggi pada tahun 2010.

Sunday, 4 December 2011

HUDUD TERIMA CACIAN LAGI


MENYEDARI bahawa rakannya, Umno di dalam Barisan Nasional penentang perlaksanaan perundangan Islam (Hudud) di Malaysia, MCA melalui presidennya Chua Soi Lek terus menghina dan memperlekehkan hukum Islam.

Chua yang juga pelakon video lucah terkenal itu dengan lantang berkata pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan ‘kemusnahan diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.

Tidak cukup dengan itu Chua turut berkata bahawa sistem perundangan Islam itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman yang kejam


Seperti biasa, Umno yang mengaku Islam akan terus berdiam diri kerana takut kepada pelakon video lucah ini. Biar Islam dihina, dipijak mereka tidak mampu melawan kerana bimbang sokongan bukan Islam akan merosot.

Hanya kerana sebaris ayat, "Mat Indera hero sebenar...", menggelupur Perkasa dan Pemuda Umno ke Balai Polis untuk buat beratus-ratus laporan polis kononnya Mat Sabu sokong komunis.

Tapi bila Hukum Islam dihina, dipijak-pijak oleh "pelakon lucah", Perkasa dan Pemuda Umno bagaikan "ayam berak kapur" terpaksa menerima saja.

 "Demi kuasa politik, Islam jahanam di bawah Umno..."



LU MAHU BERAPA?



Bob Lokman kata pernah 2 orang menteri hubungi beliau.Penceramah dan pendakwah bebas saudara Bob Lokman mendakwa beliau telah dihubungi oleh dua orang menteri dan menawarkan sesuatu kepada beliau.Menteri terbabit dikatakan bertanya kepada Bob Lokman,"Engkau nak apa, Engkau nak berapa?".

Bob Lokman diminta datang ke pejabat mereka tapi tidak dilayan oleh beliau.Bob Lokman mendedahkan perkara tersebut dalam ceramah beliau malam tadi di Markaz Pas Cawangan Seksyen 18, Shah Alam.Bob Lokman tidak mendedahkan siapa dua menteri terbabit.

Bob Lokman kini semakin berani dan bersemangat selepas beliau dihalang pihak berkuasa JAIS kerana berceramah tanpa tauliah di sebuah masjid di Selangor.Pihak Jais telah keluar waran tangkap terhadap Bob Lokman.Ketika mengulas kes tersebut Bob Lokman berkata masjid terbabit telah tiga kali panggil beliau untuk berceramah sebab itu beliau datang.

Bob Lokman kata kes beliau hadir ke masjid tersebut untuk berceramah umpama menolong isteri jirannya minta tolong bawa kereta hantar beliau ke hospital untuk bersalin..Beliau kata tidak ada lesen memandu.Isteri jirannya kata bawa sajalah janji tidak accident.Sampai dipertengahan jalan tidak berlaku accident tapi ditahan polis kerana tidak ada lesen memandu dan dibawa ke balai polis.Kata Bob Lokman takkan tak ada sifat perikemanusiaan langsung pihak berkuasa kerana beliau menolong orang!

Ketika mengulas isu akta RUU yang diluluskan di parlimen Bob Lokman berkata rakyat jangan takut dengan ugutan pihak berkuasa.Sebagai contoh kata beliau Mahatma Ghandhi yang tahu beliau akan ditangkap telah hadir bersama-sama rakyat India yang lain ke jalanraya.Kata Bob Lokman sepatutnya apabila para peguam turun ke jalanraya bantah akta RUU semua rakyat turut serta biar pihak polis tak tahu yang mana satu peguam yang mana satu rakyat biasa.

Begitu juga apabila profesor Dr Aziz Bari dihalang tugas di UIA semua rakyat kena turut serta bantah bukan hanya golongan pelajar saja berdemontrasi.Jika semua rakyat turun di jalanraya berapa banyak sangat mereka mampu tahan dan tangkap?

"Jika pemimpin tidak mahu berubah rakyat akan mengubah.Apabila rakyat buat perubahan pemimpin akan bertukar" kata Bob Lokman dalam forum 'Apa Salah Kami?' di Markaz Pas Seksyen 18 Shah Alam.

KULIAH MAGHRIB 5 DIS 2011 ISNIN USTAZ CHE HARUN

InsyaAllah kuliah maghrib Ustaz Che Harun dengan hurian kitab sunnah wal jamaah. Semoga hurian mengenai akidah, jemaah semua mendapat kebaikan dalam menimba ilmu untuk bekalan atas dunia dan di akhirat. Pakat-pakat marilah. 

Saturday, 3 December 2011

KULIAH MAGHRIB MALAM INI OLEH USTAZ AHMAD IBRAHIM - FEKAH

Kuliah maghrib setiap malam Ahad di SKJ, Ustaz Ahmad Ibrahim akan menyampaikan hurian daripada kitab mustika hadis jilid ke 2. Dan Ustaz menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh jemaah melalui sms dan sebagainya. InsyaAllah perkara yang baik akan mendatangkan faedah kepada kita juga. Semoga kita pakat-pakat meramaikan jemaah surau.

CONTOH PEMINPIN ISLAM YANG SEJATI?

Adakah orang ini yang dikatakan peminpin Islam yang sejati? Ada alim ulama yang Ustaz Azhar pernah perkatakan atau tegur apabila ulama bisu atas perkara yang mungkar jadilah seperti anjing-anjing. Dan apabila perkataan itu terpacul daripada mulut Ustaz Azhar heboh dalam media massa menegurnya kerana tegur peminpin mesti ada cara dan tertibnya. Tapi sampai bila kita mahu lihat peminpin yang berada dalam negara Malaysia terbuka hati untuk menerima teguran daripada alim ulam? Bahkan alim ulama akan dihetam dan dicam sebagai idea kebelakang.

Dan turut sedih berita disampaikan apabila ustaz-ustaz yang pernah mengur peminpin yang zalim akan dihumbang kedalam ISA. Apakah perkara ini patut dilakukan oleh peminpin yang mahukan Islam didaulatkan dalam negara Malaysia?

Sebagai contohnya pernah kita dengar dahulu kisah Ulama tersohor iaitu Dato Haji Ishak Baharom yang di buang kerja di jabatan agama kerana menegur perkara mungkar. Apakah negara Islam akan pecat alim ulamanya bila menegur rakyat jelata yang ingkar perintah Allah SWT supaya berkelakuan baik dan hendaklah menutup aurat? Perkara inilah yang terjadi di negara Malaysia.



Sesungguhnya apabila kita menjadi hamba kepada Allah, maka sudah tentulah menjadi hak Allah untuk menentukan hukum hakamnya. Dan menjadi kewajipan kepada kita sebagai hamba mengikutinya.