BATALKAN SEMUA PROGRAM... PAKAT GI BELAKA! RUGI BESOR KALU DOK GI.
Friday, 4 November 2011
Wednesday, 2 November 2011
KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN
Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".
Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.
Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.
Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila".
Tuesday, 1 November 2011
USTAZ DON DANIEL DON BIYAJID - TV AL-HIJRAH
Siapa tidak kenal dengan Ustaz Don yang sekarang ini semakin popular dengan TV Al-Hijrah. Walaupun jam 10 malam baru bersiaran langsung di kaca TV tetapi peminat sentiasa menunggu waktunya. kehebatannya berceloteh membuatkan peminat semakin bertambah. Walaupun isunya agak nipis yang dikupas oleh Ustaz tetapi secara pratikalnya sudah menjadi lumrah manusia pelupa.
Semoga Ustaz sentiasa tabah menjadi seorang pendakwah bagi menegakkan syiar Islam di muka bumi khasnya Malaysia ini.
Dan mengharapkan Ustaz tidak berselindung atas fakta yang betul walaupun ianya pahit bagi seorang pendakwah yang mencari sesuap makanan atas ilmunya. Semoga Ustaz Don akan menjadi seperti Ustaz Azhar Idrus yang berjaya membawa ilmunya sehingga diterima oleh setiap lapisan masyarakat. Syabas Ustaz Don. Dari Allah kita datang dan dari Allah jua kita pulang. PAKAIAN JAHILLIAH MENYUSUPI MASJID
"Pakaian wanita akhir zaman ini telah lama dinodai oleh idealisma Yahudi. Bukan sahaja untuk peragaan seharian, malah telah menyusupi ke majlis-majlis Islam di dalam masjid seperti majlis pernikahan.
Sebagai umat Islam yang sayangkan Islam, kita perlu tegas dalam memastikan cara pemakaian anak-anak kita dan isteri-isteri kita mengikut syarat-syarat ditetapkan oleh Islam. Sebagai ibu bapa, kena pastikan pakaian yang hendak di peragakan semasa majlis pertunangan, perkahwinan atau pernikahan menutup aurat.
Kini, telah berlambak pakaian yang tak senonoh diedarkan di butik-butik perkahwinan sehigga hampir tiada pakaian yang mengikut syarak dijual di sini. Lambakan pakaian sebegini di butik-butik merupakan trend baru pakaian Umat Jahiliyah Islam di Akhir Zaman.
BANNER “TERIMA KASIH FAM NATANG” DI PASANG DI STADIUM
DILIHAT sebagai menunjukkan bantahan terhadap kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2011, para penyokong yang tidak berpuas hati memasang banner "Terima kasih FAM Natang!" di Stadium Shah Alam malam tadi.
Ramai penyokong yang membantah tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM menaikkan lebih 70% harga tiket perlawanan akhir Terengganu menentang Negeri Sembilan yang dilihat begitu membebankan rakyat.
Tindakan Negeri masing-masing memberikan subsidi harga tiket juga dilihat hanya sebagai taktik untuk menguntungkan FAM. Ini kerana, duit kedua-dua kerajaan negeri merupakan duit rakyat juga.
Sebuah banner dengan logo kelab penyokong bola sepak Negeri Sembilan juga turut kelihatan meminta sokongan orang ramai menurunkan tandatangan membantah kenaikan harga tiket oleh FAM.
Subscribe to:
Posts (Atom)




















