Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Friday, 29 July 2011

PROJEK NAIK TARAF SURAU BATU 2, KAMPUNG JAYA FASA KE LIMA HAMPIR SIAP

Keletihan yang tidak dapat diceritakan apabila setiap malam membuat kerja seperti ini. Daripada jam 9:30 malam hingga jam 2 pagi setiap hari. kalau tidak datang dengan hati ikhlas jangan harap kerja amal akan dipanggil kerja amal. Sebab bila kerja tidak ikhlas banyak penyakit akan datang dalam kepala otak menyeru agar berehat sahaja dirumah bersama keluarga. 

Kerja-kerja seperti ini (amal) amat susah untuk mencari tenaga kerja yang ramai. Sebab itulah perlu hati yang ikhlas dalam pekerjaan. Bila hati sudah terbuka dengan kerja-kerja ikhlas seperti ini, gerakerja akan menjadi seronok. tidak sabar untuk datang lagi menyambungnya. Itulah kelebihan bila hati senang bercampur gembira.

Dalam kerja-kerja amal tiada paksaan dan suruhan. Apa yang anda tahu, buatlah dan bantulah sekadar yang termampu. Anda rasa mahu datang melihatnya sahaja pun kita tidak melarang dan lebih menyukainya. Boleh teman berborak dengan rakan-rakan yang ada. Manalah tahu esok lusa, anda datang dengan semangat waja untuk membantu pula, hari ini datang cuma mahu melihat skil yang ada pada rakan-rakan. Kelebihan anda datang ketempat seperti ini adalah perolehan ilmu secara tidak tersurat. Tiba-tiba anda akan pandai pasang mozek sendiri atau membuat kerja-kerja pertukangan.

 Alhamdulillah ilmu yang Allah SWT berikan kepada kita melalui cara itu. Sekurang-kurangnya anda tidak lagi tertipu oleh tukang-tukang yang asyik merapu apabila anda memerlukannya. Coretan ini sekadar pengalaman daripada seorang yang duduk dalam pejabat dan datang ke surau tetapi boleh membuat rumah sendiri sehingga siap. Tidak pernah memsuki kelas khas pertukangan dan tidak pernah membuat kerja-kerja pertukangan kecuali kerja-kerja amal di surau atau seumpamanya. Alhamdulillah Allah berikan kesenangan dalam kerja kerja kita lakukan. Tipsnya jangan kita tinggalkan solat berjemaah dan diwaktu azan dilaungkan berhenti dalam membuat sebarang aktiviti  sehingga habis kedengaran azan. Cuba anda lakukannya sekarang, mudah-mudahan anda sudah tergolong dalam kumpulan yang pandai membuat kerja. Tidak cuba, tidak tahu. sudah cuba baru tahu.


Bapak Kontraktor ada, Tok Arab ada, Tok Batin pun ada. Bincang projek akan datang kot. 

Kalau solat di katakan tiang agama. Tapi kalau di SKJ perkemaskan tiang adalah ini orangnya. Pakar bahagian tiang.

Encik Zahari kepala Tukang. SKJ mengucapkan berjuta-jutaan terima kasih diatas kerahan tenaga empat kerat yang kamu kerluarkan atas projek amal SKJ. Sesungguhnya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

"Slagpot" itulah kata-kata awak-awak kepada Pak Awang.


Walaupun baru balik daripada kerja di Gebeng, tetapi semangat untuk bersama rakan-rakan dalam kerja amal, sangat di puji dan sanjung oleh rakan-rakan mu. amat mulia sungguh hati mu wahai insan yang bernama Encik Zukri. Bertuah sungguh SKJ mempunyai hamba-hamba Allah sepertinya.

Encik Rahim Pakar bahagian potong mozek.

Pak Awang Scotland "Tok Bilal" sanggup datang setiap malam bagi menyudahkan kerja amal. Pak Awang pakar bahagian finishing slag.

Jarum jam sudah menunjukkan waktu 2 pagi, semua sudah keletihan, sambung besok pulak sebagai hari terakhir sebelum ramadan. Dan selepas ramadan projek ini akan diteruskan lagi.

Berkemas. 

Setelah kita lancarkan perlunya dana  RM8 ribu untuk projek ini, Alhamdulillah sambutan menggalakan daripada hamba Allah. Walaupun masih tidak mencukupi pada target awalnya. Dan SKJ masih membuka lagi ruang kepada penyumbang dan penderma yang masih bermurah hati untuk membuat kerja-kerja amal melalui bentuk kewangan.

Wednesday, 27 July 2011

Warkah buat saudaraku anggota polis


Dr Mohd Asri Zainul Abidin
 
Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. 

Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.

Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.
Cegah kemungkaran

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'.
Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.
Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): “Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).
Nabi s.a.w pula bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.
Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.
Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,
Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.
Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri.
Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.
Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.
Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Doa orang dizalimi
Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.
Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.
Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.
Tunggu balasan
Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya): “Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.
Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.
Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).
Sabda baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).
Arahan atasan
Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'.
Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.
Kata 'Umar bin Hubairah: “Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?
Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.
Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.
Tanggungjawab kepada Allah
Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.
Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.
Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,

Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.
Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil.
Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

Tuesday, 26 July 2011

KENAPA BILA PR MEMERINTAH DIKAITKAN DENGAN HURU HARA?


Ingatkan PEKIDA, PEKASA sahaja yang rasis. Sebelum Bersih 2.0 baru-baru ni pun dah ingat K.Lumpur akan memandikan darah. Yelah!!! Para ahli silat pun nak mengamuk jugak kalau Bersih 2.0 diteruskan. Ibrahim Ali, jangan cakaplah… pengalaman beliau ketika Mageran di Kelantan sudah diketahui umum.

Takut sangat ke kalau Umno hilang kuasa. Sehingga MCA pun percaya dengan khurafat Umno ini. Kalau Umno-BN kalah, negara jadi huru-hara. Pembangkang pernah memerintah negeri Terengganu pada tahun 1959 dan 1999. Takde pulak huru-haranya. Pas memerintah Kelantan sejak 20 tahun dulu dan sehingga kini, takde pulak huru-haranya. Dan kini PR memerintah P.Pinang, Kedah dan Selangor. Mana ada huru-haranya? Yang huru-hara dinegeri tersebut adalah Umno dan kompenan BN. Pas menerima kekalahan meskipun 12 kali pilihanraya umum diperingkat parlimen. Taklah pulak Pas nak mengamuk. Meskipun ditipu dalam pilihanraya tetapi Pas masih lagi bersabar menghadapi kerenah SPR dalam setiap kali PRU. Pelbagai fitnah yang dilemparkan oleh parti pemerintah sehingga kini.

Kalau Pas boleh menghadapi kekalahan, apakah Umno-BN tak boleh terima ke kalau kalah dalam Pru-13 nanti untuk pertama kali. Siapa yang nak huru-harakan negara?. Takkanlah apabila PR memerintah mereka nak huru-harakan Negara. Tentulah mereka nak pastikan agar Negara ini aman dan lebih aman daripada Umno-BN memerintah kecualilah bagi mereka yang kalah, merekalah yang nak lihat seolah-olah apabila PR memerintah, nescaya berlakulah huru-hara?

Adakah Umno-BN tidak percaya kepada pihak polis dan keselamatan Negara yang sudah ditarbiyyah melebihi 50 tahun sejak merdeka oleh Umno-BN untuk menjaga negara. Yang pelik tu, MCA yang menyuarakan bahawa negara akan menjadi huru-hara jika PR memerintah. Sedangkan selama ini yang membikin huru-hara adalah Umno-BN. Semasa berlakunya peristiwa 13 Mei, yang memerintah adalah Umno. Yang menghunus keris adalah pemimpin Umno. Manakala Pas yang mentadbir Kelantan tiada berlaku kekacauan.

Hakikatnya yang dikapak adalah Samad Gul, yang dibunuh di Lubuk Merbau, diMemali adalah orang Pas. Si pembunuh adalah Umno dan pimpinan yang mengeluarkan arahan. Yang di ISA adalah pimpinan Pas dan DAP. Yang dipenjara dan ditumbuk adalah DS Anwar Ibrahim. Tetapi yang difitnah adalah Pas dan PR.

Inilah politik lempar batu sembunyi tangan. Kata pepatah arab “ .. dia pukul aku, dia yang menangis”. nampaknya api fitnah dibakar lagi...

Pentadbiran Negara akan menjadi huru hara dan perbalahan politik terus merebak jika Pakatan Rakyat (PAS,DAP, PKR) dibenarkan memerintah negara ini.

“Keadaan ekonomi dan kesejahteraan rakyat akan turut terjejas,” kata wakil parti MCA Terengganu, Encik Yeo Sin Soon ketika berucap di Konvensyen Barisan Nasional (BN).

Katanya, BN mesti mendedahkan segala tipu helah mereka dan memberi penerangan hingga ke akar umbi mengenai senario yang akan berlaku jika PR berjaya mengambilalih pucuk pimpinan negara.

MUSLIMAT SEJATI





Monday, 25 July 2011

PROJEK NAIK TARAF SURAU BATU 2, KAMPUNG JAYA FASA KE LIMA HAMPIR SIAP

Mungkin 3 atau 4 malam lagi akan siap sepenuhnya.


Terima kasih kepada Abang Halim, walaupun keadaan sakit buah pinggang dan kebas tangan tetapi masih sudi menghulurkan tenaga yang termampu olehnya. Tetapi dimanakah rakan-rakan kita yang lain? Tidakkah bersimpati dengan kerja-kerja gotong royong di rumah Allah?




Terima kasih Tuan Haji Mukhtar yang sedia menolong mengangkat mozek. "Berat tu abang aji". Untuk pengetahuan Jemaah, Tuan Haji akan ke Mekah pada 1hb. Ogos 2011 untuk menunaikan Umrah.


Guana bang? keletihan ke? jam sudah menghampiri 2 pagi. Jom berkemas kita balik sambung besok pulak.

Sunday, 24 July 2011

YB PAS N0 1 TERENGGANU BERADA DI KEMAMAN PADA 23hb JULAI 2011

Ceramah di Dataran Pasti Adam Mak Chili

Dailog bersama Pimpinan Pas Kawasan Kemaman

Ustaz Saifulbahri pun datang memberi ceramah

Cenderahati Kepada muslimat yang ditahan sewaktu BERSIH 2.0

Haji Omar salah seorang peserta SKJ yang kena tahan BERSIH 2.0 

Ucapan tahniah atas keberanian peserta oleh YB

Mudir Sekolah Rendah Agama Darul Al Taqwa Bakau Tinggi.





Encik Gani peserta daripada Bukit Kuang

Bergambar sebahagian peserta BERSIH 2.0 yang ditahan. Takbir

PROJEK NAIK TARAF SURAU BATU 2, KAMPUNG JAYA FASA KE ENAM


 Projek ini memerlukan RM10 ribu target awal perancangan untuk dijadikan dataran. Oleh itu pihak SKJ amat memerlukan sumbangan barangan (pasir kotor @ seumpamanya) daripada anda bagi menlancarkan perancangan projek fasa ke 6 ini. Target pasir yang diperlukan 50 lori tayar 10 untuk merata permukaan bagi menutupi permukaan tanah merah.