Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Monday 6 May 2013

SIAPAKAH BAKAL MB TERENGGANU?


UMNO dapat 17 kerusi dan PAS dapat 15 kerusi. Maka UMNO jugalah pemenangnya. Bila menang, MB dari puak dialah. Besar kemungkinan Mad Said kekal sebagai MB. Tapi jangan tolak kemungkinan orang lain jadi MB. Mana tahu ada main tarik tali antara kem beliau dengan kem Deris Jusoh. Mad Said dok gagoh sekarang. Kalau puak Deris ugut nak sokong PAS, serabut perut tungging nyior abang Mad kita.

Macamana pula perkiraan bapak dia di KL tu? Mungkin inilah masa sesuai Najib perbetulkan UMNO Terengganu. Mungkin cari jalan fair and square. Tapi jenis Mad Said ni bukan boleh main dengan dia. Jenis terajang orang sebelum jatuh. Masa nak jadi MB 2008 dulu pun dia dok takut ke geng Deris Jusoh. Inikan pula dah ada kuasa dan team yang agak kuat.

Tapi doksoh buat bengkeng sangat Abang Mad. Geng Deris Jusoh peduli apa? Orang Besut gedebe jugok. Kalau mu nampok pongoh sangat, aku boleh join dengan PAS. Kalau PAS nak beri aku jadi MB, aku dok kira. PAS nak dua kerusi sahaja. Geng aku bila-bila masa boleh melompat sekadar 2 orang tu.
Geng Deris Jusoh dok berani nok buat sampai begitu? Nung, bapok di KL jeling tu. Hendak tak hendak, Mad Said kena turut retet kehendak kem sana. Biar patah kuku sikit. Dok tahulah pulok, kut-kut Najib nak orang lain sungguh. Dalam keadaan sekarang, Najib jangan buat hal. Kang naik MB dari PAS kang. Terimalah seadanya. PAS dok main ikut pintu belakang. Tapi kalau ada ADUN BN yang nak seiring dengan PAS, silakan.

Kalaulah mati seorang ADUN BN, ditakdirkan pula PAS menang pilihanraya kecil, guana jadi Terengganu kita. Sama banyak 16 lawan 16. Siapa yang pening kepala nak tentukan kerajaan? Nak main one two zoom? Bodohlah kata Ustaz Azhar. Patut-patutnya dah diadakan persempadanan semula dan pertambahan Parlimen dan DUN di negeri kita ni. Tapi nak buat guana, UMNO kira perut dia. Itulah parti perut; parti gerakan, dok gerok dok makang, kata puak dia.

Last sekali, apa kata pula Tuanku Sultan? Adakah Tuanku masih berkenan dengan Mad Said? Ampun Tuanku.




No comments:

Post a Comment