Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Wednesday 15 February 2012

MAJLIS PERPISAHAN DENGAN CIKGU LIE

Cikgu Lie yang sudah 20 tahun berada di bumi Kemaman akhirnya bertukar juga ke bumi Kuala Balah Jeli Kelantan. Malam tadi adalah malam terakhir jemaah SKJ bersamanya. Jawatan yang terakhir Cikgu Lie pegang Ketua Lujnah Tarbiyah Pas Cawangan Kampung Jaya dan merangkap pengerusi Usrah Kampung Jaya.



Sebagai Kenangan di SKJ.


Cikgu Lie sentiasa ceria walaupun dalam duka. Itulah istimewanya seorang yang telah berjiwa hijau. Tetap tabah, cekal dan berani. InsyaAllah cawangan hijau kita akan subur disana pula.

Majlis diraikan di kedai Anjung Permai selepas solat isyak. Rakan-rakan yang hadir memberi semangat agar terus berjuang demi kemenangan didunia dan di akhirat. Majlis yang penuh dengan kesyukuran dan hilai tawa tanpa menandakan sedikit kesedihan. Walaupun didalam hati sebak untuk melambaikan tangan tanda perpisahan. InsyaAllah kita akan berjumpa semula.



No comments:

Post a Comment