Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Saturday 11 February 2012

KECURIAN DAN ROMPAKAN BERSENJATA DI MAK CHILI



Dalam tempuh dua minggu ini kawasan sekitar Mak Chili, Chukai tidak tenteram siang dan malam ada sahaja kes kecurian, rompakan bersenjata dan ragut. Apakah ini satu sasaran oleh kumpulan tertentu untuk cepat kaya? Bermula dengan rompakan bersenjata di Jalan Sena yang mendapat liputan meluas oleh media masa sehinggalah masa kenduri pun masih ada lagi yang mengambil kesempatan dengan meragut tetamu jemputan. Apakah ini satu pembalasan Allah SWT kepada kita yang menetap di kawasan Mak Chili?

Kalau dilihat sasaran perompak bersenjata dan pecah rumah berlaku di kawasan Mak Chili adalah penghuninya guru. Adakah guru sekarang sudah dimurkai oleh Allah? Sesuatu perkara yang baik telah disembunyikan oleh guru? Adakah guru sekarang sudah tidak ikhlas mengajar dan lebih utamakan kelas tambahan atau kelas tuisyen? Apa-apa pun yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang jahat itu kelemahan pemimpin yang zalim. Apakah fenomena ini sudah dirancang ataupun kebetulan? Kalau kita halusi lagi perkembangan terkini apa yang berlaku disekitar ini, pembuatan penjenayah ini sudah dirancang dan mempunyai ahli kumpulan yang ramai. Kumpulan ini seakan-akan dibahagi-bahagikan kepada laluan yang berasingan.

Kumpulan ini mungkin terdiri daripada pendatang dan orang tempatan. Mungkin juga ahli kumpulan ini yang sudah mahir kawasan Mak Chili yang hutan berpaya. Apa yang tersirat adalah semua tukang rumah di kawasan Mak Chili di monopoli oleh pekerja dari pendatang.

Memang diakui kawasan Mak Chili keadaan rumah berupa banglo dan penghuninya yang bergaji hebat-hebat, tetapi itu sebahagian sahaja. Sebahagiannya adalah persara, duit pampasan dan harta pusaka. Dan dicelah-celah banglo ini ada juga yang miskin, anak yatim dan ibu tunggal.

Atas peristiwa ini, mungkin Allah SWT cuba ingatkan kita, apakah yang telah kita lakukan sebelum ini. Adakah kita sudah mengeluarkan zakat? Adakah kita sudah ambil cakna tentang anak yatim? Adakah kita sudah menjenguk ibu tunggal yang berhampiran dengan banglo kita? Persoalan ini harus dijawab oleh kita dengan iman. Jika roh iman kita sudah rosak, maka rosaklah segalanya. Jadilah kita seperti orang yang bukan Islam. Hidup untuk senang, pergi kerja dan balik berehat dirumah. Sampai masa pergi cuti-cuti Malaysia. Dimana tanggungjawab kita sebagai orang Islam? Rumah Allah hanya setiap Jumaat sahaja kita luangkan. Apakah ini kemakmuran yang kita cari dalam beragama?

Kita lebih banyak masa berada dirumah daripada rumah ibadat untuk mendengar tazkirah dan kuliah serta majlis agama. Kita hanya berehat sambil menonto TV dan tidur. Apa-apa program di rumah Allah, langsung kita tidak ambil cakna. Bahkan ada segelintir daripada kita yang membenci kuliah agama. Mereka lebih berminat dengan rancangan di TV. Sekiranya cerita di TV yang boleh menyedarkan kita dari kelalaian, Alhamdulillah. Tetapi kebanyakannya rancangan TV adalah perkara yang melalaikan serta berupa program maksiat dan mungkar. Apakah kita suka, rumah kita dipenuhi dengan jin dan iblis? Adakah kita suka malaikat rahmat tidak datang ke rumah kita?

Dalam kita bekerja mengumpul harta, apakah yang sebenarnya untuk kita perbanyakannya dari sehari ke sehari? Adakah untuk menjamin masa depan? Adakah kita terfikir sebelum kejadian ini, harta kita kan dirampas oleh orang? Bayangkanlah kita simpan duit sampai puluhan ribu di rumah. Tiba-tiba datang perompak , Nauzubillah. Habis harta kita diangkutnya. Bayangkan selama ini kita sangat kedekut kepada zakat, sangat kedekut kepada derma anak yatim dan tidak prihatin kepada ibu tunggal. Dan paling malang sekali apabila kita berkira-kira untuk menyumbangan harta kita kepada masjid dan surau.

Kehadiran kita ke masjid dan surau setiap malam hanyalah di bulan puasa. Apakah ini caranya yang dituntut oleh Allah SWT kepada kita agar memakmurkan rumah Allah? Sesungguhnya terlalu jauh sangkaan kita terhadap agama kita sendiri. Kita terlalu jahil dan bodoh dalam hukum ilmu fekah, ilmu tauhid apalah lagi ilmu tasawuf. Sebab itulah saban tahun kita memakan harta anak yatim, makan daging aqiqah yang tersalah hitung, memakan daging korban yang tersalah hitung, memakan daging yang sudah dilafaz nazarnya, mamakan harta pusaka dan bermacam-macam lagi yang haram kita katakan halal.

Dari peristiwa ini, marilah kita sama-sama menghidup kembali tuntutan agama dalam bermasyarakat. Janganlah kita menhukum pencuri dan merompak itu dengan membunuhnya. Kembalikan tuntutan agama kita apabila mencuri potong tangan dan merompak potong tangan dan kakinya secara besilang. Dan lantiklah pemimpin dikalangan orang yang takutkan kekuasaan Allah. Sesungguhnya arahan ini sudah termaktub didalam Al Quran, tetapi kita sengaja tidak melaksanakannya. Maka terimalah akibatnya seperti perkara ini.

Ajakan dari peristiwa ini juga, kita lihat anak remaja sudah takut untuk keluar malam. Kalau dahulunya sampai ke subuh hari baru pulang. Ayah dan ibu tidak risau dan tidak kisah tentang perkembangan anak-anaknya diwaktu malam, tetapi atas kejadian ini banyak perubahan telah berlaku. Ayah dan ibu sudah menampak tanda sayang dan kasihnya kepada anak-anak. Alhamdulillah.

Oleh itu, dari peristiwa yang berlaku sekarang ini di Mak Chili sama-samalah kita bersolat hajat memohon keampunan dan kerahmatanNya agar diselamatkan sebarang bala yang menimpa. Kembalilah kita kepada ajaran agama Islam secara keseluruhannya dan tidak menolak walau sebaris ayat Al Quran pun. Maka berjanjilah kita akan taat sepenuhnya ajaran Nabi Muhammad S.A.W dan mengikuti sunnahnya serta mendengar pesanan dari pewarisnya iaitu alim ulama. Dan kita lakukan perubahan pemerintahan yang berteraskan ajaran Islam yang keseluruhannya telah diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Pilihlah alim ulama sebagai peneraju dalam Negara kita ini. InsyaAllah janji Allah kepada kita dalam Al Quran akan mencapai kejayaan yang cemerlang dan terbilang. “PAS UNTUK SEMUA”


                                                                              

No comments:

Post a Comment