Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Monday, 26 September 2011

UTUSAN CELUPAR LAGI

Kenapa manusia ini terlalu jahat sehingga sanggup hina hukum hudud dan hina Al Quran serta ayat suci. Manusia ini betul-betul tempah neraka. Nauzubillah. Jangan main-mainkan ayat suci Al Quran wahai manusia yang bebal kepala otak.

PEMINPIN NAIK BAS, APA YANG HAIRANNYA...

Yang PM naik tu macam bas milik Dato Abu Talib yang boleh naik 7 orang sahaja. Lengkap 1 set bilik tidur, bilik air, ruang tamu, ruang mesyuarat. Tapi yang MB Kelantan naik tu jenis bas biasa je... 40 orang penumpang.

MANUSIA OH MANUSIA

 DUNIA SEMAKIN PELIK

BERPULUH lelaki dan sekurang-kurangnya seorang wanita mengambil bahagian dalam sebuah tunjuk perasaan di San Francisco Amerika Syarikat. Bezanya, tunjuk perasaan ini dibuat dalam keadaan semua pesertanya berbogel.

Beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk yang bertulis "Bogel bukan kesalahan jenayah" dalam tunjuk perasaan itu yang diadakan sabtu lalu.

Secara umumnya daerah San Francisco tidak melarang perbuatan berbogel di khalayak ramai, namun baru-baru ini seorang pemerhati bandar telah mengusulkan satu undang-undang kawalan terhadap amalan itu.

Pemerhati, Scott Wiener menyarankan agar dikenakan peraturan untuk mengenakan pelindung bahagian kemaluan di restoran.

Beliau juga mengesyorkan agar orang ramai yang ingin berbogel menutup bahagian pinggang ke bawah ketika berada dalam kenderaan awam.

Namun apabila ditanya, Mitch Hightower, penganjur tunjuk perasaan bogel itu berkata, gerakan pihaknya adalah untuk menggalakkan penerimaan terhadap anggota badan manusia tanpa mengira apakah bentuk dan rupanya, bukan untuk menentang cadangan terhadap undang-undang itu.

"Orang ramai di sini, yakin bahawa tiada sebarang ketidaksopanan atau kesalahan terhadap anggota badan manusia," tambahnya.

Orang ramai yang lalu lalang di situ kebanyakkannya tersenyum melihat gelagat para peserta demonstrasi bogel itu. Segelintir mereka berhenti seketika untuk bergambar bersama lelaki-lelaki bogel.

"Saya langsung tak rasa malu pun," kata Michael Zaverton, 58 salah seorang peserta yang ditemubual.

Bagaimanapun dia mengakui tidak pasti sama ada akan menyertai lebih banyak demonstrasi bogel seperti ini di lain waktu.

"Ia memerlukan keyakinan sedikit kerana kebanyakkan lelaki-lelaki ini, tidak memiliki badan yang cantik," tambahnya lagi dalam nada bergurau

1432 HIJRAH SURATAN ATAUPUN KEBETULAN?

Kejatuhan peminpin negara pada tahun 1432 hijrah

POKOK PELIK


Yang jadi bertambah pelik lagi, 1 Malaysia kat baju tu, apa motifnya?



REKAAN KENDERAAN PELIK


















Sunday, 25 September 2011

SAMBUTAN AIDIL FITRI BERSAMA ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL ANJURAN NGO CAKNA KEMAMAN

23hb. Sept. 2011 Jumaat selepas solat asar. SKJ menjadi pilihan Ustaz Zulkifli dan Kru-kru NGO Cakna Kemaman untuk memohon pertolongan bagi menjayakan program siang daging lembu untuk masakan gulai pada 24hb. sept. 2011 hari sabtu. Alhamdulillah AJK SKJ sentiasa bersedia untuk membantu mana-mana pihak yang memerlukan perkhidmatan   kami. Inilah dakwah kami (SKJ) memberi bantuan kepada mana-mana yang perlu dan yang boleh kami lakukan. Semoga pendekatan yang kami bawa ini dirahmati oleh Allah SWT hendaknya, Amin.








Alhamdulillah sudah siap jam 6:15 petang...Ok Ustaz Zul.

24hb. Sept. 2011 Sabtu jam 9 pagi hingga 2 petang program sambutan hari raya aidil fitri bersama anak yatim dan ibu tunggal berjaya dirialisasikan oleh NGO Cakna Kemaman. Bertempat Masjid Pengkalan Pandan. Terima kasih kepada pihak Masjid kerana memberi ruang kepada anak-anak yatim mengenali keindahan suasana disini. Tahniah diatas kejayaan anda. Dan mana-mana syarikat, individu dan badan-badan berkanun yang berminat untuk sama-sama menjayakan program anak yatim dan ibu tunggal dimasa akan datang bolehlah berhubung terus dengan Ustaz Zul Bukit Mentok (019-9037683) ataupun talian Surau Kampung Jaya yang tertera di kepala blog.



Inilah dia orang kuat NGO Cakna Kemaman Ustaz Zulkifli Ahmad handsomenya..... ibu tunggal tidak terpikat ke? Ada 3 kekosongan lagi tu..... jangan marah Ustaz ye, gurau je. Isteri ustaz ada sebelah tu.


Waktu zohor sudah masuk, anak-anak boleh mengambil tempat untuk kita sama-sama solat berjemaah. Alhamdulillah, anak-anak lelaki tiada yang uzur. Cuma ibu tunggal dan adik muslimat je ramai yang uzur ABC. Tapi yang tu....usia dah..... uzur jugak ke? Bersangka baiklah kita ye.







Bergaya sakan kita ye...




Cabutan bertuah untuk anak yatim




Segala makanan diutamakan anak yatim memakannya terlebih dahulu sepuas-puasnya. Selebihnyalah barulah anda boleh merasainya sekiranya ada lagi yang berbaki. Anak Yatim berumur 17 tahun kebawah sahaja yang layak.






Awi satay menjadi pilihan. memang sedap sataynya. NGO Cakna tempah 6 ribu cucuk?