Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday 29 May 2011

KENANGAN YANG TIDAK DAPAT DI GAMBARKAN DENGAN CERITA

Gambar ini dirakan sebelum kejadian tanah runtuh berlaku. Mereka ketika ini sedang berlatih nasyid. Tengok la wajah anak-anak kecil yang berserban dan berjubah. Mereka pergi selama-lamanya menemui Allah Yang Esa. Allah SWT turutkan bala bagi orang munafik dan ujian bagi orang mukmin ini berbagai bentuk mungkin ini salah satu daripadanya. Dan kepada mereka-mereka ini kumpulan munafik supaya kembali kepangkal jalan iaitu Agama Islam yang sebenar dan keseluruhan arahan serta suruhannya supaya sentiasa dipatuhi dan di ikuti jangan jadikan hiasan atas nama MELAYU ISLAM. Dan kepada mukmin yang sentiasa redha atas ujian Allah SWT akan mendapat kerahmatan di akhirat kelak InsyaAllah. Amin. 

Al Fatihah.

Terima kasih kepada senator Sharizat Jalil di atas penghinaan beliau kepada pusat pengjagaan anak yatim ini. Semoga Alla membalas dengan balasan yang setimpal. Sesungguhnya dalam isi rumahnya ada anak yatim, maka rahmat Allah tidak putus-putus. Apatah lagi kalau kita yang melaksanakan tanggungjawab itu untuk kebahagian anak yatim. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment