Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Tuesday, 3 July 2012

Bijih besi pula ditemui diekport


KOTA BHARU: Ketika kerajaan pusat masih menafikan hak Kelantan ke atas royalti petroleum, sebaliknya bijih besi pula ditemui di bumi negeri ini.

Bijih besi tersebut sekarang dieksport sebanyak 40,000 tan metrik setiap minggu melalui Tok Bali ke China.

Kapal dari China kini berlabuh kira-kira 1.4 batu nautika dari pantai Tok Bali bagi mengangkut bijih besi, di mana ia diangkut ke kapal menggunakan 20 tongkang dari jeti di Tok Bali. (Gambar atas)

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa (gambar)berkata, sebelum ini bijih besi tersebut dieksport ke China melalui pelabuhan di Kemaman dan Kuantan yang melibatkan kos agak tinggi.

“Namun sekarang bijih besi tersebut dieksport melalui pelabuhan di Tok Bali yang ternyata lebih menjimatkan kos pengangkutan,” katanya menjawab soalan Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) pada persidangan Dun hari ini.

Beliau berkata, hasil royalti tersebut dijangka dapat menampung kos pembinaan pembinaan lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu.

Menurutnya daripada hasil royalti besi sekurang-kurangnya dapat menampung bayaran tertunda projek lebuh raya berkenaan yang ditetapkan dalam masa 25 tahun.

“Kita telah berusaha memecahkan benteng kongkongan dan halangan oleh kerajaan pusat sebelum ini. Idea yang dicetus Menteri Besar bagi mengamalkan konsep wakaf sebagai satu nilai tambah.

“Usaha itu ternyata mendapat sambutan menggalakkan biar pun promosinya belum dilakukan secara meluas, namun dana yang disumbang secara online sekarang sebanyak RM430,000,” ujarnya.

Kata beliau kerajaan negeri akan mewujudkan dana amanah di bawah Perbendaraan Negeri bagi mengurus sumbangan orang ramai.

Malah pada 7 Julai ini artis-artis yang menyertai PAS akan mengadakan program khusus bagi menyokong projek lebuh raya rakyat.

“Pada Ramadan nanti kita juga akan lancarkan kutipan dana di Kuala Lumpur bagi membolehkan orang ramai turut sama menyumbang,” ujarnya.

Husam juga memberitahu lapan juruukur yang mengambil alih peranan juruukur awal menyiapkan jajaran projek lebuh raya rakyat sudah berjaya menyiapkan kerja-kerja ukur sepanjang 30 km.

Kata beliau kerja-kerja mengukur jajaran jalan raya tersebut sebenarnya sudah disiapkan pada 2007, namun juruukur yang terbabit tidak dbenarkan menyerahkan laporan kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun katanya, kerja-kerja pembinaan lebuh raya tersebut dijangka akan dimulakan selepas mendapat kelulusan mesyuarat Exco kerajaan negeri dalam masa terdekat ini.

Menurutnya jentera berat milik syarikat juga sudah berada di lokasi bagi memulakan kerja-kerja pembinaan.

“Kita akan laporkan setiap minggu perkembangan projek pembinaan lebuh raya tersebut selepas ini bagi pengetahuan rakyat,” katanya

‘Itali tewas’ 4 das


Oleh Mary Victoria Dass 

JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis kini koma selepas ditembak empat das oleh rakan setugasnya ketika berselisih faham ketika mereka bersama-sama menonton perlawanan akhir kejohanan bola sepak Euro 2012 antara Itali dan Sepanyol menerusi skrin besar di sebuah premis hiburan, awal pagi semalam. 

Pertembungan dua pasukan bola sepak gergasi Eropah itu berkesudahan Sepanyol yang terkenal dengan jolokan La Roja menumpaskan pasukan Azzurri 4-0. 

Kejadian berlaku di sebuah premis hiburan di Taman Nusa Bestari, di sini, pada jam 4 pagi dan mangsa seorang konstabel berusia 24 tahun berasal dari Sarawak.

Sumber polis berkata, mangsa ditembak di perut sebelum rebah di tempat kejadian. 


“Mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru,” katanya.

Admin: Ini mesti ada kaitan dengan penjudian ataupun pertaruhan.

Bilik MB di intip

 

Ingat lagi kejadian yang berlaku dibawah ini pada Ogos 2011? Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terjumpa sebuah kamera tersembunyi didalam pejabatnya.

Menurut Khalid, dia tak tau berapa lama kamera tersebut berada dan diletakkan disitu dan siapa yang meletakkan kamera tersembunyi tersebut.

Tambah Khalid lagi, mereka hanya menjumpai satu saja video, iaitu yang terdapat didalam kamera tersebut.

Hari ini, salah satu daripada video tersebut sepanjang 15 minit (BUKAN yang terdapat dalam kamera tersebut) untuk menunjukkan bahawa wujudnya terdapat lebih banyak video.

Tidak ada apa yang sensasi dalam video ini walaupun orang-orang memberitahu bahawa terdapat adegan yang boleh memalukan Khalid dalam video-video yang lain.

Video ini hanya menunjukkan Khalid terlebih manja dengan seorang wanita yang bernama Rahimah binti Kamarudin.

Rahimah merupakan Setiausaha Khalid dari Guthrie Berhad, yang dibawa untuk bekerja dengannya dipejabat Menteri Besar.

Dan orang-orang yang sakit hati kerana Rahimah kelihatan terlalu berkuasa dan orang membuat andaian bahawa terdapat satu hubungan intim diantara Khalid dan Rahimah.

Adakah ini video yang dipasang untuk memerangkap Khalid dan Rahimah dalam keadaan yang mencurigakan?

Hanya mereka yang memasang kamera tersembunyi tahu tujuan mereka.. tak kira siapa pun.

Sebenarnya, kamera tersembunyi itu telah diletakkan dipejabat Khalid sejak sekian lama dan terdapat lebih dari satu video selain dari yang dijumpai didalam kamera tersebut,

Persoalanya: siapa yang meletakkan kamera tersebut dan siapa yang menyimpan semua video tersebut. Juga, adakah terdapat video-video terlampau yang boleh menjejaskan ataupun boleh digunakan untuk mengugut Khalid?

Monday, 2 July 2012

Bagaimana cara untuk mengesan kedai makan yang menggunakan pelaris syirik?

 

Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ini tiada lagi yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.

Jadi, bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut?

Cara mudah untuk tahu sesebuah kedai mempunyai pelaris (khadam jin) adalah denganmembaca ayat Qursi 3 kali di luar kedai. Sebaiknya semasa di dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri, puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam Ustaz Ismail Kamus ajar).

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "khadam" akan marah dan akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah sebegitu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir:

1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith:

Ertinya: Baginda S.A.W telah berkata kepadaku: "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa Yang Disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 (Nuzhatul Muttaqin, no 1457, 2/229) At-Tirmidzi: Hasan Sohih, An-Nawawi: Sohih.

Seorang Imam Muda

 

Berita yang telah tersebar di Face book mengatakan seorang Imam Muda yang telah membenarkan TG Nik Aziz menjadi Imam Solat Jumaat di Masjid Jamek Pasir Gudang, minggu lalu telah digantung tugasnya.

Imam tersebut yang bertugas di Masjid tersebut dikatakan telah memberikan laluan kepada TG Nik Aziz menjadi imam.

Jika ini benar... UMNO telah menunjukkan kepada kita, kerana dendam mereka sanggup lakukan apa saja hatta menggantung tugas seorang Imam yang muda kerana hanya beliau menghormati seorang yang lebih tua darinya dan sudah tentu jauh lebih berilmu darinya..

Apa yang salah jika Imam yang muda itu memberikan laluan kepada TG Nik Aziz untuk menjadi Imam?

Adakah UMNO Johor takut perkara ini menadi bualan rakyat Johor dan jika rakyat Johor membandingkan keperibadian MB Johor dan MB Kelantan ianya amat berbeza..

Ada sesiapa tahu sepanjang jadi MB Johor dah berapa kali pemimpin dari UMNO ni menjadi Imam solat jumaat?

Selebriti Hairie Othman

 
KUALA TERENGGANU - Selebriti Hairie Othman yang telah mengumumkan menyertai perjuangan PAS pada pada 20 Jun lalu disahkan akan hadir dan memeriahkan program PAS Ganti Umno Kali Ke-4 (PGU04) di Kampung Padang Mengkuang pada 29 dan 30 Jun ini.

Menurut Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu, Zaidan Abdullah, Hairie akan muncul dalam program Santai Ustaz Azhar Idrus bersama Selebriti Leman Raja Lawak.

“Hairie akan hadir program PGU04 dan bersama sesi ‘Xpresi Hijau Anak Muda’ yang bermula jam 2 petang pada Sabtu,

“beliau bersama Leman Raja Lawak akan berada sepentas dengan Ustaz Azhar Idrus,”ujarnya.

Sementara itu, semalam Rabu 27 Jun, Hairie telah mengadakan pertemuan empat mata dengan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat.

Menurut Pegawai Khas Tuan Guru Nik Aziz, Wan Zulkifly Wan Yaacob, pertemuan tersebut telah diadakan disebuah hotel di Kuala Lumpur.

“Tok Guru hadir ke Kuala Lumpur sempena mesyuarat Majlis Raja-raja, Hairie datang untuk bertemu dengan Tok Guru kira-kira pada jam 1 petang,”jelas Wan Zul ketika dihubungi Buletinonline.

Beliau berkata, Hairie menghabiskan masa kira-kira sejam dan sempat solat zohor berjamaah bersama dan makan tengah hari bersama Menteri Besar Kelantan itu.

Sehubungan itu, komen dalam laman sosial beliau, dibawah gambarnya bersama Tok Guru, Hairie menulis; “ Saya budak baru belajar, pimpinlah,didiklah saya kearah yang lebih baik..saya menyokong dan bersama dalam perjuangan menegakkan dasar Islam.. Allahuakbarr..,”.

Dalam komen lain, Hairie mengkritik tindakan kerajaan Umno-BN yang mengugut dan memaksa memilih parti tersebut pada pilihanraya umum akan datang.

“Ini lagi satu cara mengguna kuasa memerintah sesuatu kerajaan dengan memaksa rakyat memilih dengan paksaan. Jikalau parti lain memerintah, apakah anda setuju dengan cadangan memaksa rakyat ini?,”soal Hairie.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berita Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Said  yang meminta individu meletakkan jawatan dalam kerajaan sekiranya menyokong pembangkang

Hairie juga pelik dengan sikap taksub seorang penyokong Umno-BN yang memberikan respon memfitnah beliau serta PAS sebaik beliau mengumunkan untuk bersama dalam perjuangan partu itu.

Dalam perkembangan yang sama, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menjemput semua anak muda untuk turut bersama-sama dalam program "Xpresi Hijau Anak Muda".

Menurut  Setiausahanya, Zaidan Abdullah, program yang diadakan sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya dan PGU 4.0 itu akan membariskan tokoh-tokoh pemimpin muda PAS.

Antaranya, kata beliau, adalah Ketia Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Katanya,’ Xpresi Hijau’ akan turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan UNiC dan Ustaz 'Alim Shoutul Amal.

“Kemuncak program ini adalah Santai Ustaz Azhar Idrus bersama Selebriti Leman Raja Lawak dan pelakon Hairie Othman.

“Program Xpresi Hijau ini akan dimulakan dengan Konvoi Anak Muda seawal jam 9 pagi bermula dari Masjid Pengadang Baru ke tapak program bagi menyemarakkan perasmian Himpunan Hijau PGU 4.0,”katanya dalam siaran media yang diedarkan hari ini. 

Beliau menambah, program penuh Xpresi Hijau akan bermula jam 2.00 petang dan dijangka berakhir jam 6.30 petang.

Gambar Konvoi Bermotor sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat Negeri Terengganu

























Kuliah khas Ustaz Azhar Idrus bersama Man Raja Lawak dan Hairie Othman.