Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Sunday, 1 April 2012

‘Menteri Besar budak pondok’ Tersohor dalam Dunia

 
Kota Bharu: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa umat Islam di negara ini supaya berhujah dengan ‘menggunakan fikiran’ ketika berhadapan dengan pihak tertentu yang sewenang-wenang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mempertahankan pemerintahannya.

“Ketahuilah bahawa Islam menggesa supaya menggunakan ‘fikiran’. Haatuu…. burhaanakum, bukannya ‘haatuu….ISA’. Tidak, tidak. Haatuu…gari tangan, tidak.

“Sikit-sikit, ISA, terutama kepada pejuang Islam dan penyokong PAS terdiri dari ulama dan tuk guru pondok, suatu masa dahulu.

“Pejuang PAS dan tuk guru Pondok ramai telah dikenakan ISA, bahkan berada dalam tahanan ISA itu sendiri tidak boleh diziarahi keluarga, tidak boleh dihubungi peguam. Punya ganas perbuatan itu, lebih daripada komunis," katanya.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS mendakwa demikian ketika mengkisahkan kezaliman dilakukan pihak pemerintah masa lalu terhadap ahli dan penyokong PAS di negeri ini, menguatkan tekadnya berjuang dalam PAS.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi, Pelancaran Logo Jubli Intan, Penganugerahan Tokoh Jubli Intan dan Pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) di sini tengah hari tadi.

Turut hadir Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri , Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan timbalannya Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamad.

Pengarah Yayasan Islam Kelantan Tengku Azmi Tengku Jaafar, Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan serta Yang Dipertua Persatuan Bekas Pelajar Maahad Muhammadi (Alumni MM) Muhammad Yunan Mahmood.

Tuan Guru Nik Aziz turut mengkisahkan sejarah awal pembabitannya dalam PAS apabila dicalonkan bertanding di Dewan Undangan Negeri Kelantan Hilir melawan calon Perikatan, Tengku Noor Asiah.

Kekosongan kerusi itu kerana kematian Allahyarham Haji Mat Prai.

“Justeru, apabila pilihanraya berlangsung, saya menang dengan kelebihan 3,000 undi. Dan mulai hari itulah saya menjadi wakil rakyat sehingga ke hari ini, dan nak berhenti bila, tidak tahu," ujarnya.

Mursyidul Am PAS itu berkata, dalam perkembangan terbaru politik PAS, beliau dikunjungi rombongan kaum Cina merayu supaya beliau terus bertanding walaupun Umno BN sangat anti beliau menjadi Menteri Besar.

“Perkembangan terbaru, kaum Cina datang berjumpa saya. Mereka kata, Tuk Guru kena bertanding, menjadi Perdana Menteri dan Tuk Guru jangan mati.

“Cina tak beri saya mati. Umno tidak setuju kepada saya, tapi Cina setuju. Mereka kata, Tuk Guru jangan mati, bahkan bertanding di Dun dan Parlimen," katanya.

Beliau melahirkan kebangaannya kini menjadi Menteri Besar, dari seorang ‘anak pondok’ kemudian menjadi Menteri Besar dan melakukan banyak dasar negeri yang diselaraskan dengan Islam dan PAS.

Beliau telah mengarahkan supaya wang simpanan kerajaan negeri yang disimpan dalam bank yang mengamalkan riba disimpan dalam Bank Islam.

Menteri Besar turut mengarahkan penggubalan Undang-Undang Hudud yang kemudiannya diluluskan Dewan Undangan Negeri sebagai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993.

Pada majlis itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diisytiharkan Tokoh Jubli Intan, Maahad Muhammadi. -HD


KOTA BHARU- Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa bangga kerana pendidikan beliau berasal dari sekolah pondok, sekali gus membuktikan sekolah pondok mampu melahirkan pemimpin.

Beliau turut mengimbas semula pendidikan awalnya di beberapa pondok di Kelantan dan Jetih, Terengganu, termasuk di Jamek Merbau (kini Maahad Muhammadi), seterusnya di Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Deoband Darul Ulum, India.

“Saya bangga jadi Menteri Besar, budak pondok yang pernah dihina ‘budak pondok, budak agama, pandai buat gapo (apa).

“Saya hanya pandai baca talkin, solat hajat dan baca doa, tetapi dilantik jadi Menteri Besar,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Jubli Intan 75 Tahun Maahad Muhammadi di Jalan Merbau, di sini.

Nik Abdul Aziz berkata, selain menjadi pemimpin dari sekolah pondok, beliau juga gemar menggunakan bahasa ‘balaghah’ (iaitu bukan bahasa persuratan).

“Bahasa ini digunakan sebab terikut-ikut dengan ajaran tok guru dan ketika belajar pondok di Jetih, saya turut belajar asas bahasa Inggeris,” katanya.

Dari segi pengalaman dan penglibatan politik (menjadi wakil rakyat), beliau mahu menjalankan hukuman hudud dikenakan kepada pesalah semasa timbul isu pada pilihan raya kecil di Terengganu.

Selain itu, beliau mampu menangani masalah riba di Kelantan, misalnya pajak gadai ditukar kepada ar-Rahnu.

“Sejak jadi Menteri Besar, saya turut menukar beberapa nama tempat dan lokasi termasuk PCB, dahulu Pantai Cinta Berahi, sekarang jadi Pantai Cahaya Bulan, Bazar Buluh Kubu kepada Pasar Siti Khadijah (nama isteri Nabi).

“Saya juga minta Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar raya Islam (MPKB-BRI) letak nama jalan di Pengkalan Chepa tukar kepada nama ‘jalan Tok Guru’, tetapi dipertikaikan,” katanya.

Katanya, tok guru itu bukan bermaksud Tok Guru Nik Aziz, tok guru boleh membawa maksud ‘Tok Selehong’, Tok Kenali atau tok guru pondok.

Pada majlis berkenaan, beliau turut dilantik sebagai Tokoh Jubli Intan Maahad Muhammadi Kota Bharu. 
-SH

Berikut adalah senarai nama-nama Pemimpin Islam Paling Berpengaruh Didunia, turut tersenarai Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang tersenarai di tempat ke-42 Pemimpin Islam Paling Berpengaruh Di Dunia petikan dari buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Center :

The top 50

1. His Majesty King Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud, King of Saudi
Arabia, Custodian of the Two Holy Mosques
2. His Eminence Grand Ayatollah Hajj Sayyid Ali Khamenei,
Supreme Leader of the Islamic Republic of Iran
3. His Majesty King Mohammed VI, King of Morocco
4. His Majesty King Abdullah II bin Al Hussein, King of the
Hashemite Kingdom of Jordan
5. His Excellency Recep Tayyip Erdogan, Prime Minister of the
Republic of Turkey
6. His Majesty Sultan Qaboos bin Sa’id al Sa’id, Sultan of Oman
7. His Eminence Grand Ayatollah Sayyid Ali Hussein Sistani, Marja
of the Hawza, Najaf
8. His Eminence Sheikh Al Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi,
Grand Sheikh of the Al Azhar University, Grand Imam of Al
Azhar Mosque
9. Sheikh Dr Yusuf Qaradawi, Head of the International Union of
Muslim Scholars
10. His Eminence Sheikh Dr Ali Goma’a, Grand Mufti of the Arab
Republic of Egypt
11. His Eminence Sheikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Aal al Sheikh,
Grand Mufti of the Kingdom of Saudi Arabia
12. Mohammad Mahdi Akef, Supreme Guide of the Muslim
Brotherhood
13. Hodjaefendi Fethullah Güllen, Turkish Muslim Preacher
14. Amr Khaled, Preacher and Social Activist
15. Hajji Mohammed Abd al Wahhab, Ameer of the Tablighi Jamaat,
Pakistan
16. His Royal Eminence Amirul Mu’minin Sheikh as Sultan
Muhammadu Sa’adu Abubakar III, Sultan of Sokoto
17. Seyyed Hasan Nasrallah, Secretary General of Hezbollah
18. Dr KH Achmad Hasyim Muzadi, Chairman of Nahdlatul Ulama,
Indonesia
19. Sheikh Salman al Ouda, Saudi Scholar and Educator
20. His Highness Shah Karim al Hussayni, The Aga Khan IV, 49th
Imam of the Ismaili Muslims
21. His Highness Emir Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum,
Ruler of Dubai, Prime Minister of the United Arab Emirates
22. His Highness General Sheikh Mohammed bin Zayed al Nahyan,
Crown Prince of Abu Dhabi and Deputy Supreme Commander
of the UAE Armed Forces
23. Sheikh Dr M Sa’id Ramadan al Bouti, Leading Islamic Scholar in
Syria
24. His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam
25. His Eminence Professor Dr Sheikh Ahmad Muhammad al Tayeb,
President of Al Azhar University
26. His Eminence Mohammad bin Mohammad al Mansour, Imam of
the Zaidi Sect of Shi‘a Muslims
27. His Eminence Justice Sheikh Muhammad Taqi Usmani, Leading
Scholar of Islamic Jurisprudence, Pakistan
28. His Excellency President Abdullah Gül, President of the Republic
of Turkey
29. Sheikh Mohammad Ali al Sabouni, Scholar of Tafsir
30. His Eminence Sheikh Abdullah Bin Bayyah, Deputy-Head of the
International Union of Muslim Scholars
31. Her Eminence Sheikha Munira Qubeysi, Leader of the Qubeysi
Movement
32. His Eminence Sheikh Ahmad Tijani Ali Cisse, Leader of Tijaniyya
Sufi Order
33. Sheikh al Habib Umar bin Hafiz, Director of Dar al Mustafa,
Tarim, Yemen
34. Khaled Mashaal, Leader of Hamas
35. Professor Dr M Din Syamsuddin, Chairman of Muhammadiyya,
Indonesia
36. Maulana Mahmood Madani, Secretary General of Jamiat Ulemae-
Hind, India
37. Sheikh Habib Ali Zain al Abideen al Jifri, Director General of the
Tabah Foundation, UAE
38. Sheikh Hamza Yusuf Hanson, Founder of Zaytuna Institute, USA
39. His Eminence Sheikh Professor Dr Mustafa Ceric, Grand Mufti
of Bosnia and Herzegovina
40. His Excellency Professor Dr Ekmelledin Ihsanoglu, Secretary
General of the Organization of the Islamic Conference
41. General Mohammad Ali Jafari, Commander of the Revolutionary
Guard, Iran
42. Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Religious Guide of the Islamic Party of Malaysia
43. Motiur Rahman Nizami, Ameer of the Jamaat-e-Islami,
Bangladesh
44. Professor Sayid Ameen Mian Qaudri, Barelwi Leader and
Spiritual Guide
45. His Holiness Dr Syedna Mohammad Burhannuddin Saheb, 52nd
Da‘i l-Mutlaq of the Dawoodi Bohras
46. Dr Abdul Qadeer Khan, Pakistani Nuclear Scientist
47. Professor Dr Seyyed Hossein Nasr, Islamic Philosopher
48. Abdullah ‘Aa Gym’ Gymnastiar, Indonesian Preacher
49. Sheikh Mehmet Nazim Adil al Qubrusi al Haqqani, Leader of
Naqshbandi-Haqqani Sufi Order
50. His Excellency Dr Abd al Aziz bin Uthman Altwaijiri, Secretary
General of the Islamic Educational, Scientific and Cultural
Organization

MALAYSIA MERDEKA TAHUN BILA BOS?


YAN - Hukuman ringan ke atas pesalah kes-kes moral tidak harus dilihat dari aspek hukuman itu saja, tetapi pada keperluan memberi kaunseling pada pesalah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini. 

Sehubungan itu, katanya, Jabatan Agama Islam Negeri wajar mengambil pendekatan memberi kaunseling kepada mereka yang terlibat kegiatan yang merosakkan moral dan maruah diri supaya dapat dijadikan pengajaran. 

Beliau mengulas isu denda RM25 dikenakan Mahkamah Majistret Seremban terhadap tiga wanita beragama Islam yang melakukan aksi menari tiang baru-baru ini. 

"Harapan kita masyarakat umat Islam tidak terjebak dalam perkara seperti ini," kata Jamil kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Antidadah Peringkat Negeri Kedah di Sekolah Kebangsaan Sungai Dedap dekat sini. 

Khamis lepas, tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh mahkamah berkenaan selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan 
melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai pada 24 Mac. 

Mereka didenda mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM25 atau penjara maksimum 14 hari. – Bernama
Admin: Merdeka 1957… jadi akta ini sebelum merdeka lah… hancurlah manusia kalau guna otak tidak kearah Islam.

Azza nikah pramugara

     
HULU KLANG: Pelakon drama popular, Noor Azzarima Zawari atau Azza selamat melangsungkan pernikahan bersama jejaka pilihan, Azlan Zulaily selepas solat Asar, semalam.
Pasangan ini dinikahkan Imam Masjid Al-Syakirin, Bukit Antarabangsa, di sini, Hakim Abdul Rahman selepas Azlan melafazkan akad sebanyak tiga kali.

Azza, 35, bernikah dengan Azlan bertugas sebagai pramugara AirAsia selepas bercinta dua tahun. Pengantin lelaki memberikan mas kahwin RM300 bersama tujuh dulang dibalas sembilan beserta wang hantaran RM10,000.
Azza yang masih sibuk dengan penggambaran drama Baitul Rahmat menyatakan perasaan syukur selepas majlis akad nikah yang diadakan secara ringkas selesai.

Katanya, dia bersama suami merancang mengadakan majlis resepsi di kampung Azza di Batu Kurau, Taiping, Perak pada Mei nanti.

“Pihak pasaraya Mydin berhasrat menaja satu majlis resepsi di cawangan baru di Taman Meru, Ipoh nanti.
“Pertemuan kami sebenarnya bermula di Mydin USJ Subang Jaya dalam satu persembahan makan malam.

“Sebagai isteri saya perlu bahagikan masa kerjaya dan keluarga. Jika ada rezeki kami merancang menimang cahaya mata,” katanya.
Azlan, 25, pula menyatakan dia menyukai isterinya itu atas faktor karakter Azza yang penyayang.

Pasangan ini belum menetapkan destinasi bulan madu dan masih dalam perancangan.

Antara rakan artis yang hadir, bekas anggota Elite, Shasha, Watie dan Abby Abadi termasuk Rozita Che Wan dan Roslan Shah.

Admin: Kalaulah cara berpakaian begini didalam masjid maka menjawablah wahai AJK Masjid dan seluruh Ustaz-ustaz yang berada semasa majlis ini tentang kemurkaan Allah. Adakah kita semua tidak takut akan azab Allah. Bayangkan Allah turunkan bala ketika ini….Nauzubillah. Insaflah wahai orang Melayu … yang mengaku Islam.


Anak jutawan diselamatkan

 

Tun Hisan (dua dari kanan) menunjukkan wang dan barang rampasan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor semalam.



SHAH ALAM – Trauma seorang anak jutawan yang dikurung dalam sebuah rumah di Rawang dekat sini selepas diculik sekumpulan lelaki yang meminta wang tebusan RM1.5 juta dipercayai didalangi seorang Inspektor polis berakhir apabila dia diselamatkan kelmarin.
Mangsa culik seorang lelaki berusia 34 tahun dan bekerja sebagai pengurus projek di sebuah syarikat pembinaan milik bapanya diselamatkan pada pukul 6.30 pagi selepas dia diculik pada 22 Mac lalu.
Bapa mangsa yang berusia 60 tahun merupakan pengarah urusan sebuah syarikat pembinaan.
Mangsa semasa diselamatkan tidak mengalami kecederaan teruk. Dia yang lemah dan ketakutan dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.
Polis menemui semula wang tunai berjumlah RM275,850 daripada jumlah RM300,000 wang pendahuluan bayaran tebusan oleh keluarga mangsa kepada kumpulan penculik terbabit.
Kumpulan penculik itu, meminta wang tebusan sebanyak RM1.5 juta daripada keluarga mangsa namun keluarga itu dibenarkan membuat bayaran secara berperingkat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, ekoran pembebasan mangsa, sembilan lelaki termasuk seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ditahan kelmarin bagi membantu siasatan.
Menurut beliau, dalam operasi sama, polis turut merampas tiga buah kereta iaitu Proton Gen 2, Proton Waja dan Honda Odyssey.
Turut dirampas sebuah treler, topeng ski, telefon bimbit, iPad dan kunci kereta.

Admin: Apa sudah jadi Negara Malaysia. Jenayah pihak polis sendiri yang buat kerja. Siapa lagi yang boleh diharapkan? Jika ini yang berterusan sehingga beberapa tahun lagi maka tunggulah kehancuran Negara Malaysia.

Jodoh usia 61 tahun

    

MESRA...Shahrin dan Aminah berbual mesra di majlis perkahwinan mereka.

TELUK INTAN: Akhirnya pada usia 61 tahun, Aminah Alias menamatkan zaman anak daranya semalam, selepas selamat diijabkabulkan dengan duda beranak enam serta mempunyai 40 cucu dan 13 cicit.
Pesara Pembantu Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sejak empat tahun lalu itu kini bukan saja bergelar isteri, malah ibu, nenek dan moyang ‘segera’, sesuatu yang tidak pernah dijangka olehnya, namun bersyukur kerana hatinya terbuka untuk menerima Shahrin Dais, 83, sebagai suami.

Aminah berkata, masih sukar untuknya menerima kenyataan sebagai isteri pada usia warga emas sekarang, namun percaya jodohnya sudah ditetapkan bersama Shahrin.
Dia mengakui mempunyai ramai kawan lelaki ketika muda, namun sikap anti lelaki yang menebal menyebabkan hatinya tidak terbuka untuk berkahwin.

“Saya pernah menolak beberapa pinangan ketika muda kerana hati tertutup dan belum mahu berumah tangga.

“Namun, selepas bertemu dengannya (Shahrin), saya terus bersetuju untuk menjadi isterinya. Mungkin inilah jodoh,” katanya yang ditemui pada majlis perkahwinannya, semalam.
Sementara itu, Shahrin berkata, dia juga tidak menyangka pertemuan kali pertama dengan Aminah di sebuah warung kopi di Kampung Balun, Slim River pertengahan Februari lalu, membawa kepada perkahwinan.

Menurutnya, ketika pertemuan kali pertama itu dia terus jatuh hati kepada Aminah sebelum sepakat membuat keputusan mendirikan rumah tangga awal bulan lalu.

Admin: Inilah kekuasaan Allah, ajal maut dan jodoh sudah ditentukan. Mengapa kita tidak menpercayainya? Lalu kita yakin atas kekuasaan  bomoh…Nauzubillah.

Awas! Taktik menculik budak di pasaraya...


Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas

SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!

TOK BATIN SELEPAS TINGGALKAN PERWAJA

1192897 Zaman mude weh







Realiti mencari makan di laut dan di darat. Gambar ini sebagai kenangan kepada sahabat yang rindukan gurau senda selama ini. Apa-apa pun tahniah atas kejayaan Tok Batin dapat gaji besar tapi makan maggie jugak....