Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Monday, 6 February 2012

SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W

5 Feb. 2012 Ahad jam 7.30 pagi semua peserta Kafa Surau Batu 2, Kampung Jaya berkumpul di hadapan mini market Sunway. Peserta Kafa Surau Batu 2, Kampung Jaya dipimpin oleh Ustaz Faizan.







Memasuki dewan terbuka Sekolah Menengah Chukai, sebelum mengikuti perarakan sepenuhnya yang di anjur oleh persatuan kafa daerah Kemaman. Sebanyak 7 buah pertubuhan kafa yang berdaftar dalam perarakan kali ini.






Perarakan bermula sejauh 2 kilometer.



























Cara makan masih dalam saf. Sarapan pagi selepas perarakan.

Pertandingan mewarna






Kafa Adam dan Hawa daripada Pasir Minal.







Persembahan kumpulan nasyid daripada Kafa Surau Batu 2, Kampung Jaya.



Celoteh pendek oleh Ustaz Zulkifli Bukit Mentok

Ustaz Faizan menerima cenderahati penyertaan daripada Dr Mohd Nor selaku penganjur majlis.

Ustaz Faizan menerima cenderahati tempat pertama dalam pertandingan perarakan daripada Encik Zulkifli (Imbasan Nilai) merangkap Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Chukai dan juga selaku  penganjur majlis.


Adik Wan Nur Aimi Umairah pemenang mewarna bagi kategori pra sekolah. Majlis berakhir jam 1.30 petang.

FORUM BERSAMA MUALLAF - 4 FEB. 2012 SABTU






Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah menjadi monderator.

Ustaz Lim Jooi Soon daripada PERKIM Melaka memberi hujah perkataan dakwah dan Islah dalam sessi dakwah kepada orang bukan Islam dan yang Islam. dalam hujahnya banyak memberi kesedaran kita tentang pejuangan Nabi Muhammad SAW.

Ustaz Dr. Zainal Bin Muhamed daripada PERKIM Melaka memberi tip-tip dakwah yang perlu ada kepada semua orang apabila ianya Islam.

Ustaz Muhammad Amin Bin Yaacub daripada PERKIM Melaka memberi pembezaan agama kristian dan Islam. Ustaz adalah salah seorang pakar dalam pembezaan agama. Cara hujah ustaz yang kemas dan teratur mudah di fahami oleh jemaah.




InsyaAllah SKJ akan menjemput lagi.

PEMASANGAN KANOPI UNTUK DANA SKJ

2 Feb. 2012 Khamis jam 9.30 malam, pemasangan kanopi di rumah kakitangan (Encik Jaffar) Sekolah Teknik di Binjai. Bagi majlis perkahwinan anak lelaki yang sulong.


Terima kasih kepada Encik Zahari kerana menggunakan hiluxnya.


Inilah rumah Encik Jaffar.

6 Feb. 2012 Isnin jam 10 malam, kanopi dibuka semula. Terima kasih kepada Encik Masri kerana memberi kenderaannya untuk digunakpakai. Ini kerana ketiadaan Encik Zahari yang terpaksa bermalam di wad hospital Kemaman kerana anaknya sakit.

SKJ MENZIARAH SHIEKH ABDULLAH KALI 2

5 Feb. 2012 Ahad jam 9.15 malam. Inilah kediaman sahabat kita Shiekh Abdullah. Kedatangan AJK SKJ disambut oleh anaknya. 

SU SKJ memberi pinjaman kerusi roda wakaf SKJ dan wang sumbangan jemaah SKJ kepada sahabat kita. Jumlahnya tidak sempat untuk dikira. 


Sekiranya ada lagi sahabat jemaah yang ingin membantu, bolehlah berhubung dengan SU SKJ. Terima kasih dan jazakaAllah kepada yang menyumbang.

TERIMA KASIH KEPADA MINIMARKET DINAR

6 Feb. 2012 Isnin jam 9.15. Pemilik mini market telah memberi sumbangan papan white board untuk kegunaan Surau batu 2, Kampung Jaya yang bersaiz 8 kaki x 4 kaki. JazakaAllah.

AL-QURAN TIDAK HANGUS


Rumah kedai hangus terbakar, Kitab Tafsir Al-Quran Langsung tidak terbakar !!!

Satu kebakaran melibatkan rumah kedai dilaporkan berlaku di No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam semalam (1/2/12).

Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api di lokasi yang dimaksudkan.

Namun sebaik saja operasi selesai, anggota bomba bertugas dikejutkan dengan penemuan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya.

Walaupun rumah tersebut musnah akibat kebakaran, namun kitab itu tidak ‘terusik’ dek api dalam kejadian itu.

Naskah berkenaan juga tidak basah dan rosak walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang agak banyak dalam operasi tersebut.

Maksud Firman Allah : " Ingatlah! Sesungguhnya mereka (yang kufur ingkar) sentiasa berada di dalam keadaan SYAK – RAGU-RAGU tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu ". 

Inilah yang dikatakan kebesaran Allah !!!

Friday, 3 February 2012

TOLONG AMBIL IKTIBAR DARIPADA KISAH INI WAHAI PEJUANG ISLAM


Mengharukan: Kisah Pak Teh, Pejuang Tua Dalam PAS.

Oleh: BayangDiAir

"Pak Teh hampir menjangkau 90 tahun umurnya. Dalam usia selanjut itu, Tuhan masih memberi kesihatan kepadanya sehingga dia mampu untuk bekerja dan bergerak ke sana ke mari. Jangan terkejut kalau diberitahu bahawa beliau ialah ahli Unit Amal PAS. Usia dan kudrat yang semakin terhakis tidak pernah dijadikannya sebagai alasan untuk tidak berjuang. Memang teramat sukar untuk mencari di dunia ini manusia setua ini yang masih sanggup menginfakkan tenaganya untuk Islam.

Pak Teh adalah seorang miskin dan mempunyai beberapa orang anak dan cucu-cicit. Hidupnya susah namun kecintaannya dan komitmennya terhadap perjuangan mendaulatkan Islam amat dikagumi. Kata Pak Teh, “ saya dah rasa susah hidup di dunia. Jadi saya tidak mahu susah pula apabila di akhirat nanti” Itulah kata-kata suci yang pernah terpancul dari mulut orang tua kampung ini. Maka tidak hairanlah sejak muda hingga tua Pak Teh istiqamah mengikuti aktiviti-aktiviti Unit Amal di seluruh pelosok tanah air hatta ke Sabah sekalipun selagi ada orang sanggup membawanya.

Apakah peranan orang tua ini? Kerjanya ialah kerja yang biasa dilakukan oleh anak-anak muda iaitu menampal poster, mencacak dan menggantung bendera dan selalunya dialah yang sering menjadi tukang masak dalam program-program parti.

Kini Pak Teh telah menemui Tuhannya akibat satu kemalangan. Jenazah orang tua yang tidak dikenali ramai ini telah disembahyangkan oleh orang ramai sehingga melimpah masjid malah kubur beliau telah dikunjungi sampai ke waktu malam. Bagai tidak munasabah situasi ini berlaku kepada seorang tua yang tidak terkenal di cawangan. Adakah antara yang ramai itu juga terdiri daripada para malaikat? WalLahu’alam. Yang pasti ialah ramai yang mengenalinya menumpahkan air mata apabila mengimbas pada perjuangannya.

Mudah-mudahan roh Pak Teh sedang berada dalam golongan hamba-hamba Allah yang saleh. Demikianlah apa yang diceritakan oleh Ustaz Rosli Jabar melalui kuliah beliau. Pak Teh bukanlah insan contoh yang wujud pada zaman Nabi s.a.w. atau para sahabat. Pak Teh ialah model pejuang tulen pada era globalisasi ini. Aku rasa malu pada Pak Teh. Sebagai orang muda aku hanya mampu menulis artikel ini sedangkan Pak Teh setua itu mampu berjuang di tengah gelannggang jihad fi sabilillah. Anda pula pada darjat mana?

Admin: Rasanya semua jemaah boleh faham apa yang Ustaz Rosli Jabar sampaikan malam tadi. walaupun nadanya berselorok tetapi satu peringatan yang harus kita lakukan demi kemenangan Islam. Ustaz yang mempunyai sebelas cahayamata. Apakah kita mampu dan bersedia melakukan perubahan pada PRU13 nanti?