Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Wednesday 30 January 2013

KAFA AL-AFNAN SURAU KG JAYA: PENDAFTARAN MURID 2013 127 ORRANG

11 Jan. 2013.  Kafa Afnan surau kg  jaya pada tahun menerima pendaftaran murid seramai 127 orang. Menurut mudir  ustaz Faizan Mamat pihak pengurusan terpaksa membuka satu lagi kelas dan menambah seorang lagi guru bagi menampung keperluan murid.  Terima kasih kepada ibubapa yang terus memberi sokongan kepada kelas pengajian ini.  Semoga usaha kita ini mendapat ganjaran dari Allah swt.

















Sunday 27 January 2013


KISAH BENAR SEORANG PELAJARBy PenaHalaqah

ad0975e87aSaya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya


Walaupun begitu kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. 


Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. 

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.


Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.


Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"

Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya


"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

" Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, 


"Maafkan cikgu, ......." 
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.

Sunday 20 January 2013

HKR KL112: KG.JAYA HANTAR LEBIH 50 ORANG. SYABAS!

SURAU AL-IKHLAS DATO KERAMAT




AMAL JARIAH.  SEMPAT MEMBAIKI KERETA PENDUDUK KAMPUNG DATO KERAMAT YANG ROSAK.



DI LRT DAMAIDATO KERAMAT


MASJEK JAMEK JAM 10 PAGI.



MENUNGGU STADIUM MERDEKA DIBUKA. JAM 12.00 TGH

SUDAH BERADA DI STADIUM JAM 12.30 TGH.

SEBAHAGIAN YANG BERTUAH BERADA DI GRAND STAND.

Saturday 19 January 2013

PASTI AL-FALAH 2013 BEROPERASI DI BANGUNAN BARU.

Kg. Jaya 6 Jan 2013

Pasti Al-Falah Kg. Jaya mengorak langkah ke hadapan memberi keselesaan kepada guru dan murid tahun ini dengan adanya bangunan pasti yang baru.  Bilangan pelajar pada tahun ini adalah seramai 67 orang.  4 buah kelas dibuka.  Tahun 4 dan 6 masing-masing 1 kelas manakala tahun 5 ada 2 kelas.

Terima kasih kepada ibubapa yang memilih pasti Al-Falah sebagai pusat pembelajaran untuk  anak-anak mereka.  Di harap guru-guru dapat memberi yang terbaik untuk murid-murid pada tahun ini.









Thursday 17 January 2013

KEPENTINGAN MEMAHAMI SIRAH

Muqaddimah /Makna Sirah /Sumber-sumber Kajian Sirah Nabawiyah/ Karakteristik Sirah Nabawiyah/ Fungsi Sirah Nabawiyah /Penutup

I.Muqaddimah

·       Tidak ada satu pun biografi kehidupan seseorang di dunia ini selengkap biografi Rasulullah SAW.

·       Kita boleh menyemaknya mulai dari masa pernikahan Abdullah dan Aminah -ayah bunda beliau- sampai dengan wafatnya.

·       Kita boleh mengenal jelas waktu kelahirannya, masa kecil dan masa mudanya. Apalagi setelah beliau diangkat sebagai Nabi dan Rasul, dengan terperinci.

·       Biografi beliau merupakan sejarah lengkap kehidupan seorang manusia yang dimuliakan dengan risalah Allah, yang tidak terlepas dari sisi-sisi kemanusiaannya.

·       Maka sangatlah relevan bila Allah SWT memerintahkan agar individu Muhammad SAW diteladani dan dijadikan rujukan hidup umat manusia.

·       Firman Allah : “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab : 21)

·       Kehidupan beliau sangat kompleks, menyangkut segala aspek kehidupan, sehingga tidak ada satu sisi pun dari kehidupan manusia yang terlepas dari sisi kehidupan beliau.

·       Beliau adalah seorang suami terbaik dari beberapa orang isteri, seorang ayah terbaik dari beberapa orang anak, seorang datuk terbaik dari beberapa orang cucu, seorang mertua terbaik dari beberapa orang menantu, seorang menantu terbaik dari beberapa orang mertua, seorang pemimpin yang adil, seorang panglima yang cerdas, seorang politikus yang ulung, seorang yang paling sukses dalam dakwahnya, dan kesemuanya itu dilandasi dengan keagungan akhlak beliau. Firman Allah : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.” (QS. Al Qalam : 4)

·       Biografi beliau juga merupakan petunjuk praktis dan aplikatif bagi umat manusia dalam menjalankan tugasnya sebagai khalifah dan pelaksana hukum Allah (Al Qur’an) di muka bumi ini.

·       Aisyah ra. menyimpulkan : “Akhlak Rasulullah adalah Al Qur’an”

·       Al Imam Asy-Syafi’i mengatakan, “Apa yang beliau perbuat adalah apa yag beliau fahami dari al Qur’an.”

·       Oleh karena itu, memahami biografi beliau merupakan bahagian yang tidak terpisah dari memahami Islam itu sendiri, karena ia adalah saksi nyata, saksi hidup dari buah Iman dan keyakinan yang mantap terhadap Dienul Islam, yang terjelma pada sosok pemimpin teladan yang agung, juga tercermin dalam kehidupan generasi pertama yang tumbuh hidup ditangan didikan beliau sendiri.

Thursday 10 January 2013

TIK TOK TIK TOK.......


  
Kerja lebih banyak daripada masa.. akan tetapi.. adakah kita menggunakan masa dengan sebaik-baiknya?
Adakah setiap nafas kita, setiap detik hidup kita dipenuhi dengan zikrullah?
Adakah kita sentiasa mengingati bahawa Allah itu Maha Melihat kita, zahir mahupun batin?
Adakah kita sentiasa ingin mengejar keredhaanNya, SENTIASA?
Adakah kita sentiasa beristighfar dan bertaubat sebaik sahaja sedar kita melakukan kesilapan?
Adakah kita sentiasa bermuhasabah dan memperbaiki diri sendiri? Adakah kita meletakkan usaha untuknya 100%? 90%? 80%? 0%?
Adakah kita sedar bahawa Allah berupaya menarik nyawa kita bila-bila masa sahaja? Mungkin esok, lusa, ataupun dalam masa sejam nanti?
Dan seterusnya kita akan memasuki alam barzakh, yang kita sudah tiada lagipeluang untuk melakukan kebaikan, amal kebajikan dan bertaubat kepada Allah swt?
Kemudian kita akan dibangkitkan semula di Padang Masyar, dihisab kemudian didestinasikan antara 2 tempat: syurga atau neraka? (sila bacahttp://nuuralif.multiply.com/journal/item/201 untuk penghayatan hari kiamat)
KALAU KITA TAHU SEMUA ITU DAN MEYAKININYA, KENAPA KITA MASIH LALAI, LEKA DAN BERDIAM DIRI?

Monday 7 January 2013

ISTIQAMAH DAN IMAN


 عَنْ أَبِي عَمْرو، وَقِيْلَ : أَبِي عَمْرَةَ سُفْيَانُ بْنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِي فِي اْلإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ . قَالَ : قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ  

[رواه مسلم]



TERJEMAH HADITH / ترجمة الحديث   :

Dari Abu Amr, -ada juga yang mengatakan- : Abu ‘Amrah, Sufyan bin Abdillah Ats Tsaqofi radhiallahuanhu dia berkata, aku berkata : Wahai Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam, katakan kepada aku tentang Islam sebuah perkataan yang  tidak  aku tanyakan kepada seorangpun selainmu. Beliau bersabda: Katakanlah: Aku beriman kepada Allah, kemudian berpegang teguhlah.    
(Riwayat Muslim)

 

KOSA KATA / مفردات :

أسأل : (aku) bertanya
اِسْتَقِم  : istiqomah-lah, berpegang teguhlah.
  

PELAJARAN YANG TERDAPAT DALAM HADITH / الفوائد من الحديث :

  1. Makna Istiqomah :
    1. Perbetulkan aqidah – beriltizam dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya.
    2. (Qurtubi) betul I’tiqad, kata-kata dan perbuatan – beriltizam. (Fusshilat : 30).
  2. Kelebihan Istiqomah :
    1. Diperluas/mudahkan rezeki di dunia (Fusshilat : 30-32) (al-Jin : 16).
    2. Diberi keamanan ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan.
    3. Dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga.
    4. Didatangkan khabar gembira (pengampunan dosa), (amal diterima) dan (syurga).
  3. Istiqomah di atas Jalan yang Lurus :
    1. Perintah Allah untuk nabi dan ummatnya supaya menepati syara’ (Hud : 112).
  4. Jenis istiqomah:
    1. Istiqomah Hati : sebagai Raja kepada Jasad, Istiqomahnya akan menentukan istiqomah yg lain.
    2. Istiqomah Lidah:
      1. sebagai penterjemah kepada Hati/ juga punca kecelakaan kepada tuannya.
      2. sebagai renungan (qoof : 18), (al-Isra’ : 36).

Thursday 3 January 2013

INTIPATI MENARIK DARI KULIAH MINGGUAN SKJ

1. Soal derma bukan sekadar 10 sen atau RM10.00. Soalnya ialah berapa PERSEN yang kita dermakan daripada harta yang kita miliki. Orang berderma RM10.00 belum tentu banyak pahalanya berbanding dengan orang  yang berderma 10 sen. Andai seorang itu derma RM10.00 sedangkan di dalam dompetnya ada RM1 000.00 atau di dalam akaun simpanannya ada puluhan ribu ringgit, BELUM TENTU nilaiannya sama dengan seorang kanak-kanak sekolah yang sudi mendermakan 10 sen sedangkan duit belanjanya ada RM1.00 atau seorang buruh kasar yang derma RM1.00 dalam keadaan baki duitnya belum tentu cukup sampai akhir bulan. Kata ustaz, ini yang perlu difikirkan. Dan dalam segala keadaan itu, sudah pasti, IKHLAS KERANA ALLAH, adalah kunci segala perbuatan itu menjadi ibadat.

2. Kata ustaz lagi, andai Allah bertanya, "Aku berikan kepadamu umur 60 tahun, ke mana engkau habiskan usia itu? Inikah sahaja bekalan yang engkau bawa ke kubur? INIKAH SAHAJA AMALAN YANG KAU BAWA KE KUBUR? YA, DALAM 60 TAHUN......... INIKAH SAHAJA AMALAN YANG KAU BAWA KE KUBUR? Ke mana kau habiskan masa hidupmu selama ini? KE MANA? Tuan puan, mampukah kita menjawab itu semua apabila berhadapan dengan Allah nanti. Sedarilah bahawa kita lalai. AKU lalai. Dalam berazam untuk bangun qiamullail, sudah masuk dua bulan Hijriah, azam itu masih belum terlaksanakan. Fikir-fikirkan.