Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Saturday 31 March 2012

Mesyuarat Bulanan Pasti dan Kafa Al Falah SKJ

 

29 Mac 2012 Khamis jam 5.30 petang. Mesyuarat bulanan Pasti dan Kafa Al Falah SKJ di adalah didalam kelas Abu Daud. Alhamdulillah semua Cikgu 8 orang termasuk 1 orang Ustazah dan 1orang Ustaz dapat hadir. Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Cikgu Azmi Ali selaku AJK SKJ.

Agenda mesyuarat yang dibentang oleh Cikgu Maizura selaku pengetua Pasti dan Kafa Al Falah SKJ antara yang menariknya ialah sambutan hari lahir bagi pelajar Pasti setiap bulanan yang telah dilaksanakan setiap akhir bulan. Lawatan pelajar Pasti dan Kafa ke tempat-tempat yang di fikirkan bersesuaian dengan pelajar. Persediaan pelajar dalam pertandingan sukan bola sepak dan bola jaring diperingkat kawasan. Sessi fotografi sebagai persediaan awal untuk majlis Ihtifal 2012 nanti. Persediaan pelajar-pelajar untuk Pertandingan Alam Ria Pasti peringkat SKJ, peringkat kawasan, Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Mesyuarat PIBG - anugerah pelajar cemerlang dipertengahan tahun. Sukaneka Pasti dan Kafa.

Dalam pembentangan yang disusun secara teratur  mengikut jadual yang telah dirancang, Cikgu Maizura menyampaikan secara terprinci agar semua yang hadir dapat faham akan kehendak arah tuju Pasti dan Kafa pada tahun 2012. Cikgu Maizura menyatakan pihak Pasti Al Falah telah menerima pelajar yang berumur 3 tahun dan menjadi Pasti Al falah yang ke 3 teramai dalam daerah Kemaman.

Dalam isu-isu yang dibangkitkan oleh ibabapa pelajar, pihak AJK SKJ menyerahkan kepada pihak pengurusan Pasti Al Falah untuk mengendalikan apa yang disuarakan untuk di ambil tindakan segera supaya isu-isu sebegini tidak berpanjangan. Harapan bagi pihak AJK SKJ agar pihak ibubapa faham akan tugas guru dan pihak ibubapa perlu prihatin tentang perkembangan pembesaran anak-anaknya. Peringkat kanak-kanak terlalu banyak kenakalannya. Oleh itu sama-samalah menjiwai alam kanak-kanak ini supaya perkara yang kecil tidak diperbesarkan.

Perkara yang dibangkitkan oleh guru-guru Pasti ialah kekurangan bilik kelas, kelas yang panas perlu aircond, pelajar semakin bertambah, perlu tambahan plug 3 pin, perlu TV, pelajar dan ibubapa perlu maklumat tentang apa-apa perkara tentang Pasti Al Falah SKJ setiap masa dan tempat penyimpanan pakaian pelajar.

Dalam rumusan atas perkara ini pihak AJK SKJ telah memutuskan untuk diadakan mesyuarat khas untuk dibincangkan lebih lanjut tindakan yang akan diambil.

Hasil masyuarat tergempar sebelah malam. Sebagai tindakbalas awal pihak SKJ bersetuju untuk menambah 2 bilik kelas lagi (membeli kabin RM7.500 sebuah ataupun membuat sendiri kelas yang berbentuk kabin) tempat sudah dikenalpasti, pemasangan plug 3 pin (sudah dipasang), pemasangan aircond dalam proses rundingan dengan pembekal. Keperluan TV menunggu sumbangan daripada Jemaah yang sudi menyumbang terlebih dahulu sebelum membeli yang baru.



Friday 30 March 2012

CATATAN







kalau boleh biar ramai yang berkayuhlah. Pastikan poster banyak ditampal dikawasan sekolah dan tempat riadah awan. Kita mahu catat sejarah, orang hadapan sudah sampai di Dataran Geliga tetapi orang belakang masih di Bandar Chukai lagi... InsyaAllah. Kepada petugas-petugas yang bermotor, pastikan memberi laluan kepada kenderaan pengguna jalanraya sebaiknya. Jangan biarkan mereka tersempit dengan program kayuhan sihat yang dianjurkan oleh kita. Pastikan kelancaran perjalanan hak pengguna jalanraya terpelihara. Jangan sampai mereka-mereka memberi HON sebagai protes kerana tersekat perjalanannya.


InsyaAllah kuliah maghrib pada 1 April 2012 Ahad akan disampaikan oleh Ahmad Ibrahim. Semua dijemput hadir.

InsyaAllah kuliah maghrib pada 2 April 2012 Isnin akan disampaikan oleh Ustaz Harun. Semua dijemput hadir.

InsyaAllah kuliah maghrib pada 3 April 2012 Selasa akan disampaikan oleh Ustaz Ya Pasir Gajah. Semua dijemput hadir.

TG Hj. Hadi bertemu bekas menteri Umno, pegawai tinggi kerajaan.


PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau telah megadakan pertemuan dengan tokoh Umno termasuk bekas menteri dan exco Umno Selasa lalu.

Pemimpin PAS itu berkata, tokoh Umno berkenaan dari Johor, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Mereka pernah menjadi menteri dan exco berjumpa dan berbincang bagaimana mahu meyakinkan rakyat supaya menolak Umno, lapor laman web rasmi PAS Terengganu.

“Tokoh-tokoh Umno mahu PAS membuat perubahan politik dan menyelamatkan negara dari pemerintahan BN yang diterajui Umno.

“Saya turut dikunjungi oleh Ketua Setiausaha Kementerian, pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera.

“Jeneral-jeneral yang bersara, bekas pegawai tinggi polis Bukit Aman yang berjumpa (kerana mereka) melihat sudah muak dengan Umno, (mereka berkata) Umno kena berundur,” kata bekas Menteri Besar Terengganu itu dalam ceramah di Dungun, Rabu lalu .

Menurut Abdul Hadi, pemimpin Umno berkenaan memaklumkan kepada beliau bahawa Jawatakuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), ketua-ketua cawangan Umno dan imam-imam masjid adalah yang berpengaruh di kalangan masyarakat kampung.

Katanya, pengundi-pengundi peringkat kampung, peringkat Felda dikuasai oleh JKKK, Ketua-ketua cawangan (Umno) dan imam yang mereka lantik.

“(Cuma) 20, 30 orang sahaja yang menguasai beratus-ratus pengundi, (tetapi) rakyat yang miskin, yang terima duit, tak tahu apa,”jelasnya.

Anak-anak tidak kisah ayah kahwin 2

 

Lelaki 50-an, kerja swasta, bernikah isteri kedua, janda 30-an, tidak bekerja. Bila ditanya, isteri tahu ker suami nikah hari ini, si suami jawab tahu, tapi isterinya tak datang. 

Kemudian apabila ditanya, adakah anak-anak tahu yang dia bernikah hari ini, dia menunjukkan anak-anaknya yang hadir dalam majlis tu. Anaknya 7 orang dah besar panjang dan anak sulung dah nikah dan ada anak. Maknanya pengantin lelaki ini dah ada cucu. Bila ditanya sendiri pada anakknya, adakah dia setuju bapanya nikah lagi satu, salah seorang anak lelakinya jawab.

"Biasalah ustaz, ada kuota dua lagi, hehe". Jawab salah seorang anak lelakinya usia 20-an.

Masyarakat Tionghua di Pekan Air Jernih, Kemasik bersama PAS


Kemasik, 28hb. Mac - Kebangkitan rakyat untuk membuat perubahan politik telah melangkaui batas perkauman dan fahaman agama.
Kegagalan UMNO/BN mengurus tadbir kerajaan yang diamanahkan menyebabkan masyarakat mulai bangkit menunjukkan ketidakpuasan hati naluri mereka.
Bagi sebahagian masyarakat kaum Tionghua di Pekan Air Jernih, Kemasik menaikkan bendera PAS di premis mereka telah menceritakan kemahuan mereka dalam PRU Ke-13 nanti. 
Puan Wang Liang Seng, 47 tahun kelihatan begitu bersemangat memasang bendera PAS dan Parti Keadilan Rakyat. Beliau sendiri memanjat tangga setinggi lima belas kaki untuk memasang bendera PAS tersebut.
(Gambar kiri - Puan Wang (berbaju merah) memanjat sendiri tangga untuk memasang bendera PAS, bendera PKR dan banting manifesto tawaran air percuma di Pekan Air Jernih, Kemasik, petang tadi).
Puan Wang menyifatkan PRU Ke-13 ini merupakan detik terbaik seluruh masyarakat membuat perubahan dengan memilih PAS dan Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan di Terengganu dan di Putrajaya.
'Saya yakin perubahan pasti berlaku, ramai jiran - jiran dan sahabat handai datang berbisik kepada saya menyatakan sokongan secara diam dan akan membuat perubahan di PRU Ke-13 nanti', ujarnya ketika ditemubual oleh wakil www.dppkk.org.
Beliau seterusnya berkata, 'pembaziran dan keborosan kerajaan UMNO/BN di Terengganu ini cukup banyak dan kita sebagai rakyat dihimpit penderitaan hidup dengan harga barang yang mahal dan gagal dikawal oleh kerajaan UMNO/BN', ulasnya.
Puan Wang seterusnya berkata, 'dimana keupayaan dan ketegasan kerajaan Ahmad Said melindungi rakyat yang dihimpit harga barang yang melonjak naik, apa guna kalau ada kerajaan tapi tidak dapat buat apa pun untuk menolong rakyat macam saya ini', tegasnya dengan perasaan penuh kecewa dengan kerajaan UMNO/BN.
Turut hadir di acara memasang bendera di premis rumah kedai di Pekan Air Jernih ialah Ustaz Alias Abdul Hamid, Pengarah PAS DUN Kemasik dan Mohd Tishaah Hamzah, Ketua Penerangan PAS DUN Kemasik.
Sebahagian masyarakat Tionghua di Pekan Air Jernih, Kemasik bergambar bersama Ustaz Alias Abdul Hamid, Pengarah PAS DUN Kemasik di sessi menaikkan bendera PAS dan PKR  petang tadi.


Fail Siasatan Rasuah Sangkut di Pejabat Peguam Negara

 

Oleh Hazli Ibrahim


“SPRM siang malam buat kerja, bila sampai laporan kepada Peguam Negara, mati di situ. Mencurigakan betul. Sebab itulah isu rasuah ini jangan kita lihat pada SPRM sahaja,” ujar Rafizi di dalam wacana yang bertajuk ‘Rasuah Politik: Realiti Atau

SHAH ALAM, 29 MAC: Peguam Negara harus ditukar kerana dilihat menyekat pendakawaan rasuah politik di negara ini, kata seorang ahli panel di Wacana Sinar Harian petang tadi.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, Peguam Negara yang ada pada hari ini wajar ditukar kerana banyak keputusan yang dibuat sebelumnya amat mencurigakan.
Walhal Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan menjalankan tugasnya dengan menyiasat dakwaan rasuah tetapi apabila kes-kes ini dibawa ke pejabat Peguam Negara, ia tidak dibawa ke mahkamah pengadilan.
“SPRM siang malam buat kerja, bila sampai laporan kepada Peguam Negara, mati di situ. Mencurigakan betul. Sebab itulah isu rasuah ini jangan kita lihat pada SPRM sahaja,” ujar Rafizi di dalam wacana yang bertajuk ‘Rasuah Politik: Realiti Atau  Persepsi’.
“Kerajaan tidak mahu bersungguh-sungguh membenteras rasuah.
“Kalaulah saya jadi Perdana Menteri tanpa ubah perlembagaan pun kita boleh tolong pegawai-pegawai SPRM macam Datuk Shukri (Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul) ini dengan satu tindakan sahaja, iaitu apa dia, kita tukarkan peguam negara.”
Dalam pada itu, Mohd Shukri, yang juga ahli panel, menyangkal persepsi masyarakat bahawa SPRM hari ini hanya berani menangkap ikan bilis dan bukan jerung besar.
Mohd Shukri berkata SPRM hanya diberi kuasa menyiasat manakala pendakwaan mahkamah pada tangan Peguam Negara.
“Dalam kes-kes yang kita cadangkan kepada peguam negara pada pandangan kita ada kes tetapi pada dia tak cukup bukti.
“Nak dakwa macamana, kita tak ada kuasa untuk dakwa. Kita cuma siasat sahaja, kuasa pemutus untuk mendakwa tertuduh terletak pada Peguam Negara.

“Kalau nak ikutkan, memanglah saya dan pegawai-pegawai nak dakwa mereka ini,” ujar beliau.


Wednesday 28 March 2012

Tiga penari tiang didenda RM25

Nooranishah (kiri) bersama Faiqah dan Nurul Huda ketika ditahan atas kesalahan mempamerkan tarian tiang dan berpakaian tidak sopan di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu


SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.
Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.
Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.
Admin: Kalau ustaz mengajar kat surau-surau marah sangat. Kata tiada tauliah, tiada kebenaran daripada AJK lah. Macam-macam kerenah kerajaan yang tidak pernah takut akan kekuasaan Allah.

Mayat bayi dalam beg

 

RAIHAM MOHD SANUSI
29 Mac 2012

KEMAMAN – Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai bersama uri, dalam sebuah beg pakaian di tapak pembuangan sampah, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) Mak Chili, Jalan Ibok, dekat sini, lewat petang kelmarin.

Beg berisi mayat bayi malang yang dipercayai baru dilahirkan itu, ditemui oleh seorang pemungut sampah kira-kira jam 5.50 petang.

Pemungut sampah terbabit yang pada mulanya menyangkakan beg tersebut mengandungi barang berharga, terkejut apabila melihat jasad bayi yang telah kaku dalam satu beg plastik berwarna oren bercampur hitam, yang diletakkan dalam beg pakaian berwarna merah dan kuning.

Penemuan menyayat hati itu kemudian diberitahu kepada rakannya yang bekerja di tapak pembuangan sampah itu sebelum dimaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bayi berkenaan cukup sifat dan berkulit cerah.

“Siasatan lanjut di tapak pembuangan sampah mendapati, mayat bayi dipercayai dibawa oleh lori sampah MPK yang terakhir membuang sampah di kawasan tersebut pada jam 3 petang,” katanya.

Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang, pagi semalam, untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, Abdullah Sani meminta pihak hospital atau klinik swasta yang merawat pesakit mencurigakan seperti mempunyai tanda baru melahirkan anak, supaya menghubungi pegawai penyiasat kes tersebut yang juga Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kemaman,
Asisten Superintendan (ASP) Jamil Mohd Sahad, menerusi talian 014-8007222 bagi membantu siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kelahiran dan pembuangan bayi ini juga diminta tampil memberi kerjasama kepada polis.

Sinar Harian

KEMAMAN - Sekumpulan pekerja di Pusat Pelupusan Sampah Kampung Mak Chili, Chukai di sini kelmarin terkejut apabila menemui mayat seorang bayi lelaki masih bertali pusat di dalam plastik hitam yang dikerumuni sekumpulan anjing liar.
Mayat bayi itu pada mulanya ditemui oleh seorang pengangkut sampah yang hanya dikenali sebagai Umi Khaltom, 55, pada pukul 5.50 petang yang berasa curiga apabila melihat sebuah bungkusan plastik hitam yang dikerumuni anjing liar.
Panik dengan situasi itu, pekerja berkenaan yang pada mulanya menyangka ia adalah bangkai haiwan terkejut apabila mendapati ia merupakan mayat bayi lelaki cukup sifat berada dalam bungkusan surat khabar yang dimasukkan ke dalam plastik.
Difahamkan, mayat bayi malang itu baru sahaja dilahirkan berdasarkan keadaan tali pusatnya yang masih ada kesan darah ketika ditemui.




Admin: Sebablah ustaz-ustaz selalu berpesan, jangan adakan konsert atau program yang melalaikan remaja. Buatlah program yang mendatangkan manfaat serta keindahan Islam. Bila ustaz berkata begini akan dikecam sebagai parti lawan. Susah betul mengajar orang cerdik tapi bodoh.

Iman Baling Kasut Islamkan 2 Orang Banduan

 

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun dihukum penjara setahun dek kerana membaling kasut ke arah hakim, tanggungjawab dakwah imam Hoslan Hussain tidak terhenti di sebalik jeriji besi.

Malah beliau dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.

Isterinya, Noorliza Mohd Isa ketika berkongsi keadaan terkini Hoslan berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya.

JEMAAH CEMERLANG SPM

 

27 Mac 2012 selasa selepas solat sunat isyak, Penyampaian cenderahati kepada Muhammad Syaafii Bin Noor Zahari 17 tahun yang mendapat 9A (4At, 3A, 2A-) adalah Jemaah SKJ yang paling cemerlang dalam peperiksaan SPM 2011 baru-baru ini. Cenderahati disampaikan oleh Tuan Haji Tahir selaku Bendahari SKJ. Beliau adalah anak AJK SKJ yang belajar di Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya. Hasrat beliau yang ingin menyambung pelajarannya di UPNM - Perubatan (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia). Muhammad Syaafii adalah pelajar yang aktif bersukan terutamanya sukan Hoki dan mewakili sekolah serta negeri dalam beberapa kejohanan yang besar. Bakatnya dapat dihidu oleh guru semasa di darjah empat lagi. Dan ketika darjah empat beliau sudah mewakili sekolah dalam kejohanan peringkat daerah dan negeri. Setelah tamat peperiksaan SPM, Muhammad Syaafii terus balik ke kampong untuk menjaga abangnya (Ustaz Muhammad Firdaus)yang sakit kerana kemalangan jalanraya. Atas kesabarannya semasa menjaga abang yang tidak mampu untuk bergerak sendiri dan sentiasa memenuhi 5 waktu solat di surau secara berjemaah, Allah telah kurniakan berita kegembiraan yang tidak terhingga. Sementara menunggu kemasukan ke UPNM, Muhammad Syaafii di minta oleh AJK SKJ untuk mengajar anak-anak Pasti Al Falah dalam sukan bolasepak dari jam 9 pagi hingga 10 pagi.      

CATATAN

Cantik dah kalu kita gandingkan bersama dalam satu sessi kuliah di Kemaman?

Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan April 2012. Kenapa ustaz tidak datang ke Kemaman...? Awak jawab sendirilah.

Jommm....

InsyaAllah kuliah maghrib pada 28 Mac 2012 Rabu akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Najib Bin Ali. Nasi Dagang disediakan. Semua dijemput hadir.
27 Mac 2012 Selasa selepas solat isyak penyampaian agihan sumbangan kepada fakir miskin. Turut menerima Pok Awang Scotland. Pihak SKJ mengharapkan orangramai akan memberi lagi sumbangan bulanan bagi membantu insan yang kurang bernasib baik. Apabila sumbangan daripada orangramai mencapai target, barulah pihak SKJ akan agihkan kepada yang berhak. Sebab itulah pihak SKJ merayu sangat agar sumbangan bulanan ini sentiasa aktif bagi melancarkan segala bantuan yang diperlukan dapat disempurnakan secara bersistematik. 
27 Mac 2012 Selasa jam 9.20 malam hingga 11.30 malam kerja-kerja menyiapkan tiang netball bagi kegunaan pelajar Pasti Al Falah. Sebelum ini pihak AJK SKJ telah menyiapkan padang dan tiang gol bagi sukan bola sepak untuk pelajar Pasti Al Falah.
InsyaAllah kuliah maghrib pada 30 Mac 2012 Jumaat akan disampaikan oleh Suhaimi Md Saad. Semua dijemput hadir. Selepas itu ustaz akan berceramah di Pengkalan Pandan di depan Surau. Pakat-pakat meramaikannya.

Pesta maksiat rai pengantin

    

TIDAK SENONOH...remaja lelaki dan wanita menari bersama dalam keadaan berahi.

PARIT: Ibarat pesta maksiat apabila ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung, di sini sebagai pentas untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan.
Lebih menghangatkan suasana apabila pihak penganjur turut menjemput sekumpulan 10 mak nyah sebagai ‘perempuan joget’ bagi merancakkan persembahan di Kampung Parit 13 di sini, malam kelmarin. 
Majlis yang mendapat jolokan ‘disko desa’ itu mendapat sambutan lebih 500 remaja Melayu termasuk sekumpulan Mat Rempit yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Ipoh, Manjung, Batu Gajah dan Kuala Kangsar semata-mata mahu menyertai majlis gila itu.

Lebih memalukan ada sekumpulan remaja menari dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak kerana mahu mendapatkan lebih keseronokan ketika menari.
Pengunjung yang hadir dihiburkan dengan lebih 20 lagu dinyanyikan silih berganti oleh beberapa penyanyi wanita dan lelaki kugiran berkenaan tanpa henti selama hampir tiga jam.

JEMAAH SKJ KEMALANGAN

 

12 Mac 2012 Isnin jam 11.30 pagi, Jemaah yang dikenali Awi satay Pok Chang yang membuka perniagaanya bersebelahan SKJ telah mengalami kemalangan di Lebuhraya Kuala Berang (haighway baru). Awi yang dalam perjalanan daripada Felda Neram 1 menuju ke Besut. Apabila sampai di di tempat kejadian tiba-tiba tayar keretanya meletup dan keadaan kereta tidak dapat dikawal lalu terbabas melanggar pembahagi jalan. Dalam kereta ada 6 orang penumpang dan 3 termasuknya tercedera patah 2 batang tulang rusuk sebelah kiri, isterinya patah tulang bahu sebelah kanan dan anaknya berusia setahun lebih mengalami kecederaan yang parah iaitu urat mata sebelah kanan mengalami kerosakan yang teruk, retak tulang mata serta keretakkan kepada tengkorak kepala bahagian belakang. Awi dan isterinya terpaksa dimasukan ke wad selama 2 malam dan anaknya 1 minggu. Alhamdulillah, keadaan beliau sekeluarga sudah beransur sihat.  27 Mac 2012 Selasa selepas solat sunat isyak penyampaian sedikit cenderahati dan hasil kutipan derma pada 14 Mac 2012 selasa semasa kuliah Ustaz Fadhil Sulaiman telah disampaikan oleh Tuan Haji Tahir selaku Bendahari SKJ. 

Menangis

 

Seorang bapa 50-an sudah bercerai dengan isterinya berbelas tahun dulu. Kesemua 3 anak perempuan dan 1 anak lelaki dijaga oleh bekas isterinya. Kemudian lelaki ini kawin lain dan mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa serta tidak memberi nafkah kepada anak-anak dengan bekas isteri.

Kini tiba masa anak perempuannya 20-an hendak bernikah. Pada mulanya bapanya bersetuju menjadi wali pernikahannya yang dijadualkan di sebuah masjid. Bagaimanapun bapanya tidak hadir pada hari berkenaan, menyebabkan pernikahan terpaksa dibatalkan. Manakala majlis kenduri terpaksa berjalan seperti biasa pada hari yang sama walaupun pengantin tidak dinikahkan.

Bagaimanapun, seminggu selepas itu barulah bapanya hadir ke pejabat kadi untuk menjadi wali kepada anaknya. Pernikahan berlansunglah walaupun sudah lewat seminggu. Anak-anaknya begitu kecewa dengan bapanya yang dikatakan tidak mahu bertanggungjawab dengan anaknya.

Mulut herot


    

DI SINI...Wan Abdullah menunjukkan pondok tempat dia mengurut Ayah Pin.

BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.
Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.
Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.

Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.

Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.

Tuesday 27 March 2012

MEJA KEGUNAAN DI SKJ

25 Mac 2012 Isnin jam 9.15 malam hingga 11 malam. Kerja-kerja amal yang tiada batas waktunya. Hendak seribu daya, malas seribu alasan. Begitulah sekiranya kita ada tanggungjawab yang perlu dibereskan. Encik Halim masih setia dengan tugasan amal di SKJ walaupun keadaan kesihatan (sakit buah pinggang) tidak mengizinkan tetapi apa yang dilakukannya semata-mata keikhlasan hati. Alhamdulillah ... semoga kesihatan Encik Halim akan sembuh, kekuasaan Allah S.W.T siapa yang tahu... mungkin atas keberkatannya serta kerahmatan daripada Allah S.W.T.  yang sentiasa ringan tulang dalam kerja-kerja amal di SKJ, Allah sembuh penyakitnya...InsyaAllah ...Amin.Tiada mustahil bagi Allah. 



YB Kepanasan



 

Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi kelmarin. 

SIAPA YB UMNO MELAKA YANG DICEKUP DI KELAB DANGDUT? 
MUNGKIN INI AJARAN ISLAM YANG DIBAWA PEMIMPIN UMNO.. BERHIBUR DIKELAB DANGDUT, DISKO, KELAB MALAM SAMBIL MINUM-MINUM DAN DIAPIT OLEH PELAYAN KELAB .. YANG PALING BEST, YB UMNO INI DIKATAKAN BARU DILANTIK MENJADI TIIMBALAN PENGERUSI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MELAKA 
SEX / JUDI / RASUAH / DADAH / MINUM2 / MENYAMUN ADALAH MAKANAN HAK ASASI PARTI MELAYU YANG SATU INI OPPSS!!~ JANGN LUPA LAGI SATU FITNAH WAKAKAKAK>_< 

Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, 
Keadilan Daily

MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.

Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.

Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan, lapor Sinar Harian.

Memetik sumber berita sama, sebuah laman blog politik dengan nama EraPasca.com mendedahkan wakil rakyat terbabit adalah Ahli Dewan Undangan Rim, Mohd Yazed bin Khamis.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, merangkap Pengerusi Majlis Pimpinan (MPN) Melaka turut memberitahu yang beliau ada menerima maklumat sama berkenaan identiti wakil rakyat terbabit.


Skandal Menteri


Daripada:jalanpulang1978.blogspot.com

Dalam banyak-banyak ucapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semasa bersama rakyat Selangor dalam program Karnival Terima Kasih Selangor kelmarin, skandal perdana menteri Najib Altantuya di negeri berdaerah sembilan paling mencuri tumpuan aku.

Walaupun tidak menamakan dengan jelas skandal tersebut cuma menyebut nama Port Dickson sebagai kaitan antara Najib Altantuya dengan 'insiden khalwat' tersebut, majoriti rakyat Selangor tahu siapakah artis yang bersama dengan Najib Altantuya dan apakah yang berlaku pada awal tahun 1995 itu.

Ketika itu, Menteri Besar Negeri Sembilan ialah Isa Samad dan sudah pastinya dia tahu apa yang sebenarnya yang berlaku.

Malah pegawai pencegah maksiat Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) yang terlibat dalam serbuan ke atas sebuah hotel di bandar pelancongan terkenal itu pun masih hidup sehingga sekarang, cuma identitinya tidak mahu didedahkan atas sebab keselamatan.

Pun begitu, kenyataan Anwar Ibrahim yang bernada menyerang Najib Altantuya kunun mahu merampas Selangor lebih dilihat sebagai satu bentuk peperangan psikologi paling ampun pernah diucapkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu di hadapan lebih 12 ribu rakyat yang membanjiri Kuala Selangor.

Persoalannya, apakah tindakan balas Najib Altantuya yang dilihat semakin lemah sehingga hanya mampu menyebut Anwar tidak layak menggantikan tempatnya sebagai perdana menteri.

Padahal cabaran debat Anwar yang sudah sekian lama pun masih sepi di pihak Najib Altantuya.

Apakah Anwar terpaksa melondehkan skandal Najib Altantuya dengan penyanyi dan pelakon Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain yang terlibat dalam skandal pelacuran kelas atasan yang diuruskan seorang 'ibu ayam' bernama Haslinda Merican, baru hendak berhenti berkokok merampas Selangor?

Malah bukan setakat Ziana Zain sahaja, nama--nama besar dalam industri seni tahnah air ketika itu seperti Erra Fazira, Lidyawati dan Sofia Jane pun terbabit sama!

Walaupun dunia artis yang bergelumang dengan glamor dan kekayaan dijadikan sandaran sesetengah artis untuk mengejar kehidupan dunia, satu lagi pendedahan juga dikaitkan dengan Haslinda yang berurusan dengan seorang produser filem wanita satu ketika dulu, Julie Dahlan.

Bagi sesiapa yang pernah mendengar nama Julie Dahlan, pasti akan ingat bagaimana setiap filemnya mesti ada adegan buka dada dan kolam renang.

Mengikut laporan The Straits Times Singapura pada 30 Oktober 1999, Haslinda bersama rakannya Mohamad Amin Jamadi mengaku seorang produser filem lah yang membekalkan senarai nama artis untuk dilanggan menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan Umno-APCO sehingga meletusnya cerita Najib Altantuya ditangkap basah dengan Ziana Zain di Port Dickson itu.

Kini bola di tangan Anwar untuk menggerakkan rakyat bersama menghumban pemimpin yang kununnya sudah mengerjakan haji di Makkah bagi tujuan 'membuang dosa lama dan boleh meneruskan dosa baru termasuk dalang pembunuhan Altantuya Shaaribuu'!

P/s - Sedang aku Anggapanmu menyusahkan untuk meraih impiann... Kah kah kah...

JALAN PULANG

Nampaknya Skandal Najib ini telah menjadi buah mulut orang di internet. Malah salah seorang ahli keluarga penolong pendaftar Mahkamah Syariah tempat Najib didakwa juga ada mengeluarkan kenyataan berikut,


Assalamualaikum...

Semasa kes khalwat Najib dgn Ziana kebetulan adik saya jadi pendaftar Mahkamah Syariah di Seremban... baru lepas grad UIA pada masa tu.

Dia pun tahu kes tersebut... semua diarah off record oleh Isa Samad pada masa tu...

Bila jumpa dia... saya cuba korek-korek, dia pun takut nak beritau sbb baru keja kat Mahkamah Syariah... akhirnya pecah rahsia jugak.

Kes Najib dan Ziana ditangkap khalwat adalah benar, cuma nak tuduh lebih dari tu saya tak berani sbb tak nampak.

Cuma, bila berdua-duaan dlm bilik oleh bukan mahram faham-faham ajelah... ia sesuatu memalukan kpd seorang pemimpin tertinggi negara. Apatah sekali-sekala bercerita bab moral dan bab Islam, malah pernah perlekehkan ulamak...


Skandal Najib/Ziana Zain Diungkit Semula

Kini lebih jelas mengapa Najib bertindak dengan melulu dan melampau-lampau terhadap guru-guru. 

Rupa-rupanya Mahathir sudah pegang Najib "by the balls" (maafkan penggunaan Bahasa tapi saya rasa ianya sesuai sekali).

Skandal Najib dengan penyanyi popular Ziana Zain yang kecoh digosipkan seketika dulu telah di ungkit di perbicaraan kes sindiket pelacuran high class yang diuruskan oleh Haslinda Merican dan Mohamed Amin Jamadi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 27 Oktober 1999.

Tertuduh Mohamed Amin telah memberitahu mahkamah pada 27 Oktober 1999 bahawa Police Supt Takbir Ahmad Nazir Mohamed, Ketua Jabatan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Polis KL telah menyoal beliau samada beliau juga terlibat dalam "menyatupadukan" Ziana Zain dengan saorang Menteri (ia-itu Najib).

Apakah tujuan pegawai polis tersebut menyoal Mohamed Amin sedemikian? 

Adakah Supt Takbir Ahmad sebenarnya diarah oleh Mahathir yang bermakna Mahathir sedang memburu Najib. 

Tidak menghairankan kalau Mahathir sekarang ini mengorak langkah untuk membunuh karier politik Najib pula. 

Dalam situasi politik dalaman UMNO yang kucar-kacir pada masa ini, Najib semakin dilihat sebagai alternatif untuk mengganti Mahathir.

Kes ini sudah berjalan begitu lama. 

Kenapa dekat dengan pilihanraya baru tertuduh Mohamed Amin memberitahu mahkamah yang polis telah menyoal beliau mengenai skandal Najib dengan Ziana Zain? 

Adakah ini semua muslihat taktik jahat Mahathir untuk memburukan Najib?

Berikut laporan akhbar The Straits Times Singapura yang berkaitan.

OCT 30 1999 
  
Cops wanted minister's name, sex trial told Police wanted to know the identity of Cabinet member who was alleged to have a relationship with a popular Malaysian artiste, says accused. 
  
KUALA LUMPUR -- A former financial consultant, charged with running a high-class prostitution ring, told a Sessions Court that police had asked him about a senior Cabinet minister who was alleged to have a relationship with a popular Malaysian artiste. 
  
Mohamed Amin Jamadi said that he was questioned by the city's anti-vice and gambling chief, Supt Takbir Ahmad Nazir Mohamed, about a prostitution ring involving popular Malaysian artistes when he was detained for four days. 
  
"Takbir asked if I was involved with artistes like Sofia Jane, Ziana Zain, Lydiawati and Julie Dahlan," Berita Harian Malaysia quoted him as saying on Thursday. 
  
He said he was also asked about the names of ministers involved, and whether he was involved in the relationship between Ziana Zain and a senior Cabinet minister.

He also said he managed an entertainment firm in 1995 which handled performances by Erra Fariza, Ziana Zain, Shereen and the group, Shades. 
  
Mohamad Amin, 31, is jointly charged with film production-house manager Haslinda Merican, 34, of acting as intermediaries to four models and actresses in a prostitution ring. 
  
They are alleged to have committed the offence at the Ming Court Hotel lobby here between 8 pm and 10.30 pm on June 27, 1995. 
  
The charge under Section 16 (1) of the Women and Young Girls Protection Act 1973 carries a maximum sentence of five years' jail or a fine of RM10,000 (S$4,420) or both upon conviction. 
  
Questioned by his lawyer, Mr Radzuan Ibrahim, Mohamed Amin said a guest-relations officer (GRO) had arranged social-escort services for VIPs. 
  
The GRO, whose identity was withheld on the court's order, had testified in the case earlier as a prosecution witness. 
  
"I contacted the woman as she had told me that she had arranged social-escort services before at parties hosted by VIPs," he said. Mohamed Amin said he  contacted the GRO as he believed she could meet the request of a businessman, Mr Muhammad Khalidi. 
  
In earlier testimony, he said he was asked by Mr Khalidi to find four beautiful artistes and models for a party he wished to hold to celebrate his success in securing a project in Penang. 
  
The hearing before Judge Zura Yahya continues.

Segelas air panas harga RM1.80 di sebuah kedai di Kemaman


CHUKAI – “Sebagai pelanggan saya rasa tertipu,” keluh pekerja swasta, Ishak Kamarudin, 42, yang kesal dengan harga RM1.80 bagi segelas air panas yang disifatkannya sebagai tidak munasabah.

Ishak dari Taman Alamanda, Jalan Kubang Kurus, dekat sini berkata, dia yang menjamu selera bersama isteri dan dua anak di sebuah restoran di Taman Chukai Utama pada 23 Februari lalu terkejut apabila melihat caj yang dikenakan untuk air panas yang diminta berharga RM1.80.

Menurutnya, harga yang dikenakan itu tidak masuk akal dan seolah-olah mengambil kesempatan terhadap pelanggan.

Malahan, katanya, harga air panas juga tidak dimasukkan di dalam menu menyebabkan pelanggan tidak mengetahui harga untuk minuman berkenaan.

“Ketika saya pergi ke kaunter untuk membayar, tergerak hati saya untuk minta bil dan bila lihat bil, terkejut saya lihat harga air panas dalam gelas RM1.80. Disebabkan ragu-ragu, saya tanya pemilik restoran itu yang menjaga kaunter sama betul atau tidak harga air panas itu RM1.80 dan dia mengiakannya.

“Bukan kerana harga RM1.80 semata-mata saya persoalkan perkara ini, tetapi saya rasa tertipu kerana harganya tidak dimasukkan ke dalam menu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Kata Ishak, restoran itu kerap dikunjunginya sekeluarga untuk menjamu selera dan dia sering meminta air panas, tetapi sebelum ini dia tidak pernah melihat bil sebaliknya hanya membayar sahaja.

Berikutan itu Ishak kemudiannya membuat aduan di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Kemaman pada 26 Februari lalu.

“Lepas seminggu kemudian saya dihubungi pihak PPDNKK Kemaman yang telah membuat pemeriksaan di restoran tersebut dan tuan restoran kata dia tersilap. Namun bagaimana ia silap sedangkan ketika saya tanya sebelum ini tuan restoran itu mengiakan harga itu,” katanya. 

Saturday 24 March 2012

YB Baham Tanah

KUALA TERENGGANU– Sebagaimana yang dijanjikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, seperti yang dicabar oleh Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said, hari ini Sabtu 24 Mac, Haji Wahid mendedahkan nama-nama YB Umno yang ‘baham tanah’.
Empat dari mereka adalah dari kawasan Parlimen Besut yang terdiri daripada Ahli Parlimen Besut sendiri, Abdullah Md. Zain, ADUN Jerteh Dato’ Seri Idris Jusoh,  ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad dan ADUN Kota Putera Muhamad Pehimi Yusof.
 Keempat-empat mereka dianugerahkan tanah seluas satu hektar (lebih kurang 2.5 ekar) setiap satu berhampiran pantai Dendong, mukim Tembila, Besut.

Perbandingan antara tanah yang mereka dapat berbanding dengan apa yang rakyat data dapat dilihat dengan jelas dalam pelan yang dilampirkan.

Lot-lot PT 6902, PT 6903, PT 6904 dan PT 6964 adalah diberikan keajaan Umno Terengganu setiap satu kepada Idris Jusoh, Pehimi Yusof, Nawi Mohamad dan Abdullah Md Zain. 

 dilihat dengan jelas dibelakang lot-lot terbabit terdapat pembahagian lot-lot kecil, itulah lot-lot yang diberikan kepada rakyat.

Seorang lagi penerima anugerah tanah dari kerajaan Umno adalah ADUN Batu Rakit Khazan Che Mat yang mendapat 0.9965 hektar di Mengabang Bakong, Batu Rakit Kuala terengganu. - Sumber daripada BO