Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Tuesday 29 November 2011

JADUAL KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS BULAN DISEMBER 2011

1/12 Khamis Surau Wan Esah Seberang Baruh K.Trg
2/12 Jumaat Surau Pak Tuyu K.Trg
3/12 Sabtu Surau Pulau Musang K.Trg
4/12 Ahad Surau Flat Gelung Bilal K.Trg
5/12 Isnin Masjid Pinang Merah Paka Trg
6/12 Selasa Surau An-Nur Bukit Mentuk Cukai Kemaman
7/12 Rabu (Tiada Kuliyah)
8/12 Khamis Masjid Batu Buruk K.Trg
9/12 Jumaat Surau Ladang K.Trg
10/12 Sabtu Surau An-Nuriyah Taman Meru Jelapang Ipoh
11/12 Ahad Pusat Pendidikan Al-Barakah Manjoi Ipoh
12/12 Isnin (Tiada Kuliyah)
13/12 Selasa Masjid Pengadang Baru K.Trg
14/12 Rabu Surau Bukit Kecik K.Trg
15/12 Khamis Masjid Baru 6 K.Trg
16/12 Jumaat Masjid Rhu Muda Marang Trg
17/12 Sabtu Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi Selangor
18/12 Ahad Masjid Al-Mardiyah Fasa 5 Tmn Melawati Selangor ( Jam 3 ptg )
19/12 Isnin Tiada Kuliyah
20/12 Selasa Masjid Negeri Kuantan
21/12 Rabu Masjid Lama Sura Dungun
22/12 Khamis Futsal Arena Kota Baru
23/12 Jumaat Surau Ladang K.Trg
24/12 Sabtu Masjid Bandar Baru UDA Johor Baru
25/12 Ahad Surau Al-Husna Masai (Maghrib) & Masjid Jamek Pasir Gudang Johor Baru (Isyak)
26/12 Isnin Tiada Kuliyah
27/12 Selasa Surau Flat Gelung Bilal K.Trg
28/12 Rabu Masjid Pulau Ketam K.Trg
29/12 Khamis Surau Belakang Stadium Negeri K.Trg
30/12 Jumaat Surau Ladang K.Trg
31/12 Sabtu Ceramah Countdown KL ( 10.00-12.00 mlm)

Monday 28 November 2011

KELUCUAN DIHATI

Duh..dak..duh..dak berdebar.

Hai....

Opocot...!

SKJ MEMERLUKAN SUMBANGAN ANDA SEKARANG

Kenapa bulan November sumbangan kepada fakir miskin tidak diendahkan oleh para jemaah? Kesian kepada fakir miskin bulan ini tiada sumbangan diterima. Pakat-pakatlah kita menyumbang beras 5kg, gula, minyak masak 3kg, teh, gandum, mee hon dan lain - lain lagi barang keperluan dapur. Target SKJ 30 hingga 50 keluarga akan merasai nikmat sumbangan bulanan daripada para jemaah.

Sunday 27 November 2011

AJK DAN JEMAAH SURAU ZIARAH ANAK AJK KEMALANGAN

Alhamdulillah. Selepas kuliah maghrib Ustaz Ya Pasir Gajah, AJK dan berberapa orang jemaah sudi menziarah anak AJK (Encik Zahari) yang kemalangan di Kota Bahru pada malam 24 Nov 2011 di kediamannya Jalan Beringin 2, Kampung Mak Chili Paya. Ustaz Mohammad Firdaus yang sudah biasa menjadi iman Surau Batu 2, Kampung Jaya ketika solat maghrib merupakan anak sulong bagi keluarga Encik zahari.


Rombongan yang diketuai TSU Encik Rahim menyerahkan sumbangan tongkat dan wang tunai kepada Ustaz Mohammad Firdaus Zahari 24 tahun jurusan diploma syariah tahun 2 di KIAS (Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra).

Retak dikaki kiri akan dirawat susulan pada 8 Dis. 2011 di Hospital Kota Bahru. Keluarga ustaz terpaksa berulang alik daripada kemaman dan Kota Bahru. Dengan ini keperluan kewangan amat penting kepada keluarga Enzik Zahri. Marilah sama-sama kita membantunya dengan menghulurkan sedikit wang ringgit.

Patah tulang bahu sebelah kiri.

Pipi retak 3 sebelah kanan dan memerlukan rawatan susulan sebanyak RM1500 untuk meletakkan kepingan besi. Rawatan susulan bermula pada 1Dis. 2011 ini di Hospital Kota Bahru. Oleh itu kepada yang prihatin kepada nasib ustaz muda ini bolehlah menyalurkan wang ringgit melalui ayahnya Encik Zahari di talian 012-9838004 atau melalui Surau batu 2, kampung Jaya dengan menghubungi SU Cikgu Azmi 013-9223024 atau TSU Encik Rahim 019-9150814.

Sambil Encik Zahari bercerita peristiwa yang berlaku kepada ustaz muda, tetamu diraikan dengan sedikit makanan. Mengimbas peristiwa itu, ustaz bersama 3 lagi rakan berkereta Viva untuk ke Kuliah maghrib yang salah seorang daripadanya akan mengajar. Kemalangan itu mengakibatkan ustaz muda paling teruk cedera, pemandu kereta bengkak tulang hidung dan lidah terpaksa dijahit kerana sedikit terkoyak. Dua lagi rakan tiada kecederaan.

Daripada kesan kereta Viva yang dinaikinya, dilanggar daripada belakang oleh kereta Myvi. Ustaz muda bersama seorang lagi rakan terpaksa bermalam di Hospital Kota Bahru selama 2 malam 2 hari.


Bacaan doa oleh Cikgu Lie selaku Ketua Lujnah Tarbiyah memohon dan munajat kepada Allah SWT agar dipercepatkan sembuhnya ustaz muda. Semoga keluarga Encik Zahari tabah menghadapi ujian daripada Allah. 





Adik perempuan yang bongsu berumur 2 tahun bersama adik lelaki daripada 11 adik beradik (Lelaki 7 dan perempuan 4) keluarga yang besar. Daripada 11 adik beradik 10 orang masih belajar. Ibunya surirumah sepenuh masa.