Untuk Sumbangan No. Akaun Bank Islam : 130-260-1004-2403

Tuesday 14 June 2011

MURTAD


Mahkamah Syariah menerima 864 permohonan untuk murtad sepanjang sedekad yang lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

Beliau menjawap soalan bertulis daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang ingin tahu cara kerajaan menangani kes-kes murtad dan perangkaan mereka yang berjaya dalam permohonan mereka.

Mengikut perangkaan yang dibekalkan oleh kementerian sejumlah 135 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Bagi menangani masalah itu, Jabatan Agama Islam Negeri seringkali mengadakan program dan aktiviti berdakwah, khususnya kepada mereka yang baru memeluk Islam,” kata Jamil.



No comments:

Post a Comment